Pergi ke kandungan

Muhd Fadhil Nuruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ir. Dr.
Muhd Fadhil Nuruddin
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Kamunting
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohamad Zahir Abdul Khalid
Digantikan oleh Mohd Fakhrudin Abd Aziz
Majoriti1,780 (PRU-14)
Maklumat peribadi
LahirHospital Besar Taiping, Perak
Parti politik AMANAH
PasanganLatipah Yusof
Anak12
Tempat belajarUniversiti Malaya (BSc)
Dundee University (MSc)
Universiti Sains Malaysia (PhD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera Bertauliah
Ahli Akademik

Ir. Dr. Muhd Fadhil Nuruddin ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Kamunting selama sepenggal (2018-2022).[1] Muhd Fadhil merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Institusi Teknikal Pulau Pinang.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau merupakan seorang profesor Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan.  

Muhd Fadhil juga pernah menjawat jawatan sebagai seorang jurutera tapak di syarikat pembinaan Peremba-Shimidzu Sdn Bhd pada 1984.

Meminati aktiviti sukan badminton dan gemar melancong.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Muhd Fadhil daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 9,898 undian ketika menentang Mohammad Zahir Abdul Khalid daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,118 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,780.

Kerjaya:

  • ADUN Kamunting (2018 hingga kini)
  • Pensyarah UTP (2003-2018)
  • Pensyarah UITM (1985-2003)
  • Jurutera Tapak Peremba Sdn Bhd (1984)

Lantikan Ahli Lembaga dalam GLC dan agensi lain:

  • Ahli Lembaga LAP (2018-2020)
  • Ahli Majlis Jawatankuasa Pelaburan Negeri Perak (2018-2020)

Jawatan dalam parti:

  • AJK Biro Politik Amanah Perak (2020 hingga kini)
  • Ketua Cawangan Amanah Bukit Jana (2019 hingga kini)
  • Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Amanah Perak (2019 hingga kini)
  • Timbalan Ketua Amanah Kawasan Taiping (2017 hingga kini)
  • Pengerusi Biro Integrasi Nasional Amanah Perak (2017-2019)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Paduka Mahkota Perak (2011)

Pendidikan:

  • Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Konkrit USM (1998-2001)
  • Ijazah Sarjana Sains Dundee University United Kingdom (1990-1992)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UM (1977-1984)
  • Institut Teknikal Pulau Pinang (1975-1976)
  • SMK King Edward VII (1972-1974)
  • SK Methodist (L) (1966-1971)