Joseph Goebbels
Doktor Joseph Goebbels | |
---|---|
Canselor Jerman | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 1 Mei 1945 | |
Presiden | Karl Donitz |
Didahului oleh | Adolf Hitler |
Digantikan oleh | Lutz Graf Schwerin von Krosigk (pemangku) |
Pembesar Reich bagi Perang Total | |
Dalam jawatan 23 Julai 1944 – 30 April 1945 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Tiada (jawatan diwujudkan) |
Digantikan oleh | Tiada (jawatan dimansuhkan) |
Menteri Propaganda dan Kesedaran Awam | |
Dalam jawatan 13 Mac 1933 – 30 April 1945 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Werner Naumann |
Gauleiter Berlin | |
Dalam jawatan 9 November 1926 – 1 Mei 1945 | |
Dilantik oleh | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Ernst Schlange |
Digantikan oleh | Tiada |
Reichsleiter | |
Dalam jawatan 1933–1945 | |
Dilantik oleh | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiada |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Paul Joseph Goebbels 29 Oktober 1897 Rheydt, Prusia, Empayar Jerman |
Mati | 1 Mei 1945 Berlin, Jerman | (umur 47)
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Parti Nazi) (1924-1945) |
Pasangan | Magda Ritschel |
Anak | 6 |
Tempat belajar | Universiti Bonn Universiti Würzburg Universiti Freiburg Universiti Heidelberg |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Kabinet | Kabinet Hitler |
Tandatangan | |
Paul Joseph Goebbels (29 Oktober 1897 - 1 Mei 1945) merupakan Menteri Propaganda Reich di bawah kerajaan Adolf Hitler sejak tahun 1933 sehinggalah kematiannya pada 1945. Beliau boleh dianggap sebagai tunjang utama parti Nazi dan bidang kuasanya merangkumi semua media massa di Jerman ketika itu termasuklah radio, suratkhabar, pawagam dan teater. Kerjanya sebagai ahli propaganda telah berjaya menaikkan nama Adolf Hitler ke tampuk pemerintahan pada 1933. Itu kerana beliau dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa sekerap mungkin sehinggalah kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'. Di samping itu, Goebbels boleh juga dianggap sebagai Canselor Jerman yang paling singkat sekali, hanya selama lima jam iaitu selepas Adolf Hitler membunuh diri sehinggalah beliau sendiri membunuh diri sehari kemudian.
Sejarah Awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada 29 Oktober,1897 di Rheydt, sebuah pekan sederhana besar di Ruhr, beliau dibesarkan dalam satu keluarga kelas sederhana beragama Roman Katolik. Walaupun beliau tempang dan bukannya seorang yang menarik, beliau dianugerahkan kebijaksanaan dan kemahiran berpidato dengan baik. Beliau banyak meluangkan masanya untuk belajar dan mata pelajaran yang diambilnya di peringkat universiti adalah falsafah, sejarah, seni dan kesusasteraan. Pada 1921, beliau telah menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Drama dari Universiti Heidelberg.
Sungguhpun beliau begitu membuat pengajian dalam bidang seni dan kesusasteraan, beliau pada mulanya gagal sebagai penulis buku dan skrip teater. Beberapa karyanya telah ditolak. Beliau juga tidak berjaya menjadi seorang wartawan apabila permohonannya ditolak oleh suratkhabar liberal Berliner Tageblatt. Namun demikian, beliau telah dapat bekerja di bank dan juga bursa saham.
Penceburan awal di arena politik
[sunting | sunting sumber]Pendedahan beliau kepada politik bermula pada tahun 1922 apabila beliau menghadiri satu ceramah politik anjuran parti Nazi di Munich. Kepetahan Adolf Hitler berpidato telah menarik minat orang muda itu untuk menjadi ahli parti baru tersebut. Pada waktu itu, parti Nazi terpisah kepada dua fahaman berlainan: sosialism dan nasionalism. Pada mulanya, Goebbels berpegang teguh kepada fahaman sosialism yang kuat dan telah menyebelahi Gregor Strasser, ketua sayap sosialis dalam parti tersebut. Manakala, Hitler pula merupakan penyokong kuat nasionalism atau semangat kebangsaan. Kedua-dua sayap ini sering bertembung sehinggakan dalam satu mesyuarat Goebbels telah bangkit dan berkata "saya mendesak agar si-Bourgeoisie Hitler ini dibuang dari parti Nazi!"
Namun demikian pada April 1925, pandangan Goebbels berubah apabila menghadiri mesyuarat khas anjuran Adolf Hitler. Dalam diarinya, Goebbels menulis "April 13. Hitler berpidato selama tiga jam. Sungguh mengkagumkan! Dia boleh buat seorang ragu dengan pendiriannya sendiri… Saya kini selesa dengannya… Saya tunduk kepada orang yang lebih hebat, seorang yang genius berpolitik." Pada ketika itu, beliau terus menjadi penyokong setia kepada Hitler serta fahaman nasionalismenya.
Pada 1926 beliau dilantik sebagai Gauleiter, atau ketua parti bagi kawasan Berlin di mana penduduknya rata-rata berfahaman komunis. Langkah pertamanya di sana adalah dengan membuka suratkhabarnya sendiri dipanggil Der Angriff ("Serangan"). Sebagai editor utamanya beliau cuba menambat hati masyarakat di sana. Selain itu, Goebbel seorang yang pakar dalam melaksanakan tarikan publisiti. Antaranya adalah majlis debat perdana antaranya dengan Canselor Heinrich Brüning. Oleh sebab Brüning enggan menyertai debat tersebut, Goebbels akhirnya "berbahas" dengan kerusi yang kosong, sambil memberi respon kepada rakaman ucapan yang dibuat oleh Canselor berkenaan. Jawapan Goebbels yang bernas dan penuh sindiran telah memikat hati penduduk Berlin sehinggakan pada Mei 1928 beliau menang dalam pilihan raya dan menjadi timbalan di Reichstag. Enam bulan kemudian, beliau dilantik pula sebagai ahli majlis perbandaraan Berlin.
Pada waktu ini, Hitler bertambah yakin dengan keupayaan Goebbels dan beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah propaganda bagi keseluruhan parti Nazi. Tugasan baru ini amat berat dan mencabar kerana parti Nazi telah di'gam' pihak atasan dan ahlinya dilarang berceramah melalui radio nasional. -- pergerakan National Socialist berkembang dalam tempoh ini. Menjelang 1932 Parti Hitler telah menjadi parti Jerman paling penting, dengan menjadi bahagian terbesar di Reichstag.
Propaganda Parti yang luas dan empayar penerbitan -- dikawal oleh Goebbels -- termasuk 120 akhbar harian dan mingguan di baca dengan tetap oleh hampir sejuta orang di seluruh dunia. Dengan kepimpinan muda yang menonjol, pergerakan National Socialist amat popular dikalangan pemuda Jerman. Sebagai contoh, menjelang tempoh Hitler menjadi Chancellor, National Socialists telahpun menguasai pilihanraya majlis pelajar di universiti Jerman.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Adolf Hitler
- Hermann Goering
- Rudolf Hess
- Heinrich Himmler
- Joachim von Ribbentrop
- Albert Speer
- Martin Bormann
- Alfred Rosenberg
- Robert Ley
- Wilhelm Frick
- Parti Nazi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Joseph Goebbels |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Joseph Goebbels |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Joseph Goebbels |
- Free original online books, movie, images and speech from dr. Joseph Goebbels
- A collection of speeches and essays by Joseph Goebbels
- The Man Behind Hitler
- Nazi Sozi a pre-1933 pamphlet. In English.
- Communism With The Mask Off a pamphlet of his 1935 Nuremberg Address. In English.
- Bolshevism in Theory and Practice a pamphlet of his 1936 Nuremberg Address. In English.
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Adolf Hitler |
Canselor Jerman 30 April-1 Mei 1945 |
Diikuti oleh: Lutz Graf Schwerin von Krosigk |
Didahului oleh William Stephens |
Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 1936 |
Diikuti oleh: Alfred Schläppi & Heinrich Schläppi |
Didahului oleh George Bryant |
Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Panas (bersama Karl Ritter von Halt) 1936 |
Diikuti oleh: Lord Burghley |