Pergi ke kandungan

Piala Dunia FIFA 2002

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Dunia FIFA 2002
2002 FIFA 월드컵 한국/일본
2002 FIFAワールドカップ 韓国/日本
2002 FIFA World Cup
logo rasmi Piala Dunia FIFA 2002
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Korea Selatan
 Jepun
Tarikh31 Mei – 30 Jun (31 hari)
Pasukan32 (dari 5 konfederasi)
Tempat20 (di 20 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Brazil (Kejuaraan Ke-5)
Naib Juara Jerman
Tempat Ketiga Turki
Tempat Keempat Korea Selatan
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol161 (2.52 per perlawanan)
Kehadiran2,705,197 (42,269 per perlawanan)
Penjaring terbanyakBrazil Ronaldo (8 gol)
Pemain terbaikJerman Oliver Kahn
Permain muda terbaikAmerika Syarikat Landon Donovan
Penjaga gol terbaikJerman Oliver Kahn
1998
2006

Piala Dunia FIFA 2002 merupakan edisi ke-17 Piala Dunia FIFA, berlangsung di Korea Selatan dan Jepun dari 31 Mei-30 Jun. Kedua-dua buah negara dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA pada Mei 1996. Untuk kali pertama dalam sejarah, Piala Dunia dianjurkan di dua buah negara. Ia juga merupakan kali pertama Piala Dunia diadakan di Asia. Brazil memenangi kejohanan untuk rekod kali kelima, menewaskan Jerman 2–0 di perlawanan akhir.[1][2]

Julung kalinya pertandingan bolasepak teragung dunia ini dianjurkan di benua Asia. Jadi satu kelebihan kepada penonton-penonton di benua Asia kerana mereka dapat menonton setiap perlawanan di waktu petang dan malam tanpa perlu bersengkang mata hingga lewat malam jika diadakan di Eropah dan bangun awal pagi atau bimbang terlepas aksi yang disiarkan di waktu puncak 7-9 pagi seperti edisi 2014 Brazil.

Pemilihan Tuan Rumah

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan tuan rumah edisi 2002 ini diberikan kepada 2 negara, Korea Selatan dan Jepun jadi slot yang tinggal untuk kelayakan benua bagi persekutuan AFC hanyal tinggal 2+1, dimana 2 juara kumpulan layak automatik, manakala 2 naib juara perlu bermain di pusingan penentuan sebelum bermain di pusingan play off antara benua bertemu wakil dari UEFA.[3]

Kejutan berlaku apabila China layak buat kali pertama dan Arab Saudi, satu lagi gergasi Asia berjaya layak. Slot play off naib juara mempertemukan UAE dan Iran, menyaksikan Iran menang aggregat timbal balik 4-0 sebelum bertemu Republik Ireland,[4] pasukan yang melakar kejutan dengan menyingkirkan Belanda di peringkat kumpulan zon Uefa. Republik Ireland menang tipis aggregat 2-1 keatas Iran.

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]
Negara yang layak

Sejumlah 199 pasukan cuba untuk layak ke Piala Dunia FIFA 2002 dimana proses kelayakan bermula dengan undian awal pada 1999. Juara bertahan Perancis and dua tuan rumah Korea Selatan dan Jepun layak secara automatik dan tidak perlu bermain sebarang perlawanan kelayakan. (This was the last time that the defending champions automatically qualified).

Tiga belas tempat telah disaingi oleh pasukan-pasukan UEFA (Eropah), lima oleh pasukan-pasukan CAF (Afrika), empat oleh pasukan-pasukan CONMEBOL (Amerika Selatan), empat oleh pasukan-pasukan AFC (Asia), dan tiga oleh pasukan-pasukan CONCACAF (Amerika Utara dan Tengah Dan Caribbean). Baki dua tempat telah ditentukan dengan playoff antara AFC dan CONCACAF dan antara CONMEBOL dan OFC (Oceania). Empat negara layak untuk kejohanan akhir buat pertama kalinya: China, Ecuador, Senegal, dan Slovenia.

Wakil Asia Tidak Kompetitif

[sunting | sunting sumber]

Teguran buat wakil Asia seperti Arab Saudi dan China, mereka dilihat seperti tidak bersedia berbanding Jepun dan Korea Selatan. Begitu mudah Arab Saudi dibelasah 8-0 oleh Jerman, 0-1 Cameroon,0-3 Rep.Ireland. China pula gagal menjaringkan sebarang gol tumpas 0-4 Brazil, 0-3 Turki, 0-2 Costa Rica. Tiada gol dijaringkan 2 negara ini dan tiada mata berjaya dibawa pulang. Wakil-wakil Asia ini memperlihatkan begitu besar jurang antara mereka dengan Korea Selatan dan Jepun. Arab Saudi bukanlah pasukan kerdil kerana mereka pernah layak edisi-edisi terdahulu,pernah juga bergelar juara Asia.

Kejutan dan Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Kejutan demi kejutan dilakar di dalam edisi kali ini apabila Perancis naib juara edisi sebelumnya, juara Euro 2000, juara Piala Konfederasi 2001 tewas kepada Senegal 1-0 pada perlawanan pembukaan. Mereka gagal teruk di dalam kempen ini apabila tersingkir awal dan menduduki tangga tercorot peringkat kumpulan di belakang Uruguay. Sementara itu Denmark dan Senegal layak ke pusingan 16 terakhir.[5]

Korea Selatan selaku tuan rumah memulakan kempen dengan cemerlang apabila menang 2-0 keatas Poland, Taeguk Warriors yang dibimbing jurulatih asal Belanda, Guus Hiddink `mencuri perhatian ramai apabila menang keatas pasukan pilihan, mereka mengikat Amerika Syarikat 1-1 pada perlawanan kedua sebelum menang 1-0 keatas Portugis yang dibintangi ramai pemain handalan seperti Luis Figo,Rui Costa,Pauleta,Sergio Conceicao, Vitor Baia. Terlebih dahulu Portugis dimalukan 3-2 oleh Amerika Syarikat, pasukan dimana sukan bolasepak bukan sukan utama dan bintang mereka hanyalah Landon Donovan dan Brad Friedel.[6]

Argentina, satu lagi pasukan gergasi tersingkir di peringkat kumpulan setelah tumpas kepada England dan seri dengan Sweden.[7]

Jepun, pasukan yang diramalkan menjadi pasukan belasahan diperingkat kumpulan membuktikan mereka berbaloi dipilih sebagai tuan rumah apabila menjuarai peringkat kumpulan yang terdiri daripada Russia,Belgium dan Tunisia. Jepun mencatatkan kemenangan pertama mereka di kejohanan piala dunia dengan menumpaskan Russia 1-0 dan Tunisia 2-0.[8]

Pusingan kedua

[sunting | sunting sumber]

Kontroversi dan Konspirasi

[sunting | sunting sumber]

Pertemuan Korea Selatan dan Itali dirundung kontroversi, banyak aksi-aksi off the ball yang sepatutnya layangan kad kuning,merah diberikan tetapi tidak diambil kira oleh pengadil bertugas, Bryon Moreno pengadil dari Ecuador. Gol Emas / Golden goal jaringan Damiano Tommasi juga dibatalkan kerana offsaid, ulang semula video menunjukkan dia tidak offside. Itali bermain 10 orang apabila Francesco Totti dilayangkan kad kuning kedua kerana sengaja menjatuhkan diri dan diperintah keluar padang. Dimana sebenarnya keputusan itu silap kerana Totti benar-benar dibentes. Gol tandukan Ahn Jung Hwan memastikan Korea Selatan layak ke suku akhir buat kali pertama.[9] Ada kontroversi mengatakan Korea Selatan dikekalkan hingga ke separuh akhir untuk menjaga rating tontonan televisyen dan memastikan kehadiran penuh penyokong tuan rumah ke stadium. Kesan insiden itu, Ahn Jung Hwan yang sebelum itu menandatangani kontrak dengan kelab Serie A, Perugia telah ditamatkan kontrak. Ada mengatakan itu kerana tindak balas Itali terhadap Perugia, tetapi respon pihak kelab ialah mereka tidak mahu dia menjadi sasaran ejekan,ugutan dan diskriminasi penyokong dan media bolasepak Itali.

Suku Akhir

[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan bertemu Sepanyol di suku akhir, Sepanyol menjadi tumpuan kerana kempen cemerlang mereka setakat ini. Tetapi sekali lagi kontroversi terjadi apabila 2 gol Sepanyol yang sah dan bersih tidak diiktiraf pengadil sekaligus menguatkan konspirasi bahawa Korea Selatan perlu kekal untuk mengekalkan sokongan penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium. Gol sendiri hasil tampanan bola Kim Tae Yong menerjah ke gawang Korea yang dijaga oleh Lee Woon Jae tidak dikira atas alasan Ivan Helguera menolak dari belakang dan Ruben Baraja menarik bajunya. Begitu juga gol kedua tandukan Fernando Morientes dibatalkan kerana kononnya bola hantaran lintang Joaquin Sanchez telah terkeluar dari garisan. Tetapi rakaman ulang tayang menunjukkan sebaliknya, bola itu masih jauh dari garisan. Perlawanan 90 minit berkesudahan 0-0 dan diheret ke masa tambahan sebelum penentuan penalti dimana Korea Selatan menang 5-3, sekali lagi melakar sejarah apabila pasukan Asia pertama layak ke separuh akhir piala dunia.[10]

Kesan dari insiden itu

[sunting | sunting sumber]

Edisi 2006 di Jerman, Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan. Portugis yang tewas kepada mereka, layak ke separuh akhir 2006. Itali pula menjuarai edisi itu buat kali ke-4 dan sepanyol pula memenangi piala dunia edisi 2010 di Afrika Selatan buat kali pertama. Sekaligus menguatkan teori itu. Edisi 2010, Korea berjaya melepasi peringkat kumpulan sebelum tewas kepada Uruguay di pusingan kedua manakala semasa edisi 2014, Korea Selatan pulang awal selepas tewas kepada Belgium,Algeria dan seri dengan Russia. Pencapaian layak ke separuh akhir itu belum lagi dapat disaingi mana-mana wakil Asia selepas itu.

Generasi Ajaib Turki

[sunting | sunting sumber]

Pasukan Turki mengejutkan ramai pihak kerana kali terakhir mereka layak ialah edisi 1954 !! 48 tahun sebelum itu. Selepas itu mereka tidak pernah layak ke Piala Dunia Fifa sehinggalah ke edisi 2002. Pasukan Turki ini bolehlah dianggap ' Generasi Ajaib ' kerana mereka hanya menjadi pada kejohanan ini dan kecemerlangan itu tidak diteruskan di edisi berikutnya, 2006,2010,2014 dan 2018 dimana mereka gagal layak.

Pasukan Turki ini dibarisi pemain-pemain berpengalaman bermain di pentas domestik Eropah. Ada diantara mereka beraksi untuk generasi emas Galatasaray tahun 2000 dimana kelab itu menumpaskan gergasi Inggeris, Arsenal pada final UEFA Cup (kini Europa League) sekaligus melengkapkan koleksi treble mereka. Liga Domestik, Piala Turki dan Piala UEFA. Nama-nama seperti Okan Buruk, Hasan Sas,Bulent Korkmaz, Emre Belozoglu,Umit Davala,Hakan Sukur,Hakan Unsal,Fatih Akyel dan Ergun Penbe adalah pemain skuad Galatasaray musim 1999/2000 dan mereka juga berada dalam skuad generasi ajaib Turki 2002.

Dibawah bimbingan Senol Gunes mereka diletakkan satu kumpulan dengan calon Juara, Brazil. Pertemuan dengan Brazil menyaksikan Hasan Sas mengejutkan finalis 1998 sebelum gol Ronaldo dan Rivaldo menafikan 3 mata Turki. Turki layak dengan jayanya perbezaan gol ditempat kedua walaupun terikat mata 4-4 dengan Costa Rica di tangga ketiga. Hasil seri 1-1 Costa Rica dan 3-0 China.

Di pusingan kedua, Turki bertemu tuan rumah, Jepun dan menang 1-0 dari jaringan Umit Davala, menamatkan kempen cemerlang Samurai Biru dikejohanan ini. Hasil kecekapan Rustu Recber lah menjadi punca mengapa Turki bermain begitu baik di kejohanan ini apabila mereka berjaya mengekalkan clean sheet/ rekod tanpa bolos sejak bertemu China. Mereka menang 1-0 hasil gol emas ilhan Mansiz menentang pasukan Afrika, Senegal di suku akhir dan layak buat kali pertama ke Separuh Akhir sebelum kembali bertemu Brazil, pasukan yang sama menewaskan mereka di peringkat kumpulan. Turki kecundang tipis 1-0 hasil jaringan Ronaldo. Penyerang yang kembali menemui sentuhan emasnya setelah bergelut dengan kecederaan ligamen lutut putus selama 2 tahun. Biarpun tewas, Turki dianggap sebagai wira kerana mereka bermain tanpa sebarang keputusan kontroversi dan hanya bakal juara, Brazil sahaja yang bisa menghentikan mereka.

Turki bermain menentang pasukan tuan rumah, Korea Selatan. Ironinya, Turki juga adalah pasukan yang sama menyingkirkan satu lagi tuan rumah, Jepun. Bermakna 2 tuan rumah dikalahkan oleh 1 pasukan yang sama ! Turki tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol. Sebaik saja sepak mula dalam masa 34 Hakan Sukur telah menjaringkan gol hasil kealpaan pertahanan Korea Selatan yang gagal menyimpan bola dengan baik. Lebih manis lagi gol Hakan Sukur itu gol sulungnya di kejohanan itu dan kekal gol terpantas dalam sejarah penganjuran Piala Dunia Fifa hingga ke hari ini.

Korea Selatan tidak mahu menghampakan harapan penyokong mereka, sepakan percuma terus diambil Lee Eul Yoong menerjah jaring Rustu Recber pada minit ke 9. Mungkin juga antara gol sepakan bebas kaki kiri pemain bernombor 13 itu yang menarik dihasilkan di edisi ini selepas gol lencong Ronaldinho yang melepasi kepala David Seaman. Turki tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan hasil gerakan 1-2 Hakan Sukur dan Ilhan Mansiz membuahkan jaringan pada minit ke13 Turki mendahului 2-1.

Sekali lagi gerakan 1-2 Turki berhasil, hantaran jauh Rustu mencari kepala Hakan dan bola tandukan ditanduk kepada ilhan sebelum dia memberi semula bola ke Hakan dan dengan bersahaja Hakan melorongkan bola ke belakang untuk ilhan mengutip dan memperdayakan pertahanan Korea sebelum dia membawa bola masuk ke kotak penalti melambungkan bola melepasi Lee Won Jae gollll ilhan mansiz 3-1 Korea Selatan !!. Satu mimpi buruk buat Korea kerana sebelum itu mereka bermain habis-habisan untuk tidak dibolosi dan tidak pernah dibolosi 3 gol dalam 45 minit pertama.

Cukup menarik perlawanan ini kerana biarpun tidak layak ke final, masing-masing mahu membuktikan siapa lebih baik dalam mencipta rekod baru di kejohanan ini. Korea Selatan pastinya paling mencuri perhatian kerana mereka satu kumpulan dengan Portugis, bertemu Itali di pusingan kedua sebelum ke suku akhir bertemu Sepanyol dan di separuh akhir mereka dikecewakan oleh jaringan Michael Ballack. Turki pula pastinya mahu edisi ini diingati oleh setiap warga mereka kerana sudah 48 tahun mereka tidak layak ke Piala Dunia dan semua ini seakan mimpi apabila mereka cuma selangkah ke final dan kini pula bertarung untuk menjadi pasukan ketiga terbaik dunia.

Babak kedua bermula, tiada apa yang menarik melainkan Rustu Recber memakai celak di bawah matanya. Song Chong Gug melakukan rembatan terus ke pintu gol tetapi terkena punggung Cha Du Ri bernombor 16 dan jurang menjadi 2-3, tetapi sudah terlewat untuk menghalang Turki dan Korea menutup sayembara agung mereka di tempat ke 4. Turki pula boleh berbangga ditempat ke 3 dan hanya tewas kepada Brazil, yang bergelar juara edisi itu dan tiada siapa mampu meramal mereka mampu pergi sejauh ini.

Venue Perlawanan

[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan dan Jepun masing-masing menyediakan 10 stadium, sebahagian besarnya baru dibina khusus untuk kejohanan ini.

Korea Selatan

[sunting | sunting sumber]
Bandar Stadium Kapasiti Dibuka
Daegu Stadium Daegu Blue-Arc 68,014 Mei 2001
Seoul Stadium Seoul Sang-am 64,677 Mac 2001
Busan Stadium Utama Busan Asiad 55,983 Julai 2001
Incheon Stadium Incheon Munhak 52,179 Disember 2001
Ulsan Stadium Big Crown 43,550 April 2001
Suwon, Wilayah Gyeonggi Stadium Suwon Bigbird 43,188 Mei 2001
Gwangju Stadium Guus Hiddink 42,880 September 2001
Jeonju, Wilayah Jeollabuk Jeonju Castle 42,391 September 2001
Seogwipo, Wilayah Jeju Stadium Piala Dunia Jeju 42,256 Disember 2001
Daejeon Arena Ungu 40,407 September 2001
Bandar Stadium Kapasiti Dibuka
Yokohama, Kanagawa Stadium Antarabangsa 70,000 Oktober 1997
Saitama, Saitama Stadium Saitama 63,000 Julai 2001
Fukuroi, Shizuoka Stadium Shizuoka 'ECOPA' 50,600 Mac 2001
Osaka, Osaka Stadium Nagai 50,000 Mei 1996
Rifu, Miyagi Stadium Miyagi 49,000 Mac 2000
Ōita, Ōita Stadium Ōita 43,000 Mac 2001
Niigata, Niigata Stadium Niigata 42,300 Mac 2001
Kashima, Ibaraki Stadium Kashima 42,000 Mei 2001
Kobe, Hyogo Stadium Kobe Wing 42,000 Oktober 2001
Sapporo, Hokkaido Sapporo Dome 42,000 Mei 2001

Pegawai perlawanan

[sunting | sunting sumber]

Afrika


Asia


Eropah

Amerika Utara, Tengah dan Caribbean


Oceania


Amerika Selatan

Penetapan kumpulan

[sunting | sunting sumber]

Lapan pasukan pilihan untuk kejohanan 2002 telah diumumkan pada 28 November 2001. Pengagihan terdiri balang A dalam cabutan. Balang B terkandung baki 11 pasukan Eropah; Balang C yang terkandung lima pasukan kelayakan bukan pilihan dari CONMEBOL dan AFC. Balang D terkandung pasukan bukan pilihan dari rantau CONCACAF dan Afrika.[11] This was the last FIFA World Cup with the defending champion in Group A. Since 2006, the Host nation has been in Group A.

Balang A Balang B Balang C Balang D

Peringkat Kumpulan

[sunting | sunting sumber]
Pasukan layak untuk fasa seterusnya

Semua masa adalah (UTC+9)

Kumpulan A

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan A, B, C, D dilangsungkan di Korea Selatan.

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Denmark 3 2 1 0 5 2 +3 7
 Senegal 3 1 2 0 5 4 +1 5
 Uruguay 3 0 2 1 4 5 -1 2
 Perancis 3 0 1 2 0 3 -3 1

Uruguay Bendera Uruguay1 – 2 Denmark
Darío Rodríguez Goal 47' Laporan Jon Dahl Tomasson Goal 45'83'
Kehadiran: 30,157
Pengadil: Saad Mane (Kuwait)


Perancis Bendera Perancis0 – 0 Uruguay
Laporan
Kehadiran: 38,289
Pengadil: Felipe Ramos (Mexico)


Kumpulan B

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Sepanyol 3 3 0 0 9 4 +5 9
 Paraguay 3 1 1 1 6 6 0 4
 Afrika Selatan 3 1 1 1 5 5 0 4
 Slovenia 3 0 0 3 2 7 -5 0





Kumpulan C

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Brazil 3 3 0 0 11 3 +8 9
 Turki 3 1 1 1 5 3 +2 4
 Costa Rica 3 1 1 1 5 6 -1 4
 China 3 0 0 3 0 9 -9 0
Brazil Bendera Brazil2 – 1 Turki
Ronaldo Goal 50'
Rivaldo Goal 87' (pen.)
Laporan Hasan Şaş Goal 45+2'


Brazil Bendera Brazil4 – 0 China
Roberto Carlos Goal 15'
Rivaldo Goal 32'
Ronaldinho Goal 45' (pen.)
Ronaldo Goal 55'
Laporan



Kumpulan D

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Korea Selatan 3 2 1 0 4 1 +3 7
 Amerika Syarikat 3 1 1 1 5 6 -1 4
 Portugal 3 1 0 2 6 4 +2 3
 Poland 3 1 0 2 3 7 -4 3



Portugal Bendera Portugal4 – 0 Poland
Pauleta Goal 14'65'77'
Rui Costa Goal 88'
Laporan


Kumpulan E

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan E, F, G, H dilangsungkan di Jepun.

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Jerman 3 2 1 0 11 1 +10 7
 Ireland 3 1 2 0 5 2 +3 5
 Cameroon 3 1 1 1 2 3 -1 4
 Arab Saudi 3 0 0 3 0 12 -12 0
Ireland Flag of Ireland1 – 1 Cameroon
Matt Holland Goal 52' Laporan Patrick Mboma Goal 39'
Kehadiran: 33,679
Pengadil: Toru Kamikawa (Jepun)

Jerman Bendera Jerman8 – 0 Arab Saudi
Miroslav Klose Goal 20'25'70'
Michael Ballack Goal 40'
Carsten Jancker Goal 45+1'
Thomas Linke Goal 73'
Oliver Bierhoff Goal 84'
Bernd Schneider Goal 90+1'
Laporan
Kehadiran: 32,218

Jerman Bendera Jerman1 – 1 Ireland
Miroslav Klose Goal 19' Laporan Robbie Keane Goal 90+2'
Kehadiran: 35,854

Cameroon Bendera Cameroon1 – 0 Arab Saudi
Samuel Eto'o Goal 66' Laporan
Kehadiran: 52,328
Pengadil: Terje Hauge (Norway)


Kumpulan F

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Sweden 3 1 2 0 4 3 +1 5
 England 3 1 2 0 2 1 +1 5
 Argentina 3 1 1 1 2 2 0 4
 Nigeria 3 0 1 2 1 3 -2 1


Sweden Bendera Sweden2 – 1 Nigeria
Henrik Larsson Goal 35'63' (pen.) Laporan Julius Aghahowa Goal 27'
Kehadiran: 36,194
Pengadil: René Ortube (Bolivia)

Argentina Bendera Argentina0 – 1 England
Laporan David Beckham Goal 44' (pen.)
Kehadiran: 35,927


Nigeria Bendera Nigeria0 – 0 England
Laporan
Kehadiran: 44,864

Kumpulan G

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Mexico 3 2 1 0 4 2 +2 7
 Itali 3 1 1 1 4 3 +1 4
 Croatia 3 1 0 2 2 3 -1 3
 Ecuador 3 1 0 2 2 4 -2 3
Croatia Bendera Croatia0 – 1 Mexico
Laporan Cuauhtémoc Blanco Goal 60' (pen.)
Kehadiran: 32,239
Pengadil: Lu Jun (China)

Itali Bendera Itali2 – 0 Ecuador
Christian Vieri Goal 7'27' Laporan
Kehadiran: 31,081

Itali Bendera Itali1 – 2 Croatia
Christian Vieri Goal 55' Laporan Ivica Olić Goal 73'
Milan Rapaić Goal 76'
Kehadiran: 36,472
Pengadil: Graham Poll (England)


Mexico Bendera Mexico1 – 1 Itali
Jared Borgetti Goal 34' Laporan Del Piero Goal 85'
Kehadiran: 39,291

Kumpulan H

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Jepun 3 2 1 0 5 2 +3 7
 Belgium 3 1 2 0 6 5 +1 5
 Rusia 3 1 0 2 4 4 0 3
 Tunisia 3 0 1 2 1 5 -4 1

Rusia Bendera Rusia2 – 0 Tunisia
Egor Titov Goal 59'
Valery Karpin Goal 64' (pen.)
Laporan
Kehadiran: 30,957


Tunisia Bendera Tunisia1 – 1 Belgium
Raouf Bouzaiene Goal 17' Laporan Marc Wilmots Goal 13'
Kehadiran: 39,700


Peringkat kalah mati

[sunting | sunting sumber]
Pusingan 16 Suku akhir Separuh akhir Perlawanan Akhir
                           
15 Jun - Seogwipo            
  Jerman  1
21 Jun - Ulsan
  Paraguay  0  
  Jerman  1
17 Jun - Jeonju
    Amerika Syarikat  0  
  Mexico  0
25 Jun - Seoul
  Amerika Syarikat  2  
  Jerman  1
16 Jun - Suwon
    Korea Selatan  0  
  Sepanyol  1 (3)
22 Jun - Gwangju
  Ireland  1 (2)  
  Sepanyol  0 (3)
18 Jun - Daejeon
    Korea Selatan  0 (5)  
  Korea Selatan  2
30 Jun - Yokohama
  Itali  1  
  Jerman  0
15 Jun - Niigata
    Brazil  2
  Denmark  0
21 Jun - Shizuoka
  England  3  
  England  1
17 Jun - Kobe
    Brazil  2  
  Brazil  2
26 Jun - Saitama
  Belgium  0  
  Brazil  1
16 Jun - Oita
    Turki  0   Tempat ketiga
  Sweden  1
22 Jun - Osaka 29 Jun - Daegu
  Senegal  2  
  Senegal  0   Turki  3
18 Jun - Miyagi
    Turki  1     Korea Selatan  2
  Jepun  0
  Turki  1  

Pusingan kedua

[sunting | sunting sumber]
Jerman Bendera Jerman1 – 0 Paraguay
Oliver Neuville Goal 88' Laporan

Denmark Bendera Denmark0 – 3 England
Laporan Rio Ferdinand Goal 5'
Michael Owen Goal 22'
Emile Heskey Goal 44'
Kehadiran: 40,582
Pengadil: Markus Merk (Jerman)

Sweden Bendera Sweden1 – 2 (s.m.t.) Senegal
Henrik Larsson Goal 11' Laporan Henri Camara Goal 37' Dijaring selepas 104 minit 104'
Kehadiran: 39,747

Sepanyol Bendera Sepanyol1 – 1 (s.m.t.) Ireland
Fernando Morientes Goal 8' Laporan Robbie Keane Goal 90' (pen.)
Kehadiran: 38,926
Pengadil: Anders Frisk (Sweden)
    Penalti  
Fernando Hierro Dijaring
Rubén Baraja Dijaring
Juanfran Tersasar (diselamatkan)
Juan Valerón Tersasar
Gaizka Mendieta Dijaring
3 – 2 Dijaring Robbie Keane
Tersasar Matt Holland
Tersasar (diselamatkan) David Connolly
Tersasar (diselamatkan) Kevin Kilbane
Dijaring Steve Finnan
 


Brazil Bendera Brazil2 – 0 Belgium
Rivaldo Goal 67'
Ronaldo Goal 87'
Laporan
Kehadiran: 40,440

Jepun Bendera Jepun0 – 1 Turki
Laporan Ümit Davala Goal 12'
Kehadiran: 45,666

Korea Selatan Bendera Korea Selatan2 – 1 (s.m.t.) Itali
Seol Ki-Hyeon Goal 88'
Ahn Jung-Hwan Dijaring selepas 117 minit 117'
Laporan Christian Vieri Goal 18'

Suku Akhir

[sunting | sunting sumber]
England Bendera England1 – 2 Brazil
Michael Owen Goal 23' Laporan Rivaldo Goal 45+2'
Ronaldinho Goal 50'
Kehadiran: 47,436
Pengadil: Felipe Ramos (Mexico)


    Penalti  
Fernando Hierro Dijaring
Rubén Baraja Dijaring
Xavi Dijaring
Joaquín Sánchez Tersasar (diselamatkan)
3 – 5 Dijaring Hwang Sun-Hong
Dijaring Park Ji-Sung
Dijaring Seol Ki-Hyeon
Dijaring Ahn Jung-Hwan
Dijaring Hong Myung-Bo
 

Senegal Bendera Senegal0 – 1 (s.m.t.) Turki
Laporan İlhan Mansız Dijaring selepas 94 minit 94'
Kehadiran: 44,233
Pengadil: Óscar Ruiz (Colombia)

Separuh Akhir

[sunting | sunting sumber]

Brazil Bendera Brazil1 – 0 Turki
Ronaldo Goal 49' Laporan
Kehadiran: 61,058

Tempat Ketiga

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Akhir

[sunting | sunting sumber]
Brazil Bendera Brazil2 – 0 Jerman
Ronaldo Goal 67'79' Laporan
 Juara Piala Dunia FIFA 2002 
Bendera Brazil
Brazil
Juara Kelima
Kasut Emas Bola Emas Anugerah Yashin Piala Permainan Bersih FIFA Pasukan Paling Menarik Pemain Muda Terbaik
Brazil Ronaldo Jerman Oliver Kahn Jerman Oliver Kahn  Belgium  Korea Selatan Amerika Syarikat Landon Donovan

Semua pasukan bintang

[sunting | sunting sumber]
Penjaga gol Pemain pertahanan Pemain tengah Penyerang

Jerman Oliver Kahn
Turki Rüştü Reçber

Brazil Roberto Carlos
England Sol Campbell
Sepanyol Fernando Hierro
Korea Selatan Hong Myung-Bo
Turki Alpay Özalan

Brazil Rivaldo
Brazil Ronaldinho
Jerman Michael Ballack
Korea Selatan Yoo Sang-Chul
Amerika Syarikat Claudio Reyna

Brazil Ronaldo
Jerman Miroslav Klose
Senegal El Hadji Diouf
Turki Hasan Şaş

Penjaring

[sunting | sunting sumber]

8 gol
5 gol
4 gol
3 gol
2 gol

1 gol

Gol sendiri

Kedudukan Akhir

[sunting | sunting sumber]

Selepas kejohanan itu, FIFA menerbitkan kedudukan semua pasukan yang bertanding pada pusingan akhir tahun Piala Dunia 1998 berdasarkan kemajuan dalam pertandingan itu, keputusan keseluruhan dan kualiti pihak lawan.[12]

R Pasukan K P M S K JG GB PG Mt
1  Brazil C 7 7 0 0 18 4 +14 21
2  Jerman E 7 5 1 1 14 3 +11 16
3  Turki C 7 4 1 2 10 6 +4 13
4  Korea Selatan D 7 3 2 2 8 6 +2 11
Tersingkir di Suku Akhir
5  Sepanyol B 5 3 2 0 10 5 +5 11
6  England F 5 2 2 1 6 3 +3 8
7  Senegal A 5 2 2 1 7 6 +1 8
8  Amerika Syarikat D 5 2 1 2 7 7 0 7
Tersingkir di Pusingan 16
9  Jepun H 4 2 1 1 5 3 +2 7
10  Denmark A 4 2 1 1 5 5 0 7
11  Mexico G 4 2 1 1 4 4 0 7
12  Ireland E 4 1 3 0 6 3 +3 6
13  Sweden F 4 1 2 1 5 5 0 5
14  Belgium H 4 1 2 1 6 7 −1 5
15  Itali G 4 1 1 2 5 5 0 4
16  Paraguay B 4 1 1 2 6 7 −1 4
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
17  Afrika Selatan B 3 1 1 1 5 5 0 4
18  Argentina F 3 1 1 1 2 2 0 4
19  Costa Rica C 3 1 1 1 5 6 −1 4
20  Cameroon E 3 1 1 1 2 3 −1 4
21  Portugal D 3 1 0 2 6 4 +2 3
22  Rusia H 3 1 0 2 4 4 0 3
23  Croatia G 3 1 0 2 2 3 −1 3
24  Ecuador G 3 1 0 2 2 4 −2 3
25  Poland D 3 1 0 2 3 7 −4 3
26  Uruguay A 3 0 2 1 4 5 −1 2
27  Nigeria F 3 0 1 2 1 3 −2 1
28  Perancis A 3 0 1 2 0 3 −3 1
29  Tunisia H 3 0 1 2 1 5 −4 1
30  Slovenia B 3 0 0 3 2 7 −5 0
31  China C 3 0 0 3 0 9 −9 0
32  Arab Saudi E 3 0 0 3 0 12 −12 0
  1. ^ "Brazil crowned world champions". BBC Sport. 30 June 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 27 March 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Turkey finish in style". BBC Sport. 29 June 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 27 March 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ http://www.planetworldcup.com/CUPS/2002/afc.html
  4. ^ http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/world_cup_2002/1612691.stm
  5. ^ https://thesefootballtimes.co/2015/07/28/frances-failure-at-world-cup-2002/
  6. ^ https://www.theguardian.com/football/2002/jun/14/minutebyminute.worldcupfootball2002
  7. ^ https://www.theguardian.com/football/2002/jun/07/minutebyminute.worldcupfootball20022
  8. ^ http://www.planetworldcup.com/CUPS/2002/wc02index.html
  9. ^ https://www.theglobeandmail.com/sports/soccer/world-cup/the-tragic-tale-of-byron-moreno-the-worst-referee-ever/article19110587/
  10. ^ https://www.theguardian.com/football/2002/jun/23/worldcupfootball2002.sport9
  11. ^ "How the draw works". BBC News. 28 November 2001. Dicapai pada 2 March 2012.
  12. ^ "All-time FIFA World Cup Ranking 1930–2010" (PDF). Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 31 January 2013.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]