Gunakan tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web dalam Pintasan pada Mac
Gunakan tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web untuk mengambil data tertentu daripada tapak web, atau untuk mengubah suai kandungan halaman web.
Tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web mengandungi medan teks untuk anda menulis skrip anda sendiri. Anda jalankan pintasan daripada app Safari. Sebelum anda boleh menjalankan JavaScript daripada pintasan, anda mesti mengaktifkan Benarkan Skrip Dijalankan. Lihat Seting Privasi dan keselamatan lanjutan dalam Pintasan pada Mac.
Nota: Anda juga boleh menggunakan tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web dalam SFSafariViewController. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat https://developer.apple.com/documentation/safariservices/sfsafariviewcontroller.
Cipta pintasan JavaScript
Dalam app Pintasan pada Mac anda, dwiklik pintasan.
Dalam editor pintasan, klik di bahagian atas laci tindakan, mulakan menaip “Jalankan JavaScript…” dalam medan carian, kemudian dwiklik tindakan Jalankan JavaScript pada tindakan Tab Safari Aktif untuk menambahnya ke editor pintasan.
Tulis skrip anda dalam medan teks dalam tindakan Jalankan JavaScript pada Tab Safari Aktif.
Penting: Dalam skrip anda, pastikan anda memanggil pengendali pelengkapan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Output tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web.
Tambah sebarang tindakan lain yang anda mahu sertakan dalam pintasan.
Petua: Untuk menggunakan berbilang tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web dalam pintasan yang sama, pastikan setiap kejadian tindakan mempunyai halaman web Safari sebagai input.
Klik untuk membuka Butiran, kemudian pilih Menu Perkhidmatan.
Tindakan baharu kelihatan. Untuk memastikan yang pintasan hanya muncul dalam Safari, nyahpilih semua jenis input kecuali “Halaman web Safari”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Memahami jenis input dalam Pintasan pada Mac.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bekerja dengan JavaScript dalam Pintasan, lihat Pengenalan kepada tindakan Jalankan JavaScript pada Halaman Web dalam Pintasan pada Mac.
Jalankan pintasan JavaScript pada halaman web
Dalam Safari, pilih pintasan anda daripada Safari > Perkhidmatan.