Tambak Johor
Tambak Johor / Koswe تمبق جوهر / كوسوي | |
---|---|
Maklumat umum | |
Membawa | |
Disenggarakan oleh |
|
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Causeway (en) , international bridge (en) |
Panjang keseluruhan () | 1 kilometer (0.62 batu) |
Ciri-ciri landasan | |
Bilangan landasan | 1 |
Tolok landasan | 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in) tolok meter |
Sejarah | |
Dibuka pada | 1923 |
Dirasmikan | 1923 |
Perangkaan | |
Lalu lintas harian | Lebih daripada 400,000 lintasan[1] |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia dan Singapura |
Menyeberangi | Selat Johor |
1°27′10″N 103°46′09″E / 1.452772°N 103.769153°E | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tambak Johor (belah Johor) atau Koswe[2] (nama rasmi belah Sin.) merupakan sambungan darat pertama antara negeri Johor selatan Malaysia dan utara Pulau Ujong dalam Singapura. Sepanjang 1,056 meter, ia menyeberangi Selat Johor dan menghubungkan bandar Johor Bahru di Malaysia dengan bandar Woodlands di Singapura.
Koswe menyangga jalan raya dan landasan kereta api, serta paip yang membekalkan air ke Singapura. Pada hari biasa, ia membawa sebanyak 60,000 kenderaan. Ambatukros
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Keperluan membina lintasan menghubungkan Semenanjung Melayu dengan Pulau Ujong (yakni pulau utama Negeri Selat Singapura) didorong kesalingbergantungan antara pulau tersebut yang dikembangkan menjadi pelabuhan utama membekalkan arang batu kepada kapal-kapal api jajahan serantau British[3][4] dengan Kerajaan Johor yang mengusahakan ladang-ladang gambir, lada hitam, kebun getah dan lombongan timah untuk pasaran antarabangsa.[5] Pada ketika ini, perhubungan menuju Singapura masih hanya boleh melalui satu laluan feri khusus angkut gerabak (wagon-ferry[6]) dilandaskan dari rangkaian kereta api Semenanjung di stesen Johor Bahru;[7] setiap feri ini hanya boleh menampung 6 gerabak pada satu-satu masa.[6]
Peningkatan khidmat pelabuhan di Singapura memesatkan bersama laluan ini yang dibuka sepanjang siang malam pada 1911.[8] Kapal-kapal feri ditambahkan memenuhi peningkatan keperluan ini sampai melebihi tampungan dibenarkan "setinggi 250 orang penumpang"[8] malah menambahkan kos selenggara (sebanyak $53,750 pada 1912 atau £1.8 juta ikut inflasi tahun 2000) yang makin lama menjadi sukar diatasi dalam jangka masa yang panjang.[9]
Rancangan
[sunting | sunting sumber]W. Eyre Kenny, Pengarah Kerja Raya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1917 mengusulkan kepada Lembaga Perundangan Persekutuan suatu jambatan tambak seberang asas batu granit berasaskan tanah merah dengan bukaan yang membolehkan feri melalui tambak tersebut.[9][10] Cadangan ini mendapat sokongan penuh Lembaga tersebut selain Setiausaha Jajahan Edward Lewis Brockman dan Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Arthur Henderson Young.[9]
Pihak kerajaan NNMB mendapat nasihat dan tatabina dari syarikat jurutera Tetuan Coode, Fitzmaurice, Wilson & Mitchell di Westminster[10] yang dipersembahkan kepada pihak-pihak NNMB, Negeri-Negeri Selat dan Kerajaan Negeri Johor pada 1918. Rancangan tersebut sebulat kata setuju setahun kemudian setelah rundingan berkongsi bayaran tampung binaan tersebut antara ketetiga kerajaan.[11] The construction contract was awarded to Messrs Topham, Jones & Railton Ltd of London on 30 June 1919. The engineering firm had completed major works at the dockyards and harbour in Singapore, and had necessary work capacity and experience in the area available.[10]
Pembinaan
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan tahun 1919, kajian meneliti dan menjangka corak pasang surut setempat dijalankan di mana hasil-hasil kajian diterapkan dalam reka bina akhir keseluruhan laluan Tambak.[12] Rekaan ini berukuran 3,465 kaki panjang dan 60 kaki lebar cukup memadai sepasang landasan, sebatang jalan raya selebar 26 kaki dan pembetung air utama; pintu-pintu air direka dengan sistem kawalan banjir tersendiri.[13]
Majlis merasmikan tapak pembinaan diadakan pada 24 April 1920 dengan kehadiran termasuk Sultan Ibrahim Sultan Johor, Gabenor NNS dan Pesuruhjaya NNMB Laurence Guillemard dan isteri atas kapal layar Sea Belle tengah selat Tebrau: bacaan doa dipanjatkan sebelum sebuah kapal tongkang menimbuskan selonggok batu puing ke dasar selat, sebelum sebuah kapal tongkang lagi mencurahkan air tolak bala and air doa selamat diiringi lima das tembakan meriam dari Bukit Timbalan menamatkan majlis.[14] Pembinaan mula dijalankan tidak lama kemudian pada bulan Ogos tahun sama di pintu tebing belah Johor mengelakkan gangguan lalu lintas kapal yang sedia ada.[10] Peringkat ini sangat mencabar dengan tahap teknologi kejuruteraan yang sedia ada[10] malah merupakan antara projek kejuruteraan terbesar yang pernah diadakan di Tanah Melayu.[10] Hal ini lebih dirumitkan dengan Kemelesetan 1920–1921 yang menjejaskan kuasa dagang penjajah sedunia[15][16][17][18] sampai kededua pihak NNS dan NNMB pernah menimbangkan pembatalan projek ini.[19]
Pintu air dibuka kepada kapal-kapal setempat pada Januari 1923. Pada 1 Oktober tahun sama, laluan lintas Tambak dibuka rasmi kepada semua kenderaan. Pembinaan Tambak selesai di bahagian pintu air tahun 1924 memakan kos $17 juta (£277 juta ikut inflasi 2000)[20] serta melibatkan 2,300 orang kakitangan dan buruh pekerja sepanjang tempoh pembinaan. Perasmian Tambak diadakan dengan majlis besar-besaran pada tanggal 28 Jun yang diisytiharkan cuti istimewa untuk rakyat jelata Johor meriahkan majlis.[21]
Zaman pasca-Perang
[sunting | sunting sumber]Koswe ini telah menjadi sumber perbalahan sejak perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Air yang bertakung disebabkan tambak ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di Johor. Malaysia telah mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan semenjak awal tahun 2000-an untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak oleh Singapura. Oleh sebab itu, Malaysia bercadang meneruskan projek penggantian melalui apa yang telah digelarkan sebagai "jambatan separuh yang bengkok" (crooked half bridge). Dengan tingginya 25 meter dari aras laut, cadangan jambatan di sebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkan dengan tambak di sebelah Singapura. Landasan pula akan disempurnakan dengan jambatan ayunan (swing bridge). Projek itu merupakan sebahagian Projek Gerbang Selatan Bersepadu.
Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk menghubungkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Oleh sebab-sebab yang sama, Singapura enggan bersetuju sebab penggantian tersebut akan mengancam kegiatan-kegiatan Pelabuhan Singapura.
Disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, laluan kedua yang dikenali sebagai Laluan Kedua Malaysia-Singapura disiapkan pada Oktober 1997. Sepanjang 1,920 meter, jambatan dua tingkat ini mengandungi jalan duaan berlorong tiga yang mengaitkan Kampung Ladang di Tanjung Kupang, Johor dengan Jalan Ahmad Ibrahim di Tuas, Singapura.
Kemarahan antara bekas pemimpin dari kedua-dua negara telahpun mereda dengan kepemimpinan yang baru, iaitu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Mahathir Mohamad dan Lee Hsien Loong di Singapura menggantikan Goh Chok Tong. Kedua-dua pihak telah menjalin semula perhubungan mereka dan membuat perundingan yang baharu.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Koswe menyeberangi Selat Johor.
-
Gambar Stesen Woodlands (Tank Road - Woodlands Railway, Singapura) tahun 1910.
-
Koswe dimusnahkan pada 1942.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jolene (26 September 2017). "Singapore Implements Thumbprint Scan For Car Travellers, Netizens Worried Over Traffic" (dalam bahasa Inggeris). World of Buzz. Dicapai pada 19 Februari 2018.
- ^ "M'sia labur S$28 juta bagi tangani kesesakan di Koswe dan Linkedua". MediaCorp. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 21 Mei 2020.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 23.
- ^ Baker, Jim (2008). Crossroads (2nd Edn): A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore: Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 92. ISBN 9789814435482.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 19.
- ^ a b Lau & Alphonso (2011), m/s. 49.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 43.
- ^ a b Lau & Alphonso (2011), m/s. 50.
- ^ a b c Lau & Alphonso (2011), m/s. 53.
- ^ a b c d e f "The Causeway. A great engineering work completed". Straits Times. 5 July 1924. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2021. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui Malayan Post (via NewspaperSG).
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 55–57.
- ^ "Johore Causeway. Design and Construction of The Undertaking". The Straits Times. 28 May 1925. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2019. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 58–61.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 77–81.
- ^ "Muddled Finances". The Straits Times. 15 December 1921. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2019. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ "F.M.S. Commerce. Meeting of Chamber at Ipoh". The Straits Times. 27 April 1922. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2019. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Sir Edward Brockman. His views on Present Malayan Conditions". The Straits Times. 8 July 1922. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2019. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Governors at Loggerheads". The Straits Times. 13 December 1922. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2019. Dicapai pada 24 March 2019 – melalui NewspaperSG.
- ^ Lau & Alphonso (2011), m/s. 83.
- ^ "Calculate Modern Values of Historic Concertina Prices". www.concertina.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2022. Dicapai pada 2019-03-21.
- ^ "The Johore Causeway". Malayan Saturday Post. 5 July 1924. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2019. Dicapai pada 6 October 2019 – melalui NewspaperSG.