Sakaran Dandai
Sakaran Dandai | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-8 | |
Dalam jawatan 1 Januari 1995 – 31 Disember 2002 | |
Didahului oleh | Mohamed Said Keruak |
Digantikan oleh | Ahmadshah Abdullah |
Ketua Menteri Sabah ke-8 | |
Dalam jawatan 17 Mac 1994 – 27 Disember 1994 | |
Didahului oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Digantikan oleh | Mohd Salleh Tun Mohamed Said |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Semporna, Sabah | |
Dalam jawatan 3 Ogos 1986 – 25 April 1995 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Mohd Shafie Apdal |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Silam, Sabah | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Mohd Salleh Abdullah |
Digantikan oleh | Abdillah Abdul Hamid |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sulabayan | |
Dalam jawatan 1985–1994 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Nasir Sakaran |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Semporna | |
Dalam jawatan 1967–1985 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sakaran Mohd Hashim bin Dandai 15 April 1930 Semporna, Borneo Utara |
Mati | 30 Ogos 2021 Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, Sabah | (umur 91)
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu |
Parti politik | BN - UMNO |
Pasangan | Halimah (m. 1964) Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah |
Pertalian | Mohd Shafie Apdal (anak saudara) Mohammad Yusof Apdal (menantu) |
Anak | 9 (termasuk Nasir Sakaran) |
Anugerah awam | Senarai |
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (15 April 1930 – 30 Ogos 2021) ialah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah ke-8 dari Mac 1994 hingga 26 Disember 1994. Dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Semporna, Sabah dari Ogos 1986 hingga April 1995. Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 1995 hingga 2002.
Keluarga
Sakaran Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, daerah Semporna, Sabah, utara Borneo. Bapa beliau bernama Dandai Ajibuddin Jamaluddin, dari keturunan Bajau Kubang dan Tidung. Nama sebenarnya ialah Sakaran Mohd Hashim. Sakaran Dandai melangsungkan perkahwinannya dengan Toh Puah Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah. Mereka mempunyai sembilan orang anak, dua lelaki dan tujuh perempuan. Anaknya Nasir Sakaran turut menyertai dunia politik di atas tiket parti UMNO di Sabah.
Pendidikan
Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.
Kerjaya
Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.
Politik
Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS), pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1990. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 1994, Pairin Kitingan berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8 pada bulan Mac 1994. Pada 26 Disember 1994, jawatan Ketua Menteri itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) telah mengilhamkan sistem penggiliran jawatan itu bagi meleraikan kemelut politik bagi menjayakan kempen Pilihan raya negeri Sabah 1994. Pemimpin dari tiga kaum utama iaitu Bumiputera Islam, Cina dan Bumiputera bukan Islam mengetuai kerajaan negeri secara bergilir-gilir bagi tempoh dua tahun. Dalam tempoh 10 tahun tujuh orang bergilir-gilir menjawat jawatan Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said (menggantikan Sakaran berikutan pelantikan Sakaran sebagai Yang Dipertua Negeri), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong Kah Kiat dan Musa Aman.
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002. Ketua Menteri ketika itu ialah Datuk Chong Kah Kiat.
Keputusan pilihan raya
Year | Kerajaan | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Sakaran Dandai (USNO) | 6,063 | 51.26% | Abdillah Abdul Hamid (BERJAYA) | 4,116 | 34.80% | ||
1990 | Sakaran Dandai (UMNO) | 10,832 | 58.85% | Abdillah Abdul Hamid (Bebas) | 7,574 | 41.15% |
Anugerah dan penghargaan
- Malaysia :
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) – Tan Sri (1990)[2]
- Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) – Tun (1996)[3]
Tempat yang menggunakan nama beliau
- Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
- Muzium Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
- Dewan Tun Sakaran, Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.
Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 30 Ogos 2021 pukul 5.30 pagi setelah lima hari dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan COVID-19.[4][5] Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan yang terletak di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada pukul 11.50 pagi.[6][7]
Rujukan
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 29 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 December 2020.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1996" (PDF).
- ^ "Tun Sakaran Dandai meninggal dunia akibat Covid-19". Utusan Malaysia. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
- ^ "Tun Sakaran meninggal dunia". Berita Harian. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
- ^ "Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Sabah". Bernama. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
- ^ "Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. 30 Ogos 2021. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
Didahului oleh Joseph Pairin Kitingan |
Ketua Menteri Sabah Mac 1994–Jun 1994 |
Diikuti oleh: Salleh Said Keruak |
Didahului oleh Mohammad Said Keruak |
Yang di-Pertua Negeri Sabah 1995–2002 |
Diikuti oleh: Ahmadshah Abdullah |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Kelahiran 1930
- Kematian 2021
- Kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia
- Ketua Menteri Sabah
- Yang di-Pertua Negeri Sabah
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Tokoh Maal Hijrah
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Ketua Menteri daripada UMNO