Olan
Olan | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Orang Lamo Anak Nogori |
Berasal dari | Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia |
Genre | Metal, hard rock, slow rock, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1991—1995 |
Syarikat rakaman | New Southern Records |
Bekas ahli | Dwan (vokal) Oslan (gitar) Azul (gitar) Nasir (bes) Halim (dram) |
Olan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif sekitar tahun 1990-an. Kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini (kecuali gitaris keduanya yang berasal dari Ipoh, Perak) menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.[1]
Nama kumpulan ini diambil daripada nama gitaris utamanya, Oslan, juga merangkap akronim bagi "Orang Lamo Anak Nogori".
Olan merupakan salah satu daripada gergasi-gergasi rock dari Negeri Sembilan selain Allahyarham Achik Spin, Hattan, Zaiton Sameon, dan kugiran-kugiran seperti D.I.A., Kejora, Laksamana, Medicine, Pratayuda, Spring dan Stings, dengan hanya kedua-dua mereka dan Laksamana sahaja yang berasal dari luar Seremban. Mereka terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Cinta Bandar Tasik Selatan (didendangkan semula sebagai versi cover oleh kumpulan Asahan di bawah judul Cinta Tasikmalaya untuk pasaran Indonesia), Kenangan Semalam, Suratan Berbeza, Hitam Manisan dan Hiasan.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album-album studio
[sunting | sunting sumber]- Cinta Bandar Tasik Selatan (1991)
- Hiasan (1993)
- Hitam Manisan (1995)
Album-album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Perjuangan Metal Rock (bersama kumpulan-kumpulan Dinamik, Aces, Victim, Gravity dan Justice, 1992)
- The Greatest Hits Fotograf & Olan (2002)
- Memori Hit Lagenda Rock (2008)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (20 Januari 2024). "Gitaris Olan tak malu jadi pekerja pembersihan di Melaka". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 11 September 2024.