Pergi ke kandungan

Murai Eropah

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Murai Eropah
Di Lancashire, England
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Muscicapidae
Genus: Erithacus
Cuvier, 1800
Spesies:
E. rubecula
Nama binomial
Erithacus rubecula
Subspecies

7–10, lihat teks.

     Musim panas     Sepanjang tahun     Musim sejuk
Sinonim

Motacilla rubecula Linnaeus, 1758

Cuculus canorus + Erithacus rubecula

Murai Eropah (Erithacus rubecula), atau ringkasnya dikenali sebagai murai (bahasa Inggeris : robin) atau murai dada merah di British Isles, adalah satu spesies burung passerine bersaiz kecil dari genus chat. Dulunya ia dikelaskan sebagai anggota dalam keluarga murai batu, (Turdidae) tetapi kini dianggap sebagai anggota dalam burung Sambar Dunia Lama. Ia mempunyai saiz 12.5–14.0 sm (5.0–5.5 inci) panjang, burung jantan dan betina mempunyai warna bulu yang sama, dengan dada dan garis mata berwarna oren, bahagian atas berwarna coklat dan perut berwarna keputihan. Ia boleh ditemui di seluruh Eropah, timur Siberia Barat dan selatan Afrika Utara; ia tinggal tetap di kebanyakan kawasan taburannya kecuali di kawasan yang terletak jauh di utara.

Istilah murai atau robin juga terpakai untuk beberapa spesies burung dalam keluarga lain dengan warna bulu dada merah atau oren. Ia termasuklah murai Amerika (Turdus migratorius), yang mana adalah seekor murai batu, dan murai Australasia dalam keluarga Petroicidae, meskipun hubungannya masih tidak jelas.

  1. ^ BirdLife International (2016). "Erithacus rubecula". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22709675A87880390.

Petikan teks

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]