Viktor Yanukovych
Viktor Yanukovych Віктор Янукович | |
---|---|
Presiden Ukraine ke-4 | |
Dalam jawatan 25 February 2010 – 22 February 2014 | |
Perdana Menteri | Yulia Tymoshenko Oleksandr Turchynov (memangku) Mykola Azarov Serhiy Arbuzov (memangku) |
Didahului oleh | Viktor Yushchenko |
Digantikan oleh | Oleksandr Turchynov (memangku) |
Perdana Menteri Ukraine ke-9 dan 12 | |
Dalam jawatan 4 Ogos 2006 – 18 Disember 2007 | |
Presiden | Viktor Yushchenko |
Timbalan | Mykola Azarov |
Didahului oleh | Yuriy Yekhanurov |
Digantikan oleh | Yulia Tymoshenko |
Dalam jawatan 28 Disember 2004 – 5 Januari 2005 | |
Presiden | Leonid Kuchma |
Timbalan | Mykola Azarov |
Didahului oleh | Mykola Azarov (memangku) |
Digantikan oleh | Mykola Azarov (memangku) |
Dalam jawatan 21 November 2002 – 7 Disember 2004 | |
Presiden | Leonid Kuchma |
Timbalan | Mykola Azarov |
Didahului oleh | Anatoliy Kinakh |
Digantikan oleh | Mykola Azarov (memangku) |
Governor Donetsk ke-4 | |
Dalam jawatan 14 May 1997 – 21 November 2002 | |
Didahului oleh | Volodymyr Sherban |
Digantikan oleh | Anatoliy Blyzniuk |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Viktor Fedorovych Yanukovych 9 Julai 1950 Yenakiieve, Kesatuan Soviet (kini Ukraine) |
Parti politik |
|
Pasangan | Lyudmilla Oleksandrivna |
Anak | Oleksandr Viktor |
Tempat belajar | Donetsk National Technical University Kiev National University of Trade and Economics |
Tandatangan | |
Laman web | Tapak web presiden |
Viktor Fedorovych Yanukovych (Bahasa Ukraine: Ві́ктор Фе́дорович Януко́вич, listen (bantuan·maklumat); Rusia: Виктор Фёдорович Янукович ; lahir 9 Julai 1950) ialah seorang ahli politik Ukraine yang menjadi Presiden Ukraine dari 2010 hingga diturunkan pada 2014. Beliau mula menjawat pada Februari 2010 selepas memenangi pilihan raya presiden. Empat tahun kemudian, pada 22 Februari 2014, beliau didakwa dan diundi makzul jawatan oleh 328 daripada 334 anggota parlimen Ukraine, Verkhovna Rada yang hadir.[1][2][3] Beliau dianggarkan berharta bernilai $12 bilion.[4]
Yanukovych menjadi Gabenor Oblast Donetsk dari 1997 hingga 2002. Kemudian beliau menjadi Perdana Menteri Ukraine dari 21 November 2002 hingga 31 Disember 2004 di bawah Presiden Leonid Kuchma. Selepas gagal dalam pilihan raya presiden 2004, Yanukovych kembali menjadi perdana menteri dari 4 Ogos 2006 hingga 18 Disember 2007 di bawah Presiden Viktor Yushchenko. Selepas akhirnya menjadi presiden pada 2010, Mykola Azarov menggantikan beliau sebagai ketua Parti Wilayah.[5][6]
November 2013 menyaksikan permulaan siri peristiwa yang membawa kepada penyingkiran beliau sebagai presiden.[7] Yanukovych menolak satu persetujuan hubungan dengan Kesatuan Eropah untuk memberikan peluang kepada jaminan pinjaman dan hubungan lebih rapat dengan Rusia. Ini membawa kepada bantahan popular aman dan pendudukan Medan Kemerdekaan Kiev yang dipanggil Euromaidan oleh penyokong pro-EU. Pada Januari 2014 ia berkembang menjadi pertempuran berdarah di beberapa tempat di Ukraine, antara orang awam dan polis khas.[8]. Selepas perbincangan dengan pembangkang gagal pada Februari 2014, serta selepas lebih 100 orang maut dan 1,100 lagi cedera,[9] anggota parlimen mengundi menurunkan beliau kerana gagal menjalankan tanggungjawab. Pilihan raya bagi melantik presiden baharu dijadualkan pada 25 Mei.[10]
Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Yanukovych pada 24 Februari, mendakwa beliau melakukan jenayah terhadap pembantah.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Постанова про усунення і результати голосування по ній на сайті верховної ради України Templat:Ref-uk
- ^ Рада усунула Януковича - на сайті Української правди Templat:Ref-uk
- ^ "Archrival Is Freed as Ukraine Leader Flees". The New York Times. 22 Februari 2014. Dicapai pada 23 Februari 2014.
- ^ Семья Януковича владеет $12 млрд, - Financial Times - Фокус.ua
- ^ Янукович припинив членство у Партії регіонів : Новини УНIАН. Unian.net.
- ^ Kyiv Post. Independence. Community. Trust – Politics – Yanukovych suspends his membership in Party of Regions, hands over party leadership to Azarov. Kyivpost.com.
- ^ Rajan Menon (28 Januari 2014). "Ukraine: Is Yanukovych Finished?". The National Interest. m/s. 3. Dicapai pada 30 Januari 2014.
- ^ Berkut Riot Police Used to Falsify Ukrainian Parliamentary Elections, The Jamestown Foundation (14 November 2012)
- ^ "Ukraine bloodshed: Kiev death toll jumps to 77 — RT News". Rt.com. Dicapai pada 2014-02-25.
- ^ BBC News - Ukrainian MPs vote to oust President Yanukovych 22 Februari 2014.
- ^ "warrant out for Viktor Yanukovych's arrest, says interior minister". Guardian. 24 Februari 2014. Dicapai pada 24 Februari 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Viktor Yanukovych. |
- Presiden Ukraine — Tapak web rasmi (Ukraine) (Rusia) (Inggeris)
- Viktor Yanukovych di Twitter
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Anatoliy Kinakh |
Perdana Menteri Ukraine 2002–2004 |
Diikuti oleh: Mykola Azarov memangku |
Didahului oleh Mykola Azarov (memangku) |
Perdana Menteri Ukraine 2004–2005 | |
Didahului oleh Yuriy Yekhanurov |
Perdana Menteri Ukraine 2006–2007 |
Diikuti oleh: Yulia Tymoshenko |
Didahului oleh Viktor Yushchenko |
Presiden Ukraine 2010–2014 |
Diikuti oleh: Oleksandr Turchynov memangku |
Kedudukan sukan | ||
Didahului oleh Ivan Fedorenko |
Presiden JOK Ukraine 2002–2005 |
Diikuti oleh: Sergey Bubka |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Volodymyr Semynozhenko |
Ketua Parti Wilayah 2003–2010 |
Diikuti oleh: Mykola Azarov |