Tanwin
Bahasa Arab memiliki sifat tanwin (تنوين tanwīn) yang bermaksud tambahan akhiran nun pada kata nama atau kata adjektif. Tanda tanwin menunjukkan bahawa kata atau adjektif itu mempunyai deklensi dan tidak ditanda dari segi sintaksnya sebagai kata sandang pasti.
Tanda | ـٌ |
ـٍ |
ـً |
---|---|---|---|
Transliterasi | -un |
-in |
-an |
Terdapat tiga tanda diakritik buat vokal dan tanda-tanda ini menunjukkan (dari kiri ke kanan) penghujung-penghujung buat: -un (kasus nominatif), -in (kasus genitif), dan -an (kasus akusatif). Tanda ـً sering kali ditulis tergabung dengan ا alif (ـًا), ةً (tāʾ marbūṭa تاء مربوطة ) atau bersendirian sebagai ءً (hamza همزة ). Sebuah alif perlu sentiasa ditulis melainkan jika kat itu berakhir dengan tāʾ marbūṭa ataupun hamza atau merupakan sebuah diptote, mahupun -un, -an ataupun-in tidak tertulis.
Oleh sebab bahasa Arab tidak memiliki artikel tak pasti, kata nama yang dalam konteks sintaksnya tidak ditanda sebagai kata pasti dikira sebagai tak pasti. Ini membawa kepada anggapan (yang tidak tepat) bahawa tanwin merupakan penanda buat kata atau adjektif yang tak pasti (yakni, artikel tak pasti), justeru ia seakan-akan sebuah artikel tak pasti. Ketiadaan penanda buat kata sandang pasti tidak bermakna yang kata itu tak pasti; malah banyak kata nama pasti (nama khas) mengambil nun, seperti dalam ungkapan أشهد أن محمدًا رسول الله (ašhadu anna muḥammadan rasūlu allāh: "Saya naik saksi bahawa Muhammad rasul Allah"), yang ditulis dengan kehadiran tanwin pada kata nama pasti, "Muhammad".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.