Yang di-Pertua Negeri
Yang di-Pertua Negeri (Jawi: يڠ دڤرتوا نݢري ) ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.
Fungsi dan peranan
[sunting | sunting sumber]Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:
- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pertadbiran
- Kuasa Pengampunan
- Sumber Kehormatan dan Daulat.
Senarai Yang di-Pertua Negeri
[sunting | sunting sumber]Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad | 1957 - 1967 |
Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin | 1967 - 1969 |
Tun Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah | 1969 - 1975 |
Tun Haji Sardon bin Haji Jubir | 1975 - 1981 |
Tun Dr Haji Awang bin Hassan | 1981 - 1989 |
Tun (Dr) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir | 1989 - 2001 |
Tun Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas | 1 Mei 2001 - 30 April 2021 |
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak | 1 Mei 2021 - kini |
Melaka
[sunting | sunting sumber]Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Leong Yew Koh | 1957 - 1963 |
Tun Haji Abdul Malek bin Yusof | 1963 - 1971 |
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid | 1971 - 1975 |
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan | 1975 - 1984 |
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | 1984 - 2004 |
Tun Mohd Khalil Yaakob | 4 Jun 2004 - 4 Jun 2020 |
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam | 5 Jun 2020 - 3 Jun 2024 |
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam | 4 Jun 2024 - kini |
Sabah
[sunting | sunting sumber]Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Mustapha b Harun | 1963 - 1965 |
Tun Pengiran Ahmad Raffae | 1965 - 1973 |
Tun Mohd Fuad Stephen | 1973 - 1975 |
Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari) | 1975 - 1978 |
Tun Ahmad Koroh | 1978 - 1979 |
Tun Mohd Adnan Robert | 1979 - 1987 |
Tun Mohd Said bin Keruak | 1987 - 1994 |
Tun Sakaran Dandai | 1995 - 2002 |
Tun Ahmadshah b Abdullah | 2003 - 2010 |
Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin | 1 Januari 2011 - kini |
Sarawak
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeri
[sunting | sunting sumber]
- Mengenai Kerajaan Malaysia, Portal Kerajaan Malaysia
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Abang Haji Openg | 1963 - 1969 |
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 - 1977 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 - 1981 |
Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 - 1985 |
Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 - 2000 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 - Februari 2014 |
Tun Abdul Taib Mahmud | 1 Mac 2014 - 25 Januari 2024 |
Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar | 26 Januari 2024 - kini |
Sistem beraja di Malaysia | ||
---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | ||
Raja negeri-negeri Melayu | ||
Pemerintah negeri tidak beraja | ||
Darjah kebesaran | Persekutuan · Negeri Sembilan · Selangor · Perlis · Terengganu · Kedah · Kelantan · Pahang · Johor · Perak · Melaka · Pulau Pinang · Sabah · Sarawak · Wilayah Persekutuan | |
Istana dan Pejabat Pentadbiran Diraja | Istana Negara - Istana Melawati (Malaysia) · Istana Arau (Perlis) · Istana Anak Bukit (Kedah) · Istana Alam Shah (Selangor) · Istana Iskandariah (Perak) · Istana Besar Seri Menanti (Negeri Sembilan) · Istana Abu Bakar (Pahang) · Istana Bukit Serene (Johor) · Istana Syarqiyyah (Terengganu) · Istana Balai Besar - Istana Telipot (Kelantan) | |