Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/20 September
Penampilan
20 September: Hari Perayaan Martir Korea (Gereja Roman Katolik)
- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi memulakan Pengepungan Baitulmaqdis.
- 1906 – Kapal samudera RMS Mauretania (gambar), kapal terbesar dan terpantas di dunia ketika itu, dilancarkan di Newcastle, England.
- 1946 – Pesta Filem Cannes pertama bermula. Hadiah Palme d'Or, pada masa itu dipanggil Grand Prix du Festival, dikongsi bersama oleh 11 filem.
- 2001 – Semasa suatu sesi bersama Kongres Amerika Syarikat, Presiden A.S. George W. Bush mengisytiharkan "Perang Terhadap Keganasan".
- 2008 – Sebuah lori meletup di luar hotel Marriott di Islamabad, Pakistan, membunuh 54 orang dan mencederakan 266 yang lain.
Hari-hari sebelum: 19 September – 18 September – 17 September