Markas Angkasa Amerika Syarikat
Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat | |
---|---|
Aktif | September 1985 – Oktober 2002 29 Ogos 2019 – kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas medan bersepadu |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
Ibupejabat | Peterson AFB[1] |
Laman web | www |
Komander | |
Panglima | Jeneral Stephen Whiting, USSF |
Timbalan Panglima | Leftenan Jeneral Thomas L. James, USA |
Penyelia Kanan Lain-Lain Pangkat | CCM Jacob C. Simmons USSF[2] |
Markas Pemerintahan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) adalah markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Ia pada asalnya ditubuhkan pada September 1985 untuk menyelaras penggunaan ruang angkasa oleh Angkatan Tentera AS.[3] Panglima Tertinggi Markas Angkasa A.S. (CINCUSSPACECOM) juga berfungsi sebagai Panglima Tertinggi Markas Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (CINCNORAD) milik dwi negara AS-Kanada, dan untuk sebahagian besar masa kewujudan USSPACECOM, adalah juga Panglima Markas Angkasa Tentera Udara.
Pada tahun 2018, diumumkan bahawa Markas Angkasa A.S. akan ditubuh semula sebagai sebuah markas medan bersepadu. Tujuan untuk pengaktifan semula dan kelulusan dari Kongres telah diisytiharkan pada 29 Ogos 2019. Jeneral John W. Raymond, USAF, merupakan Panglima, Markas Angkasa AS, merangkap Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara.
Senarai Panglima
[sunting | sunting sumber]Nama | Foto | Mula | Akhir | Jawatan penting yang dipegang sebelum atau selepas | |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jeneral Robert T. Herres, USAF | September, 1985 | 1987 | Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama Pertama (1987–1990) | |
2 | Jeneral John L. Piotrowski, USAF | 1987 | 1990 | Naib Ketua Turus Tentera Udara Ke-22 (1985–1987) | |
3 | Jeneral Donald J. Kutyna, USAF | 1990 | 1992 | Ahli Jawatankuasa Rogers (1986–1988) | |
4 | Jeneral Charles A. "Chuck" Horner, USAF | June, 1992 | September, 1994 | Panglima, Tentera Udara Ke-9, dan Panglima, Tentera Udara Markas Tengah A.S. (1987–1992), beliau memimpin operasi udara A.S. dan pihak sekutu bagi Operasi Desert Shield dan Desert Storm dalam Perang Teluk. | |
5 | Jeneral Joseph W. Ashy, USAF | September, 1994 | Ogos, 1996 | ||
6 | Jeneral Howell M. Estes III, USAF | Ogos, 1996 | 14 Ogos 1998 | ||
7 | Jeneral Richard B. Myers, USAF | 14 Ogos 1998 | 22 Februari 2000 | Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama Ke-5 (2000–2001) Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama Ke-15 (2001–2005) | |
8 | Jeneral Ralph E. "Ed" Eberhart, USAF | 22 Februari 2000 | 1 Oktober 2002 | Naib Ketua Turus Tentera Udara Ke-27 (1997–1999) Panglima, Markas Utara Amerika Syarikat (2002–2005) | |
9 | Jeneral John W. Raymond, USAF | 29 Ogos 2019 | Kini | Panglima, Markas Angkasa Tentera Udara AS (2016–kini) Panglima Komponen Angkatan Angkasa Bersama (2017–kini) |
Para Panglima Markas Angkasa A.S. mengikut cabang tentera
[sunting | sunting sumber]- Tentera Udara: 9
- Tentera Darat: tiada
- Kor Marin: tiada
- Tentera Laut: tiada
- Pengawal Pantai: tiada
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamafactsheet
- ^ "CHIEF MASTER SERGEANT JACOB C. SIMMONS". United States Space Command (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-07.
- ^ Handberg, Roger (2000). Seeking New World Vistas: The Militarization of Space. Greenwood Publishing Group. m/s. 109. ISBN 0-275-96295-4.