Popi
Popi (Jawi: ڤوڤي ) atau bunga madat (Jawi: بوڠا مادت)[1] adalah tanaman berbunga dalam subfamili Papaveroideae keluarga Papaveraceae. Bunga ini sejenis tumbuhan herba yang sering ditanam untuk mendapatkan bunga yang berwarna-warni. Satu spesies tertentu dari tumbuhan ini iaitu Papaver somniferum merupakan sumber mentah candu yang mengandungi bahan ubat yang kuat seperti alkaloid seperti morfin yang telah digunakan sejak zaman kuno sebagai analgesik dan narkotik perubatan serta dadah rekreasi. Ia juga menghasilkan benih yang boleh dimakan.
Bungan popi telah menjadi simbol peringatan askar yang telah terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, terutamanya semasa peperangan kubu parit di ladang popi Flanders, Belgium.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Bunga pelbagai spesies tumbuhan ini yang menarik ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan tahunan mahupun saka. Bunga Popi dari beberapa genera lain juga turut ditanam di taman-taman. Beberapa spesies popi tertentu mempunyai kegunaan lain, terutamanya sebagai sumber ubat-ubatan dan makanan.
Popi jenis candu (opium poppy) ditanam secara meluas dan di seluruh dunia dibawah pantauan agensi-agensi antarabangsa untuk memperoleh lateks kering serta opium yang merupakan leluhur kepada bahan narkotik dan analgesik seperti morfina, heroin dan kodeina. Biji-biji popi kaya dengan minyak, karbohidrat, kalsium dan protein; dengan minyak dihasilkan dari biji-biji ini sering digunakan untuk memasak minyak, sebagai bahan asas sos salad atau dibuat kepada produk seperti marjerin. Minyak popi juga boleh dicampurkan bersama rempah ratus untuk memperisakan kek atau roti.
Popi juga digunakan dalam cat, varnis serta alatan kosmetik.[2]
Kegunaan dalam perubatan
[sunting | sunting sumber]Pengubat Mesir kuno menasihatkan pesakit mereka memakan biji popi untuk menghilangkan rasa sakit. Biji-biji ini sendiri mengandungi kuantiti morfina dan kodeina yang kecil[3] yang masih digunakan sebagai bahan ubat lega pada hari ini. Biji-biji popi serta minyak yang diperolehi darinya juga boleh kehilangan sifat narkotiknya jika biji-biji tersebut dituai kira-kira dua puluh hari selepas bunga mula kembang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Swettenham, Frank Athelstane (1910). "poppy". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 94 – melalui Internet Archive.
- ^ Kryzmanski, J. and Jonsson, R. (1999) Poppy.
- ^ Meadway, C., George, S. and Braithwaite, R. (1998) Opiate concentration following the ingestion of poppy seed products – evidence for 'the poppy seed defence'.