Pergi ke kandungan

Wikipedia:WikiKesatria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


WikiKesatria
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Hominidae
Genus: Homo
Spesies:
H. wikicniht
Nama binomial
Homo wikicniht
Subspecies
  • Homo wikicniht WikiCimmerianCniht (WikiKesatria Gelap)
WikiKesatria muda dianugerahkan darjah pangkat WikiKesatria oleh WikiPuteri .

WikiKesatria atau Homo WikiCniht yang terdiri daripada Homo dari bahasa Latin yang bermaksud "orang", wikiwiki dari bahasa Hawaii yang bermaksud "pantas", dan cniht dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud "yang berpangkat tentera tinggi", merupakan pengguna yang telah bersumpah untuk mempertahan daulat Wikipedia dan menegakkan tonggak-tonggak kebenaran yang kekal abadi.

WikiKesatria berasal dari kerajaan Homo sapiens, dipilih atas keberanian dan keinginan mereka untuk melindungi golongan yang tidak berdaya. Sejak azali lagi, WikiKesatria sekalian tidak berminat untuk mengumpul kuasa atau berkuasa dalam pentas politik dunia. Tugas asal yang diamanahkan kepada WikiKesatria boleh diterangkan sebagai: "Melindungi mereka yang lemah, yang tidak berdaya, dan yang tidak berupaya. Berjuang demi kesejahteraan semua!".[1] WikiKesatria percaya bahawa pada penghujung hari, keadilan dan kebaikan akan ditegakkan.

Gambaran WikiKesatriaInggeris bertarung dengan WikiNaga Itali. Seorang WikiPuteri muda berdiri berhampiran untuk menyaksikan pertempuran. Jika dia dapat membunuh WikiNaga, dia akan memenangi hatinya.

Pada awalnya, Kesatria-kesatria sekalian mempunyai banyak kerja untuk dibuat, banyak misi hebat menanti mereka dan pelbagai bahaya menanti mereka di segenap penjuru. Begitu banyak WikiNaga yang ganas berkeliaran di merata tempat dan melakukan keganasan di banyak kampung, sehingga banyak pertempuran epik dengan musuh berdarah dingin inilah yang melakar sejarah WikiKesatria.

WikiNaga yang merupakan binatang legenda berkuasa suatu ketika dahulu dan menimbulkan keghairahan dalam dunia yang membosankan tanpanya, selalunya akan bertembung dengan WikiKesatria. Walau bagaimanapun, dalam dunia moden yang lebih teratur dan lebih seimbang, naga tersebut kini telah ditelan zaman dengan hanya sedikit sahaja yang wujud. Naga-naga yang masih wujud menumpukan perhatian mereka pada kawasan terpencil, seperti kawasan perkampungan di Perancis. Kadang-kala salah seorang dari mereka menerobos ke kawasan berpenduduk ramai, membuang sisa mereka ke bandar-bandar terancang WikiPintar, dan di sinilah WikiKesatria akan bertindak.

Walaupun mereka kekal musuh abadi, WikiKesatria jarang membunuh WikiNaga. Meskipun dentangan pedang melawan hembusan api, WikiKesatria tahu bahawa tanpa WikiNaga, mereka serupa sahaja seperti WikiGnome lain yang memburuh di bawah tanah. Dan jauh dalam sanubari mereka, WikiNaga tahu yang mereka memerlukan WikiKesatria; jika tidak mereka akan menjadi satu lagi WikiRaksasa yang mengumpul emas dan benci terhadap kemusnahan yang dibawa mereka sendiri.

Kod Kesatriaan

[sunting sumber]
  • Berkhidmat kepada tuan atasan mereka dengan penuh keberanian dan kepercayaan
  • Menahan diri daripada melakukan kesalahan sewenang-wenangnya
  • Benci akan habuan atau ganjaran wang
  • Berjuang demi kesejahteraan semua
  • Menjaga kehormatan rakan WikiKesatria sekalian
  • Menjauhkan diri dari ketidakadilan, kezaliman dan penipuan
  • Sentiasa memberikan niat baik
  • Sentiasa bercakap benar bila-bila masa
  • Bertahan hingga akhir dalam mana-mana usaha berani yang dimulakan
  • Menghormati maruah semua orang
  • Tidak akan mengelak apabila bertembung musuh

Ciri-ciri

[sunting sumber]

Bangkit menjadi kesatria

[sunting sumber]
WikiKesatria Serbia bersiap sedia untuk menyerang WikiNaga dengan cokmarnya

Amat jarang seorang WikiKesatria sudah bersiap sedia pada hari pertama. Naskhah-naskhah kuno telah mencatat sebahagian magang WikiKesatria secara bodoh mencabar WikiNaga dan hampir tidak dapat mengelak diri dari bercerita tentang kecelakaan mereka. Para WikiKesatria boleh mendapatkan sesi latihan dengan WikiMakhluk lain yang lebih arif untuk memperhalusi kemahiran-kemahiran yang mereka akan gunakan semasa perjalanan mereka. Dengan WikiNaga yang kini sentiasa tersembunyi, bukanlah perkara yang luar biasa bagi WikiKesatria mengembara sebagai gelandangan kesatria, mengembara dari satu WikiKampung ke WikiKampung seterusnya demi mencari pengembaraan yang boleh membuktikan kekuatan diri mereka. Jika seorang WikiKesatria menemui lokasi yang sesuai yang memerlukan perhatian, mereka mungkin menetap dengan cara <i>Pas d'armes</i> (tunggu di satu stesen dan berlawan dengan WikiKesatria lain yang ingin melepasi stesen tersebut) atau hanya memerhati kewujudan masalah dari jauh.

Kuasa WikiKesatria

[sunting sumber]

WikiKesatria tidak mempunyai kuasa ajaib, dan kemurnian WikiHati mereka lah yang memberi mereka WikiKudrat dan membolehkan mereka menentang WikiNaga. Satu-satunya senjata mereka adalah senjata yang biasa iaitu Pedang Pembalikan, Perisai Berkecuali dan Topi Keledar Rujukan. Dengan senjata-senjata ini mereka menentang penyembelihan besar-besaran yang dilakukan oleh WikiNaga yang berperangai buruk. Satu-satunya ciri yang mungkin dianggap ajaib oleh sesetengah orang ialah ciri yang mereka kongsikan dengan WikiNaga iaitu muka mereka yang sangat tebal .

Bagaimana untuk mengenal pasti WikiKesatria

[sunting sumber]

Tindakan-tindakan WikiKesatria mesti mematuhi kod kelakuan, namun WikiKesatria itu sendiri mempunyai tahap kesabaran mereka dan akan berperang apabila mereka merasakan asas Wikipedia menghadapi ancaman keruntuhan. Namun begitu, cara paling mudah untuk mengenal pasti WikiKesatria ini adalah melalui laungan perang mereka. Laungan perang yang paling kerap didengari ialah "Rencana atau bahagian ini tidak mempunyai sebarang rujukan", sedangkan terdapat bahagian lain rencana itu ada rujukan. WikiKesatria selalunya sukar dikenal pasti, kerana dalam kebanyakan waktu mereka kelihatan seperti WikiGnome, tetapi menunjukkan warna sebenar mereka sewaktu amukan WikiNaga atau WikiOrk. Apabila WikiPenduduk yang lain berlari mencari perlindungan, WikiKesatria berdiri tegak dan enggan ditolak keluar dari halaman perbincangan oleh hembusan api WikiNaga, membelah suntingan gangguan yang disebabkan oleh kedua-dua makhluk tersebut menggunakan Pedang Pembalikan. Mereka juga akan mengingatkan anda mengenai tonggak kebenaran abadi sekurang-kurangnya sekali dalam perbualan.

WikiKesatria adalah mereka yang berbangga dengan gelaran mereka dan boleh dikenal pasti dengan mudah oleh kotak pengguna berikut, yang boleh dihasilkan menggunakan kod {{Pengguna wikipedia/WikiKesatria}}:

Pengguna ini merupakan seorang WikiKesatria,
dengan beraninya mempertahan Lima Tonggak Wikipedia.

Seorang WikiKesatria juga boleh memaparkan perisai dan pedang mereka di bahagian atas halaman dengan menambahkan {{Wikipedia:WikiKesatria/topicon}} pada halaman pengguna mereka. Untuk versi-versi tambahan ikon puncak cuma perlu klik pautan kod tersebut.

WikiKesatria Gelap

[sunting sumber]
WikiKembara "Gelap" mungkin menyerang tanpa sedar.

Seorang WikiKesatria Gelap dengan nama saintifik Homo Sapiens WikiCniht Cimmerian, yang terdiri daripada Homo dari bahasa Latin yang bermaksud "orang", wikiwiki dari bahasa Hawaii yang bermaksud "pantas", dan cniht dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud "yang berpangkat tentera tinggi", Cimmerian dari bahasa Inggeris Moden yang bermaksud "gelap" ─ ialah WikiKesatria yang telah membenamkan diri mereka sejauh dan sedalam mungkin demi melindungi Lima Tonggak sehingga mereka sebenarnya mula mengehadkan kebebasan WikiFauna di sekeliling mereka.

Mereka secara tidak wajar membunuh menggunakan Pedang Pembalikan apabila tiada keperluan, meminta rujukan pada bahagian-bahagian ayat yang tidak perlukannya, dan membunuh makhluk yang bertindak dengan niat baik. Hal ini mungkin boleh jadi lebih parah, sehingga menjadi seorang WikiKesatria yang menguatkuasakan rejim yang hampir totalitarian terhadap mereka yang berada dalam laman pantauannya.

Beberapa propaganda sia-sia cuba untuk berhujah bahawa WikiKesatria Gelap tidak sesekali wujud, seolah-olah ini adalah tipu helah yang disebarkan oleh beberapa saki baki WikiNaga serta WikiBota yang cedera, supaya ketidakpercayaan mula timbul terhadap WikiKesatria secara umum.

Berbeza dengan WikiGergasi, yang kadangkala menyebabkan kebinasaan lingkungan di kalangan WikiFauna yang tidak bersalah semasa penghancuran pelaku musnah yang menceroboh. Perlakuan WikiGergasi boleh diibaratkan seperti kedatangan kereta kebal merempuh masuk ke kedai tembikar. Manakala perlakuan WikiKesatria Gelap adalah lebih tersembunyi kerana ia adalah kisah seorang kesatria yang dimamah oleh kuasa, berjalan di atas landasan gelap yang kurang dilalui oleh WikiKesatria sejati, seperti yang didokumenkan secara sejarah dalam The Fellowship of the Ring mengenai kisah peringatan Galadriel yang bersifat berhati-hati menyunting Wikipedia dari seberang lautan barat.

  1. ^ "Knights and Chivalry in Medieval England". britainexpress.com.