Kongsi pintasan pada Mac
Anda boleh berkongsi pintasan anda dengan rakan melalui iCloud atau sebagai fail. Anda boleh menambah soalan import ke pintasan anda sebelum berkongsi untuk memperibadikan pintasan pada peranti rakan anda.
Kongsi pintasan menerusi iCloud
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik .
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Kongsi pintasan menggunakan app: Pilih nama app daripada menu timbul, klik Kongsi, kemudian gunakan app untuk menghantar pautan.
Kongsi pintasan sebagai pautan: Pilih Salin Pautan iCloud daripada menu timbul, kemudian klik Kongsi.
Pautan disalin ke Papan Klip anda, sedia untuk anda tampal ke e-mel, mesej atau dokumen teks.
Apabila penerima mengklik pautan, perihalan pintasan dipaparkan dan apabila penerima mengklik Dapatkan Pintasan, pintasan ditambah ke koleksi pintasan mereka.
Kongsi pintasan daripada editor pintasan sebagai fail
Dalam app Pintasan pada Mac anda, pilih pintasan.
Pilih Fail > Eksport.
Taipkan nama untuk fail dan pilih lokasi untuk disimpan.
Klik menu timbul Untuk, kemudian pilih salah satu daripada berikut:
Sesiapa: Sesiapa boleh menjalankan pintasan anda. Apple akan menerima salinan pintasan anda untuk pengesahan (untuk mengelakkan gangguan tidak dibenarkan apabila anda berkongsi pintasan).
Orang yang Mengenali Saya: Hanya orang yang mempunyai anda dalam kenalan mereka akan berdaya menjalankan pintasan anda. Info kenalan anda akan disertakan dalam fail pintasan.
Klik Simpan.
Fail disimpan ke lokasi khusus, sedia untuk dikongsi.