Perang Penuai
Perang Penuai sebahagian daripada Perang Perancis-Sepanyol | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Corpus de Sang, pertembungan pertama perang ini pada Jun 1640 | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Kerajaan Catalonia Negara Beraja Perancis | Sepanyol Habsburg | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Pau Claris Francesc de Tamarit Josep Margarit Louis XIII Louis XIV Philippe de La Mothe-Houdancourt Jean Armand de Maillé-Brézé |
Felipe IV Wizurai Pedro Fajardo Duke Fernandina Duke Maqueda Duke Ciudad Real Marquis Leganés |
Perang Penuai (Guerra dels Segadors) berlaku di sebahagian besar Kerajaan Catalonia antara tahun 1640 dan 1659.
Konflik ini tercetus oleh rasa tidak puas hati dan ketakutan dalam kalangan warga Catalonia mengenai kehadiran tentera Castilla di kawasan tersebut sewaktu peperangan yang berlaku antara Kerajaan-Kerajaan Perancis dan Sepanyol dalam Perang Tiga Puluh Tahun. Gaspar de Guzmán dari Olivares, bendahara Raja Felipe IV, telah mencuba mengagihkan beban ekonomi dan ketenteraan tanggungan Empayar Sepanyol yang sebelum ini hanya disokong Kerajaan Castile. Namun dasar pembahagian kerahan tentera yang diusulkan beliau (Unión de Armas) mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan di seluruh pelosok Sepanyol. Catalonia merupakan tempat paling sengit berlaku konflik ini apabila rakyatnya membalas dendam akibat pembunuhan seorang penuai gandum yang membawa kepada kematian wizurai negeri tersebut, Dalmau de Queralt, Bupati Santa Coloma, yang penuh misteri bermula sekitar Jun 1640.
Ia membawa kepada Perjanjian Pyrene (1659), yang menyerahkan Daerah Roussillon dan bahagian utara Daerah Cerdanya kepada Perancis (Cerdagne) lalu membahagikan wilayah Kerajaan Catalonia dan Mahkota Aragon, seterusnya mengundurkan sempadan Sepanyol ke Pergunungan Pyrene.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- J.H. Elliott. The Revolt of the Catalans: a Study in the Decline of Spain (1598-1640). Cambridge, 1963.
- J. Sanabre. La acción de Francia en Cataluña en la pugna por la hegemonía de Europa (1640-1659). Barcelona, 1956. Dikenali kerana catatan terperinci mengenai kejadian yang berlangsung dari1640/41 dan kemudiannya.