Pergi ke kandungan

Sekatan Berlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penduduk Berlin melihat sebuah pesawat Douglas C-54 Skymaster mendarat di Lapangan Terbang Tempelhof, 1948

Sekatan Berlin (24 Jun 1948 – 12 Mei 1949) merupakan salah satu krisis besar pertama antarabangsa dalam Perang Dingin. Semasa pendudukan multinasional pasca-Perang Dunia II di Jerman, pihak Soviet Union menyekat laluan keretapi, jalan, dan terusan Sekutu Barat ke sektor-sektor Berlin dibawah kawalan Barat. Pihak Soviet menawarkan pembatalan sekatan jika Sekutu Barat menarik balik matawang Deutsche Mark yang baru diperkenalkan dari Berlin Barat.

Sebagai tindak balas, Sekutu Barat mewujudkan angkutan udara Berlin (26 Jun 1948 – 30 September 1949) untuk membawa bekalan kepada orang-orang Berlin Barat, satu usaha yang sukar memandangkan saiz penduduk bandaraya itu.[1][2] Askar udara dari Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Perancis,[3] Tentera Udara Diraja Kanada, Tentera Udara Diraja Australia, Tentera Udara Diraja New Zealand, dan Tentera Udara Afrika Selatan[4]:338 membuat lebih 200,000 penerbangan dalam masa setahun, membekalkan penduduk Berlin Barat sehingga 8,893 tan keperluan setiap hari, seperti bahan bakar dan makanan.[5] Pihak Soviet tidak mengganggu angkutan udara itu kerana bimbang ia mungkin membawa konflik yang terbuka.[6]

Menjelang musim bunga 1949, angkutan udara itu jelas berjaya, dan pada April ia menghantar lebih banyak kargo yang sebelum ini dihantar melalui keretapi. Pada 12 Mei 1949, KRSS membatalkan sekatan Berlin Barat. Sekatan Berlin menyerlahkan persaingan visi ideologi dan ekonomi bagi Eropah pasca perang.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]

Nota

Petikan

  1. ^ Journey Across Berlin (1961). Universal Newsreel. 1957. Dicapai pada 22 February 2012.
  2. ^ Air Force Story, The – Cold War, 1948–1950 (1953). Universal Newsreel. 1953. Dicapai pada 22 February 2012.
  3. ^ Jacques Bariéty (1994). "La France et la crise internationale du blocus de Berlin". Histoire, économie et société; Volume 13; numéro 1. m/s. 29–44. Dicapai pada 11 June 2017.
  4. ^ "5 – National Security". South Africa: a country study (PDF). Federal Research Division, Library of Congress. 1997. ISBN 0-8444-0796-8. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 4 September 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Nash, Gary B. "The Next Steps: The Marshall Plan, NATO, and NSC-68." The American People: Creating a Nation and a Society. New York: Pearson Longman, 2008. P 828.
  6. ^ Michael Laird, "Wars averted: Chanak 1922, Burma 1945–47, Berlin 1948." The Journal of Strategic Studies (1996) 19#3 pp: 343-364.
  • Beschloss, Michael R. (2003), The Conquerors: Roosevelt, Truman and the Destruction of Hitler's Germany, 1941–1945, Simon and Schuster, ISBN 0-7432-6085-6
  • Canwell, Diane (2008), Berlin Airlift, the, Gretna: Pelican Publishing, ISBN 978-1-58980-550-7
  • Cherny, Andrei (2008), The Candy Bombers: The Untold Story of the Berlin Airlift and America's Finest Hour, New York: G.P. Putnam's Sons, ISBN 978-0-399-15496-6
  • Eglin, Roger; Ritchie, Berry (1980), Fly me, I'm Freddie, London, UK: Weidenfeld and Nicolson, ISBN 0-297-77746-7
  • Harrington, Daniel F. Berlin on the Brink: The Blockade, the Airlift, and the Early Cold War (2012), University of Kentucky Press, Lexington, KY, ISBN 978-08131-3613-4.
  • Larson, Deborah Welch. "The Origins of Commitment: Truman and West Berlin," Journal of Cold War Studies, 13#1 Winter 2011, pp. 180–212
  • Lewkowicz, N (2008), The German Question and the Origins of the Cold War, Milan: IPOC, ISBN 978-88-95145-27-3
  • Miller, Roger Gene (1998), To Save a City: The Berlin Airlift, 1948–1949 (pdf), US Government printing office, 1998-433-155/92107
  • Miller, Roger Gene (2000), To Save a City: The Berlin Airlift, 1948–1949, Texas A&M University Press, ISBN 0-89096-967-1
  • Schrader, Helena P. The Blockade Breakers: The Berlin Airlift (2011)
  • Stent, Angela (2000), Russia and Germany Reborn: Unification, the Soviet Collapse, and the New Europe, Princeton University Press, ISBN 978-0-691-05040-9
  • Tunner, LTG (USAF) WIlliam H. (1998) [1964], Over the Hump, Duell, Sloan and Pearce (USAF History and Museums Program)
  • Turner, Henry Ashby (1987), The Two Germanies Since 1945: East and West, Yale University Press, ISBN 0-300-03865-8
  • Wettig, Gerhard (2008), Stalin and the Cold War in Europe, Rowman & Littlefield, ISBN 0-7425-5542-9

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Eastern Bloc Templat:US history