Kenderaan bermotor
Penampilan
Kenderaan bermotor merupakan kenderaan yang digerakkan oleh kuasa enjin atau motor. Enjin pembakaran dalaman merupakan pilihan utama sebagai penggerak kenderaan, walaupun motor elektrik atau enjin lain turut digunakan. Kenderaan bermotor boleh dilesenkan untuk digunakan di atas jalan raya awam. Undang-undang lalu lintas adalah undang-undang yang wajib dipatuhi semua pengguna jalan raya; kebanyakannya berhubung kait khusus kepada kenderaan bermotor. Antara jenis kenderaan bermotor ialah:
- kereta (dirujuk sebagai motokar dalam istilah perundangan)
- lori (ada kalanya dipanggil trak; dirujuk sebagai motolori atau motokar berat dalam istilah perundangan)
- bas
- motosikal
- basikal berenjin