Pergi ke kandungan

Menteri Besar Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menteri Besar
Johor Darul Ta'zim
Menteri Besar Johor
Penyandang
Dato' Onn Hafiz bin Ghazi
sejak 15 Mac 2022
Kerajaan Negeri Johor
GelaranYang Amat Berhormat
Lapor kepadaDewan Negeri Johor
Bidang kuasaJohor Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanSaujana, Johor Bahru, Johor, Malaysia
PusatAras 4, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Dilantik olehSultan Ibrahim
Sultan Johor
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor
Pilihan raya negeri diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Penjawat sulungDato' Jaafar bin Haji Muhammad
Dibentuk1886; 138 tahun yang lalu (1886)
Tapak webProfil Menteri Besar
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.

Zaman Temenggong Daeng Ibrahim

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1855, Temenggong Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas baginda dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian 1855. Baginda telah menubuhkan tiga pejabat di kediamannya iaitu Istana Bukit Aur untuk menguruskan pentadbiran Johor yang berpusat di Teluk Belanga, Singapura.[1]

Tiga pejabat tersebut ialah:

  1. Pejabat Temenggong untuk Temenggong Daeng Ibrahim
  2. Pejabat Waris untuk anakanda Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Ungku Abu Bakar (kemudian Sultan Abu Bakar)
  3. Pejabat Menteri (mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama seperti Menteri Besar)[2]

Abdullah bin Tok Muhammad Tahir yang berketurunan Bendahara Johor dan Bendahara Melaka telah dilantik menjadi Menteri kepada Temenggong Daeng Ibrahim dan beliau mengetuai Pejabat Menteri.[3]

Selepas Abdullah atau Encik Long Menteri meninggal dunia, dipercayai bahawa jawatan Menteri dikosongkan. Pada zaman Sultan Abu Bakar, jawatan Menteri ditukar kepada Menteri Besar. Anak saudara kepada Encik Long Menteri iaitu Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pertama pada tahun 1886.[4]

Senarai Menteri Besar Johor

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[5][6]

Kunci warna (untuk parti-parti politik):
      Bebas       UMNO       Perikatan       Barisan Nasional       Pakatan Harapan

No. Gambar Nama
(Kelahiran–Kematian)
Kawasan pilihan raya
Tempoh jawatan Parti politik[a] Pilihan raya Dewan Negeri
Dari Hingga Tempoh masa
Dilantik secara langsung oleh Sultan Johor
1 Dato'
Jaafar Muhammad
(1838–1919)
1886 3 Julai
1919
Kira-kira 33 tahun Tiada
Kosong
(3 Julai 1919 – 16 Julai 1920)
2 Dato'
Mohamed Mahbob
(1852–1923)
16 Julai
1920
1 September
1922
2 tahun, 48 hari Tiada
Kosong
(1 September 1922 – 17 September 1923)
3 Dato'
Abdullah Jaafar
(1875–1934)
17 September
1923
16 September
1928
5 tahun, 0 hari Tiada
4 Dato'
Mustapha Jaafar
(1862–1946)
16 September
1928
23 November
1931
3 tahun, 69 hari Tiada
5 Dato'
Abdul Hamid Yusof
(1876–1934)
23 November
1931
28 Disember
1934
3 tahun, 36 hari Tiada
Kosong
(28 Disember 1934 – 4 April 1935)
6 Dato'
Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Majid
(1887–1951)
4 April
1935
1 Jun
1947
12 tahun, 59 hari Tiada
7 Dato'
Onn Jaafar
(1895–1962)
1 Jun
1947
18 Mei
1950
2 tahun, 352 hari UMNO
Kosong
(18 Mei 1950 – 18 Februari 1952)
8 Dato'
Syed Abdul Kadir Mohamed
(1900–1960)
18 Februari
1952
5 Jun
1955
3 tahun, 108 hari UMNO
Perikatan
(UMNO)
Kosong
(5 Jun 1955 – 1 Oktober 1955)
9 Dato'
Wan Idris Ibrahim
(1888–1973)
1 Oktober
1955
16 Jun
1959
3 tahun, 259 hari Perikatan
(UMNO)
Kosong
(16 Jun 1959 – 27 Jun 1959)
Dilantik melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN)
10 Tan Sri Dato'
Hassan Yunus
(1907–1968)
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Muar Inland (1954-1959)
Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) Bukit Serampang (1959-1968)
27 Jun
1959
31 Januari
1967
7 tahun, 219 hari Perikatan
(UMNO)
1959 pertama
1964 ke-2
11 Tan Sri Dato'
Othman Saat
(1927–2007)
ADUN Jorak (1959-1974)
ADUN Kesang (1974-1982)
4 Februari
1967
4 April
1982
15 tahun, 60 hari Perikatan
(UMNO)
1969 ke-3
BN
(UMNO)
1974 ke-4
1978 ke-5
12 Dato'
Abdul Ajib Ahmad
(1947–2011)
ADUN Endau (1982-1986)
29 April
1982
12 Ogos
1986
4 tahun, 106 hari BN
(UMNO)
1982 ke-6
13 Tan Sri Dato'
Muhyiddin Yassin
(lahir 1947)
ADUN Bukit Serampang (1986-1995)
ADUN Gambir (2018-2022)
12 Ogos
1986
3 Mei
1995
8 tahun, 265 hari BN
(UMNO)
1986 ke-7
1990 ke-8
14 Dato'
Abdul Ghani Othman
(lahir 1946)
ADUN Serom (1995-2013)
3 Mei
1995
14 Mei
2013
18 tahun, 12 hari BN
(UMNO)
1995 ke-9
1999 ke-10
2004 ke-11
2008 ke-12
15 Dato'
Mohamed Khaled Nordin
(lahir 1958)
ADUN Permas (2013-2018)
14 Mei
2013
12 Mei
2018
4 tahun, 364 hari BN
(UMNO)
2013 ke-13
16 Dato'
Osman Sapian
(1951–2021)
ADUN Kempas (1999-2013, 2018-2021)
12 Mei
2018
14 April
2019
338 hari PH
(BERSATU)
2018 ke-14
17 Dato'
Sahruddin Jamal
(lahir 1975)
ADUN Bukit Kepong (2018-kini)
14 April
2019
28 Februari
2020
321 hari PH
(BERSATU)
18 Dato'
Hasni Mohammad
(lahir 1959)
ADUN Benut (2008-kini)
28 Februari
2020
15 Mac
2022
2 tahun, 16 hari BN
(UMNO)
19 Dato'
Onn Hafiz Ghazi
(lahir 1978)
ADUN Layang-Layang (2018-2022)
ADUN Machap (2022-kini)
15 Mac
2022
Kini 2 tahun, 191 hari BN
(UMNO)
2022 ke-15
  1. ^ Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.

Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor pertama dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling lama iaitu selama kira-kira 33 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor iaitu Menteri Besar Johor ke-3 Dato’ Abdullah bin Jaafar, Menteri Besar Johor ke-4 Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Menteri Besar Johor ke-7 Dato’ Onn bin Jaafar.

Dato’ Mohamed bin Mahbob ialah Menteri Besar Johor ke-2 dan ketika beliau berkhidmat dalam Jabatan Pelajaran Johor, beliau dan Mohd Khalid bin Haji Abdullah Munsyi telah menguatkuasakan enakmen pelajaran yang mewajibkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah dan mereka akan didenda sebanyak RM25.00 atau dipenjara selama tiga bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof ialah Menteri Besar Johor ke-5 dan beliau merupakan anak saudara kepada Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad dan sepupu kepada Dato’ Abdullah bin Jaafar, Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Dato’ Onn bin Jaafar.

Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid ialah Menteri Besar Johor ke-6 dan beliau berketurunan keluarga diraja Johor di mana beliau merupakan cucu kepada Temenggong Daeng Ibrahim, anak saudara kepada Sultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng Ibrahim dan sepupu kepada Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan datuk saudara kepada Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7 Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.

Dato’ Onn bin Jaafar ialah Menteri Besar Johor ke-7 dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden pertama UMNO.

Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim ialah Menteri Besar Johor ke-9 dan beliau berketurunan Raja Temenggung Muar di mana beliau merupakan piut (great-great-grandson) kepada Raja Temenggung Muar ke-3 Temenggung Engku Burok bin Temenggung Engku Sa’Amar Diraja.

Tan Sri Hassan bin Yunus ialah Menteri Besar Johor ke-10 dan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem Pilihan Raya Umum. Beliau juga merupakan Mufti Johor ke-5 dan salah seorang daripada Orang Tujuh Muar yang berjaya meyakinkan Sultan Ibrahim supaya membatalkan dan menarik balik surat perjanjian dengan pihak British untuk menubuhkan Malayan Union.

Tan Sri Othman bin Mohamed Saat ialah Menteri Besar Johor ke-11 dan beliau terlibat dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini dikenali sebagai Perbadanan Johor) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali sebagai Pelabuhan Pasir Gudang dan pembukaan penempatan-penempatan baru melalui Tanah Rancangan FELDA dan FELCRA di Johor.

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin ialah Menteri Besar Johor ke-13 dan beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Dato’ Sahruddin bin Jamal ialah Menteri Besar Johor ke-17 dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling singkat iaitu selama 321 hari.

Dato’ Hasni bin Mohammad ialah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau merupakan bekas Ketua Pembangkang Johor pertama yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi ialah Menteri Besar Johor ke-19 dan beliau merupakan cicit kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan piut (great-great-grandson) kepada Dato' Jaafar bin Haji Muhammad.

Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup

[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bekas Menteri Besar Johor yang pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia.

Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).

Nama Tempoh perkhidmatan Tarikh lahir
Tan Sri Muhyiddin Yassin 1986–1995 15 Mei 1947 (umur 77)
Tan Sri Abdul Ghani Othman 1995–2013 14 November 1946 (umur 77)
Dato' Mohamed Khaled Nordin 2013–2018 30 November 1958 (umur 65)
Dato' Dr. Sahruddin Jamal 2019–2020 26 Mei 1975 (umur 49)
Dato' Hasni Mohammad 2020–2022 27 Mac 1959 (umur 65)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
  2. ^ Rahimah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800-1945): Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, 1997, halaman 61.
  3. ^ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
  4. ^ Othman bin Datuk Abdul Hamid, Salasilah Tok Abdul Jabar bin Tok Othman, Johor Bahru, 1967.
  5. ^ "Bibliografi Menteri Besar Johor". Kerajaan Negeri Johor. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  6. ^ "Johore". WorldStatesmen.org. Dicapai pada 15 April 2011.