Pergi ke kandungan

Liberalisme dan keprogresifan dalam Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Umat Islam yang progresif telah menghasilkan banyak aliran pemikiran yang liberal mengenai Islam. Aliran pemikiran ini adalah hasil cetusan perkembangan globalisasi semasa, berhadapan dengan dakyah dan tohmahan pihak Barat terhadap Islam. Sebelum ini Islam Fundamental diterima umum sebagai Islam yang sesuai dengan situasi dunia hari ini. Ia agak bertentangan dengan Islam Tradisional. Semua aliran ini adalah hasil analisis pemikir semata-mata untuk melabel hala tuju kecenderungan gerakan selain perkembangan Islam semasa yang dilabel pengganas, rasis, dan anti-semitik.

Fenomena pemikiran Islam yang liberal sebenarnya tidak begitu jelas sebagai satu aliran pemikiran yang sekata. Muslim yang memanggil diri mereka sebagai progresif boleh dikatakan mengamalkan Islam yang liberal kerana mereka telah mencetuskan beberapa pemikiran liberal dalam Islam. Akan tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat Islam progresif dan Islam liberal adalah dua aliran yang berbeza.[1] Aliran-aliran ini berkongsi satu falsafah yang bergantung kepada ijtihad.[2] Muslim yang berfikiran liberal tidak semestinya berpegang kepada interpretasi ulama traditisional tentang Quran dan Hadith. Mereka ini secara umumnya mendakwa mahu kembali kepada prinsip asal Ummah terdahulu dan kepada maksud asal etika dan pendekatan majmuk (pluralistik) kitab suci.

Pembaharuan, bukan perpecahan agama

[sunting | sunting sumber]

Fenomena ini adalah salah satu dari gerakan-gerakan pembaharuan dalam Islam bukannya satu usaha perpecahan agama. Mereka mendakwa percaya kepada rukun asas dalam Islam seperti Rukun Iman dan Rukun Islam. Mereka percaya pandangan mereka selari dengan ajaran Islam. Perbezaan utama mereka dengan aliran konservatif Islam adalah interpretasi aplikasi nilai-nilai teras Islam dalam kehidupan moden.

Fokus mereka kepada interpretasi individu dan etika, berbanding dengan maksud literal kitab suci, dan fahaman ini mungkin berasal dari tradisi Sufi dan tasawwuf Islam.

Ciri utama

[sunting | sunting sumber]

Beberapa ciri umum fahaman ini adalah:

  • Autonomi individu untuk mentafsir Quran dan Hadith
  • Pandangan yang lebih kritikal dan pelbagai terhadap teks agama serta pandangan tradisi dalam Islam
  • Kesamarataan jantina dalam semua aspek ritual agama
  • Pandangan yang lebih terbuka dalam budaya moden termasuk dalam bidang adat, pakaian dan praktis
  • Galakan menggunakan ijtihad dan fitrah


Isu kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Ijtihad (pentafsiran semula)

[sunting | sunting sumber]
  • Muslim liberal selalu menggugurkan tafsiran Quran yang mereka rasa terlalu konservatif kepada tafsiran yang lebih sedang disuaikan dengan kehidupan moden. Mereka menganggap tafsiran hendaklah mengambil kira keadaan pada kurun ketujuh dalam konteks budaya Arab pada masa itu.
  • Penggunaan Hadith dipersoalkan kerana undang-undang Islam banyak mengambil dari Hadith dan bukan dari teks al-Quran, akibatnya terdapat banyak lompang dalam isu-isu perundangan dan kekeluargaan.

Hak asasi manusia

[sunting | sunting sumber]
  • Muslim liberal percaya Islam menggalakkan konsep kesamarataan dalam segenap aspek.

Feminisme

[sunting | sunting sumber]
Tanda Femenisme Islam
  • Muslim liberal bersifat kritikal mengenai kedudukan wanita dalam tradisi masyarakat Islam terutama konsep poligami dan hak pewarisan harta pusaka di mana anak perempuan menerima kurang dari anak lelaki. Mereka juga kritikal dalam konsep wanita sebagai ketua negara dan wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan perempuan.
  • Sesetengah Muslim feminis juga menolak kewajipan hijab, dengan mendakwa pakaian yang sopan adalah cukup untuk lelaki dan perempuan. Bagaimana pun sesetengah Muslim feminis memakai hijab sebagai simbol menentang perlakuan wanita sebagai objek seks.

Sekularisme

[sunting | sunting sumber]
  • Sesetengah Muslim liberal lebih suka kepada idea demokrasi sekular moden dan pemisahan antara negara dan agama sekaligus bertentangan dengan idea Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
  • Penggunaan hukum Syariah dipertikaikan. Hujah mereka banyak menggunakan varian dari teori Muktazilah bahawa Quran itu dicipta Tuhan untuk masyarakat pada masa-masa tertentu, dan akal mestilah digunakan untuk penyelesaian masalah dalam konteks terkini.

Toleransi dan menolak keganasan

[sunting | sunting sumber]
  • Mereka lebih terbuka kepada dialog antara agama untuk menyelesaikan konflik dengan Yahudi, Kristian, Hindu dan mazhab-mazhab lain dalam Islam.
  • Gagasan jihad lebih difahami sebagai perjuangan dalam diri sendiri berbanding perjuangan bersenjata.

Pergantungan kepada kesarjanaan sekular

[sunting | sunting sumber]
  • Mereka ini selalunya skeptikal terhadap kesahihan ilmu-ilmu yang berbaur Islam seperti ekonomi Islam, sains Islam, sejarah Islam dan falsafah Islam sebagai satu cabang ilmu berasingan dari bidang ilmu perdana. Mereka menganggap penyebaran cabang-cabang ilmu ini sebagai propaganda Muslim konservatif. Mereka lebih suka merujuk kepada hasil kerja sarjana dari Barat.

Pandangan mengenai pemikiran Islam yang liberal di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.[3] Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah.

Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah Islam yang diamanahkan untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar telah bertindak bijak dalam soal ini. Tindakan berasaskan siyasah syar’iyyah iaitu demi menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia (hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya). Melalui konsep tersebut maka pengharaman pemikiran-pemikiran tertentu adalah salah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan (sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam.

Pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang berakal. Dengan pemikiran juga lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan. Hadith Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”.

Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan usaha menyekat pemikiran liberal dilakukan kerana tidak mahu orang Islam bersikap terbuka. Seperti kata Setiausaha Majlis Uskup-Uskup Katolik Malaysia, Brother Augustine Julian:[4]

Malangnya, mereka tidak mahu orang Islam bersikap terlalu terbuka dalam membincangkan isu Islam. Mungkin mereka beranggapan jika seseorang itu terlalu terbuka, maka mereka boleh mempersoalkan kelemahan yang wujud dalam Islam.

Ahli Al-Quran

[sunting | sunting sumber]

Ahli Quran atau Quranisme percaya bahawa Muhammad sendiri adalah seorang Ahli Quran dan pengasas Quranisme, namun pengikutnya memesongkan akidah dan berpecah kepada perpecahan dan puak seperti Sunni, Syiah, dan Khawarij. Ahli Quran menolak hadis dan mengikut Quran sahaja. Sejauh mana Ahli Quran menolak kesahihan Sunnah berbeza-beza, tetapi kumpulan yang lebih berpengaruh telah mengkritik secara menyeluruh kesahihan hadis dan menolaknya atas banyak sebab, yang paling lazim adalah dakwaan Ahli Quran bahawa hadis tidak disebut dalam Quran sebagai sumber teologi dan amalan Islam, tidak direkodkan dalam bentuk bertulis sehingga lebih daripada dua abad selepas kematian Muhammad, dan mengandungi kesilapan dalaman dan percanggahan.

Amerika Utara

[sunting | sunting sumber]

Rusia dan CIS

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pemikir dan aktivis

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Averroes Foundation: Faith and Reason in Islam
  2. ^ Reza Aslan. No god but God. Random House. 2006.
  3. ^ [1]Mohd Aizam bin Mas’ud, "Fahami kewajaran fatwa Islam Liberal", Berita Harian, 14 April 2007 Diarkibkan 2007-09-03 di Wayback Machine
  4. ^ "Terlalu Islamik, bukan Islam takut?", Al Islam, Februari 2008, ms. 9