Istana Alam Shah
Penampilan
Istana Alam Shah merupakan istana rasmi Sultan Selangor. Ia merupakan tempat baginda menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yang melibatkan di Raja Selangor dilangsungkan. Istana ini terletak di bandar diraja Klang, Selangor.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Baginda telah bersemayam di istana berkenaan selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di sini juga Sultan Selangor ke-7, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dilahirkan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Istana Alam Shah, m.s. S15, 12 Mei 2008, Akhbar Sinar Harian (Selangor)