Buat dan terima panggilan dalam FaceTime pada Mac
Anda boleh menggunakan FaceTime pada Mac anda untuk berhubung dan berkomunikasi dengan rakan, keluarga atau rakan sekerja. Panggilan video FaceTime membolehkan anda melihat ekspresi dan reaksi orang lain sama seperti anda bersemuka. Apabila anda tidak mahu menggunakan kamera, anda boleh membuat panggilan audio FaceTime. Panggilan video dan audio FaceTime menggunakan sambungan Wi-Fi pada Mac anda.
Anda juga boleh menggunakan FaceTime untuk membuat atau menjawab panggilan telefon, yang menggunakan minit selular pada pelan iPhone anda.
Untuk membuat dan menerima panggilan, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime dengan Akaun Apple anda pada peranti yang memenuhi keperluan ini.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “FaceTime emak” atau “Audio FaceTime [nombor telefon]”.
Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Buat panggilan
Anda boleh membuat panggilan FaceTime kepada sesiapa yang menggunakan peranti Apple, asalkan Mac anda dan peranti mereka memenuhi keperluan FaceTime atau keperluan FaceTime Kumpulan. Anda juga boleh membuat panggilan telefon atau panggilan RTT.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Klik FaceTime Baharu.
Taipkan nombor telefon, alamat e-mel, atau nama daripada senarai kenalan anda, kemudian tekan Return. (Anda juga boleh mengklik kenalan di bawah Dicadangkan.)
Untuk membuat panggilan FaceTime kumpulan, masukkan maklumat hubungan setiap orang ke dalam medan Kepada. Anda boleh menambah sehingga 32 peserta.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Buat panggilan FaceTime: Klik untuk membuat panggilan video, atau klik bersebelahan dan pilih Audio FaceTime.
Buat panggilan telefon: Klik bersebelahan , kemudian pilih nombor telefon yang anda mahu panggil.
Jika nombor telefon tidak boleh dipilih, pastikan anda telah menyediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Buat panggilan telefon RTT: Lihat Buat panggilan RTT.
Jawab panggilan
Apabila anda mendaftar masuk, anda boleh menjawab panggilan, walaupun jika FaceTime tidak dibuka.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jawab panggilan video: Klik .
Jawab panggilan audio atau panggilan telefon: Klik .
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Jawab panggilan RTT (Teks Masa Nyata): Klik , kemudian klik .
Nota: Panggilan telefon RTT yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—caj selular mungkin dikenakan.
Jawab panggilan video sebagai panggilan audio: Klik bersebelahan , kemudian pilih Jawab sebagai Audio (kamera tak aktif secara automatik).
Terima panggilan semasa dalam panggilan lain: Klik Tamat & Terima atau Tahan & Terima. (Panggilan video tidak boleh ditahan.)
Tolak panggilan
Apabila anda mendaftar masuk, anda boleh menolak panggilan, walaupun jika FaceTime tidak dibuka.
Apabila anda mendapat pemberitahuan panggilan FaceTime masuk, lakukan satu daripada berikut:
Tolak panggilan: Klik .
Balas dengan mesej atau cipta peringatan panggil balik: Klik bersebelahan , kemudian pilih pilihan.
Petua: Jika panggilan datang daripada orang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh menyekat pemanggil. Anda juga boleh menggunakan Masa Skrin untuk menyediakan had komunikasi.
Tamatkan panggilan
Pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas tetingkap panggilan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tamatkan panggilan video FaceTime: Klik .
Tamatkan panggilan audio FaceTime atau panggilan telefon: Klik .
Tinggalkan panggilan FaceTime Kumpulan
Klik .
Apabila anda meninggalkan panggilan FaceTime kumpulan, ia kekal aktif sehingga semua peserta keluar. Untuk menyertai semula panggilan yang masih aktif, dwiklik panggilan dalam sejarah panggilan anda, kemudian klik Sertai.