Pergi ke kandungan

Merang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Merang merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Setiu, Terengganu, Malaysia. Mukim ini terkenal sebagai lokasi untuk ke beberapa pulau seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah serta Pulau Bidong.

Kebanyakan penduduk mukim Merang terlibat dalam sektor pelancongan.