Juno (kapal angkasa)
Pengendali | NASA |
---|---|
Kontraktor utama | Lockheed Martin Corporation |
Jenis misi | Pengorbit |
Lintas terbang | Bumi |
Satelit kepada | Musytari |
Tarikh Masuk Orbit | Ogos 2016[1] |
Orbit | 33 |
Tarikh Berlepas | 05 Ogos 2011[1] |
Kenderaan Pelancar | Atlas V 551 (AV-029) |
Kawasan Pelancaran | SLC-41, Cape Canaveral, Florida |
Tempoh misi | 6 tahun Bumi (perjalanan: 5 tahun, sains: 1 tahun) |
ID COSPAR | JUNO |
Laman web | SWRI, NASA |
Jisim | 3,625 kilogram (7,992 lb)[1] |
Bateri | Dua 55 amp/jam Li-ion[2] |
Unsur orbital | |
Keadaan | Kutub |
Periapsis | 4,300 kilometer (2,700 bt) |
Peralatan | |
Peralatan utama | MWR, JIRAM, FGM, ASC, JADE, JEDI, WAVES, UVS, JunoCam |
Peleraian pengimejan | (JunoCam) 15 kilometer / piksel |
Juno (Jawi: جونو ) adalah misi Perbatasan Baru NASA ke Musytari. Ia pada awalnya dicadangkan untuk pelancaran pada Jun 2009, dengan kos sebanyak AS$700 juta. Kekangan belanjawan bagaimanapun menunda misi ini ke Ogos 2011, dengan kos dijangka mencecah $1.1 bilion keseluruhannya.[3] Juno akhirnya dilancarkan daripada Pusat Angkasa Kennedy pada 5 Ogos 2011.[4]
Kapal angkasa itu akan diletakkan di orbit kutub untuk mengkajikan komposisi, medan graviti, medan magnet dan magnetosfera kutub Musytari. Juno akan juga mengkaji angin Musytari dan mencari untuk petunjuk bagaimana Musytari terbentuk. Soalan-soalan khusus yang berkaitan dengan asal planet dalam Sistem Suria termasuklah sama ada Musytari mempunyai teras batu-bata, kehadiran air dalam atmosfera, dan bagaimana jisim planet itu teragih.
Juno menjadi misi Musytari pertama yang menggunakan panel suria berbanding penjana termoelektrik radioisotop (RTG) yang digunakan Pioneer 10, Pioneer 11, program Voyager, Cassini–Huygens dan Galileo. Walaupun ketika dalam orbit Musytari Juno akan cuma mendapat 4% cahaya matahari berbanding di Bumi,[2] kemajuan teknologi dan kecekapan sel suria dekad-dekad kebelakangan ini menjadikan panel suria dengan saiz praktikal sesuatu yang mungkin sebagai sumber kuasa di jarak sejauh 5 AU daripada Matahari.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Juno Mission to Jupiter" (PDF). NASA. 04/09. m/s. 2. Dicapai pada 5 April 2011. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b "Juno Spacecraft Information – Power Distribution". Spaceflight 101. 2011. Dicapai pada 6 Ogos 2011.
- ^ Cureton, Emily Jo (June 9, 2011). "Scientist with area ties to study Jupiter up close and personal". Big Bend Now. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-25. Dicapai pada July 17, 2011.
- ^ Marcia Dunn. "NASA probe blasts off for Jupiter after launch-pad snags". MSN.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Juno |
- Tapak web rasmi di NASA.gov
- Juno mission web site di South West Research Institute
- Juno Launch press kit
- Juno Mission Profile Diarkibkan 2007-06-11 di Wayback Machine oleh NASA's Solar System Exploration
- NASA Selects New Frontiers Concept Study: Juno Mission to Jupiter di Jet Propulsion Laboratory NASA
- The Juno Mission to Jupiter di Space.com
- NASA 360 New Worlds New Discoveries 1/2. Dicapai 30 Jun 2011.