Pergi ke kandungan

Ion Antonescu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ion Victor Antonescu
Conducător Romania
Dalam jawatan
6 September 1940 – 23 Ogos 1944
Didahului olehCarol II (selaku Raja Romania)
Digantikan olehtiada
Perdana Menteri Romania
Dalam jawatan
5 September 1940 – 23 Ogos 1944
RajaCarol II
Michael
Didahului olehIon Gigurtu
Digantikan olehConstantin Sănătescu
Maklumat peribadi
Lahir15 Jun 1882
Pitești, Wilayah Argeș, Romania
Mati1 Jun 1946(1946-06-01) (umur 63)
Jilava, Wilayah Ilfov, Romania
KewarganegaraanRomania
Parti politikTiada[a]
PasanganMaria Antonescu
Bidang pengkhususanTentera
Anugerah awamDarjah Michael the Brave
Nama panggilanCâinele Roșu ("Anjing Merah")
Perkhidmatan tentera
KesetiaanKerajaan Romania
Cabang/khidmatTentera Darat Romania
Tahun khidmat1904–1944
PangkatMarsyal Romania
PangkalanPanglima Tertinggi, Angkatan Tentera Romania
Perang/PertempuranPerang Balkan Kedua

Perang Dunia Pertama


Perang Dunia Kedua
a.   Secara rasmi bersekutu dengan Pengawal Besi (1940–41)

Ion Victor Antonescu (sebutan Romania: [iˈon antoˈnesku] ( dengar); 15 Jun 1882 – 1 Jun 1946) adalah seorang pegawai tertinggi Romania dan ahli politik autoritarian yang, selaku Perdana Menteri dan Conducător semasa Perang Dunia Kedua, menjadi diktator zaman perang sebanyak dua kali berturut-turut. Selepas perang, beliau telah didapati bersalah kerana jenayah perang dan dihukum mati.

Seorang pegawai berkerjaya dalam Tentera Darat Romania yang mencipta nama semasa pemberontakan golongan petani tahun 1907 dan Kempen Romania Perang Dunia Pertama, Antonescu yang antisemitik bersimpati dengan kumpulan berhaluan kanan dan Kristian Nasional fasis dan Pengawal Besi untuk keseluruhan zaman antara perang. Beliau merupakan atase tentera ke Perancis dan kemudian Ketua Turus Am, secara singkat berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan didalam kabinet Kristian Nasional Octavian Goga. Semasa era lewat 1930an, pendirian politiknya menyebabkan beliau berkonflik dengan Raja Carol II dan membawa ke penahanannya. Politik Antonescu bagaimanapun bangkit mendadak semasa krisis politik tahun 1940, dan menubuhkan Negara Legionari Nasional, satu perkongsian yang tidak selesa dengan pemimpin Pengawal Besi Horia Sima. Selepas memasukkan Romania kedalam pakatan dengan Jerman Nazi dan Kuasa Paksi dan memastikan keyakinan Adolf Hitler, beliau menghapuskan Pengawal tersebut semasa Pemberontakan Legionari tahun 1941. Selain kepimpinan eksekutif, beliau mengambil alih jawatan Menteri Luar dan Menteri Pertahanan. Sejurus selepas Romania menyertai pakatan Paksi dalam Operasi Barbarossa, mendapatkan kembali Bessarabia dan Bukovina Utara, Antonescu juga menjadi Marsyal Romania (22 Ogos 1941).

Seorang tokoh atipikal yang memperlakukan Holokus, Antonescu menguatkuasakan dasar bebas yang bertanggungjawab atas kematian seramai 400,000 orang, kebanyakan mereka Yahudi Bessarabia, Yahudi Ukraine dan Yahudi Romania, serta Romani Romania. Rejim ini bersubahat dalam Holokus termasuk pembunuhan kaum dan pembunuhan beramai-ramai seperti pembunuhan Odessa bersama pembersihan etnik, pengusiran sistematik ke taklukan Transnistria dan kecuaian jenayah yang meluas. Sistem yang teratur bagaimanapun dicirikan oleh singular tidak konsisten, mengutamakan penjarahan selepas pembunuhan, menunjukkan sikap berlembut terhadap orang Yahudi dalam Kerajaan Lama Romania, dan akhirnya enggan menerima pakai Penyelesaian Terakhir seperti yang terpakai di seluruh Eropah taklukan Nazi.

Berdepan dengan kekalahan teruk di Barisan Timur, Antonescu memulakan rundingan yang tidak meyakinkan dengan Pihak Bersekutu, sejurus sebelum gabungan politik, dibentuk oleh raja muda Mihai I, menggulingkan beliau semasa Rampasan Kuasa 23 Ogos 1944. Selepas penahanan singkat di Kesatuan Soviet, Conducător yang digulingkan itu telah diserahkan kembali pada Romania, dimana beliau dibicarakan oleh sebuah Tribunal Rakyat khas dan dihukum mati. Ini adalah sebahagian daripada siri perbicaran yang juga menjatuhkan hukuman keatas beberapa rakannya, termasuk isterinya Maria. Prosedur kehakiman mendapat banyak kritikan kerana menjawab pada keutamaan ideologi Parti Komunis Romania, satu perkara yang mendorong puak nasionalis dan cubaan golongan berhaluan kanan untuk membebaskan Antonescu selepas kematiannya. Sewaktu golongan ini sedang menaikkan Antonescu ke status wira, penglibatannya dalam Holokus secara rasminya telah ditonjolkan semula dan disalahkan selepas laporan Suruhanjaya Wiesel tahun 2003.

Anugerah kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Antonescu menerima beberapa anugerah dan pingat bintang disepanjang kerjaya tenteranya, yang paling ketara ialah Darjah Michael the Brave, yang mana secara peribadi dikurniakan kepadanya oleh Raja Ferdinand I semasa Perang Hungary–Romania tahun 1919.[1] Beliau juga menerima beberapa pingat dan bintang daripada negara asing. Beliau merupakan orang Romania pertama menerima Knight Cross of the Iron Cross, yang dikurniakan sendiri oleh Hitler.[2]

Anugerah pingat bintang Negara Tarikh Tempat Nota Ruj
Medal of Military Virtue (Kelas 1 warna Emas)  Romania 1913 Dobruja Selatan Pingat tentera tertinggi Romania pada waktu itu. Hanya diterima seorang lagi pegawai tentera darat semasa Perang Balkan Kedua. [3]
Darjah Michael the Brave (Kelas 1, 2, dan 3)  Romania 1919 Sungai Tisza, Hungary Pingat tentera tertinggi Romania. Selepas menyeberangi Sungai Tisza, Raja Ferdinand mengambil Darjah Michael the Brave dari pakaian seragamnya sendiri dan mengurniakan ia pada Antonescu, sambil berkata "Antonescu, tiada siapa di negara ini yang lebih tahu daripada Raja berapa banyak yang mereka terhutang budi dengan anda." [1][4]
Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahkta Berlian  Jerman Nazi Jun 1941 Dikurniakan untuk menghargai kejayaan yang luar biasa, disampaikan pada Antonescu oleh Reichsmarschall Hermann Göring. [4]
Iron Cross (Kelas 1 dan 2)  Jerman Nazi 6 Ogos 1941 Berdychiv Dianugerahkan kerana keberanian dalam peperangan serta sumbangan tentera yang lain dalam persekitaran medan perang. [2]
Knight Cross of the Iron Cross  Jerman Nazi 6 Ogos 1941 Berdychiv Secara prinsipnya adalah anugerah tertinggi Jerman yang mengiktiraf keberanian medan perang yang luar biasa atau kepimpinan ketenteraan yang berjaya semasa Perang Dunia II. Orang Romania pertama menerima anugerah itu. [2]
Grand Cross of the White Rose of Finland with Swords  Finland Januari 1942 Bucharest Salah satu daripada tiga darjah tertinggi negara Finland, dizahirkan pada tahun 1919 oleh Carl Gustaf Emil Mannerheim. [5]
  1. ^ a b Centrul de Istorie și Civilizație Europeană (Academia Română); Fundația Culturală Română (1995). Romanian civilization, Volume 4. Romanian Cultural Foundation; Original: Indiana University Press. m/s. 95.
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama d83,86,280,305
  3. ^ Muzeul Literaturii Române (Romania) (1998). Manuscriptum, Volume 29 (dalam bahasa Romanian). Muzeul Literaturii Române; Original: University of Michigan Press. m/s. 119.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b Axworthy, Mark; Horia Șerbănescu (1992). The Romanian Army of World War II. Osprey Publishing. m/s. 24. ISBN 1-85532-169-6. ISBN 9781855321694.
  5. ^ Miloiu, Silviu (2008). "The Marshals as Key Symbols of the Romanian – Finnish Cooperation during World War II" (PDF). Annals of University "Valahia" Târgoviște. Valahia University Press. X (Section of Archaeology and History): 78. ISSN 1584-1855. Dicapai pada 30 July 2011.
Jawatan politik
Didahului oleh
Ion Gigurtu
Perdana Menteri Romania
5 September 1940 – 23 Ogos 1944
Diikuti oleh:
Constantin Sănătescu
Gelaran Kehormat
Kosong
  Gelaran dipegang dahulu oleh  
Carol II
Conducător Romania
6 September 1940 – 23 Ogos 1944
Kosong
  Gelaran dipegang kemudian oleh  
Nicolae Ceaușescu

Templat:PerdanaMenteriRomania Templat:Ketua Negara Romania