Pintasan papan kekunci dalam FaceTime pada Mac
Dalam app FaceTime pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu FaceTime di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Buka seting FaceTime | Command-Koma (,) |
Sembunyikan FaceTime | Command-H |
Sembunyikan semua kecuali FaceTime | Option-Command-H |
Nyahaktifkan atau aktifkan FaceTime | Command-K |
Keluar daripada FaceTime | Command-Q |
Tutup tetingkap FaceTime | Command-W |
Minimumkan tetingkap | Command-M |
Masuk atau keluar paparan skrin penuh semasa dalam panggilan video | Control-Command-F |
Gunakan landskap atau potret semasa panggilan video | Command-R |