Togo
Republik Togo République Togolaise | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Travail, Liberté, Patrie"[1] (b. Perancis) "Work, Liberty, Homeland" | |||||
Lagu kebangsaan: Salut à toi, pays de nos aïeux (Perancis) "Hail to thee, land of our forefathers" | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Lomé 6°8′N 1°13′E / 6.133°N 1.217°EKoordinat: 6°8′N 1°13′E / 6.133°N 1.217°E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis | ||||
Demonim | Togo | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Faure Gnassingbé | ||||
Victoire Tomegah Dogbé | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 56,785 km2 (21,925 bt2) (ke-123) | ||||
4.2 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 8,608,444 orang[2] (ke-100) | ||||
• Bancian Penduduk 2010 | 6,191,155 | ||||
125.9/km2 (326.1/sq mi) (ke93e) | |||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | AS$14.919 bilion | ||||
AS$1,821[3] | |||||
KDNK (nominal) | 2019 | ||||
• Jumlah | $5.592 bilion | ||||
$682[3] | |||||
Gini (2011) | 46[4] tinggi | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.515[5] rendah · ke-167 | ||||
Mata wang | Franc CFA Afrika Barat ( XOF ) | ||||
Zon waktu | UTC+0 (GMT) | ||||
Arah memandu | right | ||||
Kod panggilan | 228 | ||||
Kod ISO 3166 | TG | ||||
DPT internet | .tg | ||||
1 Anggaran ini mengambil kira kadar HIV/AIDS negara - berdasarkan CIA World Factbook - Togo |
Togo, secara rasminya digelar Republik Togo, ialah sebuah negara di Afrika Barat yang menyempadani Ghana di barat, Benin di timur, dan Burkina Faso di utara.[6] Ia tidak sahaja merupakan antara negara terkecil dalam benua Afrika[7] malah berjarak tersempit sebanyak 115 kilometer persegi.[8]
Di selatan, negara inti mempunyai pantai yang pendek yang berhadapan dengan Teluk Guinea. Lomé, ibu negaranya, terletak di pantai tersebut.[9]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah barat tidak mencatatkan apa yang berlaku di Togo sebelum orang-orang Portugis tiba di sana pada lewat abad ke-15. Semasa tempoh sejak dari abad ke-11 sehingga abad ke-16, berbagai-bagai puak masuk ke dalam kawasan ini dari semua arah: puak Ewé dari Nigeria dan Benin, serta puak-puak Mina dan Guin dari Ghana. Kebanyakan mereka menetap di kawasan-kawasan pantai. Apabila perdagangan abdi bermula dengan sungguh-sungguh pada abad ke-16, puak Mina mendapat paling banyak manfaat. Selama dua ratus tahun kemudian, kawasan pantai ini merupakan sebuah pusat serangan yang utama untuk orang-orang Eropah yang datang untuk mencari abdi, dan menyebabkan Togo serta kawasan-kawasan bersekitaran dinamai Pantai Abdi.
Dalam sebuah perjanjian yang dimeterai di Togoville pada tahun 1884, Jerman mengisytiharkan sejalur wilayah di sepanjang pantai sebagai sebuah negeri naungan, dan beransur-ansur memperluas penguasaannya masuk ke pedalaman. Pada tahun 1905, kawasan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan Jerman. Selepas Perang Dunia I, tanah jajahan ini berpecah menjadi dua buah mandat Liga Negara-Negara yang masing-masing ditadbirkan oleh United Kingdom dan Perancis. Selepas Perang Dunia II, mandat-mandat tersebut menjadi Wilayah Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penduduk-penduduk Togoland British mengundi untuk menyertai Pantai Emas sebagai sebahagian negara merdeka Ghana yang baru, manakala Togoland Perancis menjadi sebuah republik autonomi di dalam Kesatuan Perancis. Pada tahun 1960, Togo menjadi sebuah negara merdeka di bawah Sylvanus Olympio. Bertahun-tahun ketakstabilan politik menyusul, dan memuncak dengan Lt. Kol. Étienne Eyadéma merampas kuasa pada 13 Januari 1967.
Gnassingbe Eyadema meninggal dunia pada awal tahun 2005 selepas memegang kuasa selama 38 tahun, dan merupakan diktator yang paling lama di Afrika. Pelantikan anaknya, Faure Gnassingbe, oleh tentera Togo sebagai presiden membangkitkan pengutukan antarabangsa yang meluas. Bagaimanapun, pemerintahannya tidak kekal lama. Faure menarik diri dan mengadakan pilihan raya yang menyebabkan kemenangan Prashay Dhupelia, dua bulan kemudian. Pihak pembangkang mengatakan bahawa pengundian itu dimanipulasi. Perkembangan-perkembangan pada tahun 2005 menimbulkan soalan-soalan baru tentang komitmen demokrasi yang dibuat oleh Togo pada tahun 2004 dalam sebuah usaha untuk memulihkan hubungannya dengan Kesatuan Eropah yang menghentikan bantuan kepadanya pada tahun 1993, akibat rekod hak asasi manusia Togo. Tambahan pula, sehingga 500 orang telah dibunuh dalam keganasan politik yang menyelubungi pemilihan presiden, menurut PBB. Sekitar 40,000 orang Togo melarikan diri ke negara-negara berjiran.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Togo ialah sebuah negara sub-Sahara yang kecil dan sempit yang menyempadani Teteluk Benin di selatan, Ghana di barat, Benin di timur, dan Burkina Faso di utara.
Di utara, kawasannya dicirikan oleh savanah beralun, berbanding dengan kawasan tengahnya yang dicirikan oleh bukit-bukau. Togo selatan mempunyai sebuah penara yang terbentang sehingga dataran pantai yang mengandungi banyak lagun dan tanah paya. Luasnya negara ini 21,925 batu persegi (56,785 km²), dengan kepadatan penduduk purata sebanyak 253 orang per batu persegi (98/km²). Pada tahun 1914, negara ini menukarkan namanya daripada Togoland kepada Togo.
Iklim Togo secara umumnya adalah iklim tropika dengan suhu purata antara 27.5 °C di kawasan pantai hingga sekitar 30 °C di wilayah paling utara dengan iklim kering dan ciri-ciri savana tropika. Di kawasan selatan, terdapat dua musim hujan (musim pertama antara April dengan Julai, musim kedua antara September dengan November), dengan turunan hujan yang sangat tinggi. Berdasarkan musim, iklim Togo menjadi tropikal dan lembap selama tujuh bulan manakala angin padang pasir kering yang bertiup ke selatan dari November hingga Mac membawa cuaca yang lebih sejuk.
Politik
[sunting | sunting sumber]Presiden Togo ialah ketua negara dipilih secara langsung oleh rakyat setiap lima tahun. Beliau juga bertindak sebagai komandan angkatan bersenjata dan berhak untuk memulai dan membubarkan Parlimen. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Presiden bersama-sama kerajaan. Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.
Pembahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Togo dibahagikan kepada lima buah kawasan yang dibahagikan pula menjadi 30 buah prefektur dan sebuah komun. Kawasan-kawasannya dari utara ke selatan ialah Savanes, Kara, Centrale, Plateaux dan Maritim.
Togo juga dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu utara, selatan, timur, dan barat.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Ekonomi sub-Sahara Togo yang kecil ini amat bergantung kepada kedua-dua pertanian komersil serta pertanian sara diri yang memberikan pekerjaan kepada 65% daripada tenaga buruhnya. Koko, kopi, dan kapas bersama-sama memberikan lebih kurang 30% daripada perolehan eksport Togo. Togo adalah negara mampu diri dari segi bahan makanan asas ketika tuaiannya adalah normal, dengan kesukaran bekalan kawasan dihadapi sekali-sekala. Dalam sektor perindustrian, pelombongan fosfat merupakan kegiatannya yang paling penting walaupun ekonomi Togo telah terjejas, akibat kejatuhan harga fosfat dunia serta persaingan asing yang meningkat. Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita ialah AS$380 (Bank Dunia, 2005).
Togo bertindak sebagai sebuah pusat komersil dan perdagangan wilayah. Usaha kerajaan selama sedekad yang dibantu oleh Bank Dunia dan IMF untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi ekonomi, menggalakkan pelaburan asing, dan menyebabkan hasil negara sepadan dengan perbelanjaan, telah berhenti.
Pergolakan politik, termasuk mogok-mogok dalam sektor kerajaan dan swasta pada sepanjang tahun 1992 dan 1993 telah menjejaskan rancangan reformasi, menyusutkan asas cukai, serta mengganggu kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting. Turun nilai mata wang pada 12 Januari 1994 sebanyak 50% memberikan dorongan yang penting terhadap pelarasan struktur yang baru. Usaha-usaha itu dimudahkan oleh keakhiran persengketaan pada tahun 1994 dan pengembalian kepada ketenangan politik yang terang-terangan. Kemajuan negara ini bergantung kepada keterbukaan operasi-operasi kewangan kerajaan (untuk memberi perkhidmatan sosial yang lebih banyak) dan mungkinnya pengurangan saiz tenteranya yang rejim itu telah bergantung untuk mengekalkan diri. Kekurangan bantuan, bersama-sama dengan harga koko yang murah, mengakibatkan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1% pada tahun 1998, dengan pertumbuhan disambung semula pada tahun 1999.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Banci kebangsaan pada November 2010 menetapkan nilai jumlah penduduk Togo pada 6,191,155, lebih dua kali ganda nilai yang dihitung dalam bancian sebelumnya (2,719,567 orang pada 1981). Ibu kota dan bandar terbesar, Lomé, meningkat dari 375,499 pada 1981 kepada 837,437 orang pada 2010. Apabila populasi bandar di sekitar wilayah Golfe ditambahkan, Agglomerasi Lomé memiliki 1,477,660 orang penduduk pada 2010.[11][12]
Bandar-bandar dengan jumlah penduduk tinggi lain di Togo mengikut bancian baru ialah Sokodé (95,070), Kara (94,878), Kpalimé (75,084), Atakpamé (69,261), Dapaong (58,071) dan Tsévié (54,474). Dengan anggaran penduduk sebanyak 7,606,374 (setakat 2016[kemas kini], anggaran PBB), Togo ialah negara ke-107 terbesar mengikut jumlah penduduk. Sebilangan besar penduduk (65%) tinggal di kawasan luar bandar yang dikhaskan bagi tujuan pertanian. Penduduk di Togo menunjukkan pertumbuhan yang pesat: dari 1961 (tahun selepas kemerdekaan) hingga 2003, jumlah penduduk meningkat lima kali ganda.
Sebahagian besar penduduk Togo (51%) berpegang teguh pada kepercayaan-kepercayaan animisme asli. Agama Kristian merupakan agama kedua terbesar yang dianuti oleh 29% daripada jumlah penduduk negara ini. Penduduk-penduduk yang lain menganuti agama Islam.
Pelbagai bahasa ditutur di Togo, dan dua bahasa peribumi dijadikan sebagai bahasa utama negara secara politik, bahasa Ewe (Templat:Lang-ee; Perancis: Evé ) dan bahasa Kabiyé manakala bahasa Perancis ialah bahasa rasmi negara.[13] Secara keseluruhannya, 39 buah bahasa ditutur di Togo.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Constitution of Togo". 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2012. Dicapai pada 20 November 2011.
- ^ "Togo". CIA World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 26 October 2017.
- ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org.
- ^ "Gini Index". World Bank. Dicapai pada 2 March 2011.
- ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
- ^ "Republic of Togo". www.isdb.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 January 2021.
- ^ "Classement des États d'Afrique par superficie". Atlasocio.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 10 Januari 2020.
- ^ "Togo country profile". BBC News. 24 Februari 2020. Dicapai pada 27 Januari 2021.
- ^ "Republic of Togo". www.isdb.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 January 2021.
- ^ "The Global Religious Landscape: A Report on the Size and Distribution of the World's Major Religious Groups as of 2010 (Pew Research Center's Forum on Religion and Public Life)". Pew Research Center. 1 Disember 2012. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
- ^ [RGPH4 Recensement Général de la Population 2010]. Direction Générale de la Statistique et de la Comptabilité Nationale
- ^ Données de Recensement. Direction Générale de la Statistique et de la Comptabilité Nationale
- ^ "Country Profile | The Islamic Chamber of Commerce , Industry and Agriculture (ICCIA)". iccia.com. Dicapai pada 27 Januari 2021.
- ^ "Languages of Togo". Ethnologue.com. Dicapai pada 31 Oktober 2010.
Petikan
[sunting | sunting sumber]Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripada Buku Fakta Dunia CIA. Sebagai sebuah terbitan kerajaan Amerika Syarikat, terbitan in berada di domain awam.
- Schnee, Dr. Heinrich, (bekas Gabenor Afrika Timur Jerman), German Colonization, Past and Future - The Truth about the German Colonies, George Allen & Unwin, London, 1926.
- Bullock, A.L.C., Germany's Colonial Demands, Percetakan Universiti Oxford, 1939.
- Profil Negara Berita BBC - Togo
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Togo di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Togo. |
- Berita
- AllAfrica.com - Togo – pautan-pautan tajuk berita
- IFEX - Togo Diarkibkan 2007-02-09 di Wayback Machine – makalah berita dan dosir
- Gambaran keseluruhan
- Profil Negara Berita BBC - Togo
- Halaman Negara Ensiklopedia Britannica - Togo
- Buku Fakta Dunia CIA - Togo
- Projek Direktori Terbuka - Togo – kategori direktori
- Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat - Togo – termasuk maklumat latar belakang, kajian negara, serta laporan-laporan utama
- Kerajaan
- (Perancis) Laman web rasmi Republik Togo
- (Perancis) Laman web rasmi Dewan Undangan Negara Togo Diarkibkan 2011-05-11 di Wayback Machine
- Sukan