Keluarkan foto daripada Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada Mac
Anda boleh mengalihkan item yang anda sumbangkan ke pustaka dikongsi kembali ke pustaka peribadi anda. Selepas anda mengalihkan item ke pustaka peribadi anda, peserta lain tidak lagi boleh melihatnya. Anda tidak boleh mengalihkan item yang disumbangkan oleh orang lain ke pustaka peribadi anda.
Anda dan peserta lain juga boleh memadamkan foto dan video daripada pustaka dikongsi. Walaupun anda memadamkan foto daripada pusaka dikongsi, foto tersebut mungkin masih berada dalam pustaka peribadi anda atau peserta lain.
Alihkan foto dan video kembali ke pustaka peribadi anda
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik menu timbul Pustaka dalam bar alat dan pilih Pustaka Dikongsi.
Pilih item yang anda mahu alihkan ke pustaka peribadi anda.
Pilih Imej > Alihkan [bilangan] Foto ke Pustaka Peribadi anda.
Anda juga boleh Control-klik satu daripada item dipilih dan memilih Alihkan [bilangan] Foto ke Pustaka Peribadi anda.
Padam foto dan video daripada pustaka dikongsi
Item yang anda dan peserta lain padamkan diletakkan dalam Terbaru Dipadam (di bawah Utiliti dalam bar sisi), yang kekal selama 30 hari dan kemudian dipadamkan secara kekal. Anda boleh memulihkan foto dipadamkan ke pustaka dikongsi sebelum ia dipadamkan secara kekal. Jika peserta lain memadamkan foto atau video yang anda sumbangkan, anda menerima pemberitahuan dan terus menerima pemberitahuan setiap 7 hari.
Nota: Untuk memulakan atau menghentikan menerima pemberitahuan, pilih atau nyahpilih kotak semak Pemberitahuan Pemadaman dalam seting Pustaka Dikongsi. Lihat seting Foto.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik menu timbul Pustaka dalam bar alat dan pilih Pustaka Dikongsi.
Pilih item yang anda mahu padamkan daripada pustaka dikongsi.
Pilih Imej > Padam [bilangan] Foto.
Untuk melihat item yang dipadamkan, klik Terbaru Dipadam di bawah Utiliti dalam bar sisi. Hanya orang yang menyumbang item boleh memadamkannya secara kekal daripada Terbaru Dipadam. Lihat Padam foto dan video.
Penting: Jika anda memadamkan foto atau video yang anda tambahkan ke pustaka dikongsi, anda tidak akan mempunyai salinannya dalam pustaka peribadi anda. Untuk menyimpan item ini, alihkannya ke pustaka peribadi anda berbanding memadamnya.