Kubu Merah
Kubu Merah लाल क़िला لال قلعہ Red Fort | |
---|---|
Lokasi | Delhi Lama, India |
Koordinat | 28°39′21″N 77°14′27″E / 28.65583°N 77.24083°EKoordinat: 28°39′21″N 77°14′27″E / 28.65583°N 77.24083°E |
Tinggi | 18–33 m (59–108 ka) |
Dibina pada | 12 Mei 1639 – 6 April 1648 (8 tahun, 10 bulan and 25 hari) |
Arkitek | Ustad Ahmad Lahori |
Gaya binaan | Indo-Islam, Mughal |
Pemilik |
|
Nama rasmi: Kompleks Kubu Merah | |
Jenis | Budaya |
Kriteria | ii, iii, vi |
Direka bentuk pada | 2007 (Sesi ke-31) |
No. Rujukan | 231rev |
Parti Negara | India |
Kawasan | Asia Pasifik |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/India New Delhi" tidak wujud. |
Kubu Merah atau Lāl Qila ialah kubu bersejarah di kota Delhi di India yang berfungsi sebagai kediaman utama Maharaja Empayar Mughal. Maharaja Shah Jahan menugaskan pembinaan semula Kubu Merah pada 12 Mei 1638, ketika baginda memutuskan untuk memindahkan ibu kotanya dari Agra ke Delhi. Awalnya berwarna merah dan putih, reka bentuknya dikreditkan kepada arkitek yang membinanya semula antara 16 Mei 1639 dan Mei 1648.
Pada 15 Ogos 1947, perdana menteri pertama India, Jawaharlal Nehru, menaikkan bendera kebangsaan India di atas Gerbang Lahori.[1] Setiap tahun pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos), perdana menteri akan mengibarkan "bendera tiga warna" India di pintu utama kubu dan menyampaikan ucapan yang disiarkan ke seluruh negara dari benteng kubu.[2]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama binaan ini terjemahan nama asal tempat ini dalam Bahasa Hindustan, Lāl Qila ( Hindi: लाल क़िला, Urdu: لال قلعہ);[3][4] warna merah (lāl) penampilan kubu ini berasal dari dinding batu pasirnya yang dijadikan bahan binaan ia.
Kubu ini turut pernah pada awalnya dikenali sebagai "Kubu Diberkati" (Qila-i-Mubārak ) ketika ia dijadikan persemayaman maharaja[5][6] Lāl Qila pada ketika ini merupakan nama lain untuk Kubu Agra.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kubu ini dibina semula pada tahun 1639 oleh Shah Jahan. Maharaja Mughal kelima, sebagai istana ibu kotanya yang bekubu di Shahjahanabad, Kubu Merah dinamakan kerana tembok batu pasir merahnya yang besar. Pangsapuri maharaja terdiri daripada deretan astaka, dihubungkan oleh saluran air yang dikenali sebagai Aliran Syurga (Nahr-i-Bihisht ). Kompleks kubu ini "dianggap mewakili puncak kreativiti Mughal di bawah Shah Jahan",[7] dan walaupun istana ini dirancang sesuai dengan prototaip Islam, setiap astaka mengandungi unsur-unsur seni bina khas bangunan Mughal yang mencerminkan perpaduan unsur-unsur budaya Parsi, Timuriyah dan Hindu.[8] Gaya seni bina inovatif Kubu Merah, termasuk reka bentuk kebunnya, mempengaruhi bangunan dan kebun di Delhi, Rajasthan, Punjab, Kashmir, Braj, Rohilkhand dan tempat lain.[9]
Kubu itu telah dijarah karya seni dan permatanya semasa pencerobohan Nadir Shah ke atas Empayar Mughal pada tahun 1747. Sebilangan besar struktur marmar berharga kubu tersebut kemudiannya dimusnahkan oleh Inggeris berikutan Pemberontakan tahun 1857.[10] Tembok pertahanan kubu sebahagian besarnya masih selamat, dan kubu tersebut kemudian digunakan sebagai garison. Kubu Merah juga merupakan tempat di mana British membicarakan Maharaja Mughal terakhir, Bahadur Shah II sebelum mengasingkannya ke Yangon (ketika itu Rangoon) pada tahun 1858.[11]
Ia ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2007 sebagai sebahagian dari Kompleks Red Fort.[9][12]
Kini, Kubu Merah muncul di belakang not ₹ 500 dari Siri Baru Mahatma Gandhi bagi matawang rupee India.[13]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ PTI (15 August 2013). "Manmohan first PM outside Nehru-Gandhi clan to hoist flag for 10th time". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2013. Dicapai pada 13 May 2014.
- ^ "Singh becomes third PM to hoist flag at Red Fort for 9th time". Business Standard. 15 August 2012. Dicapai pada 17 August 2012.
- ^ "qila | Meaning of qila in English by Shabdkosh English Hindi Dictionary". Shabdkosh Dictionary |. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2013. Dicapai pada 2 June 2018.
- ^ "qila | Definition of qila in English by Oxford Dictionaries". Oxford Dictionaries | English. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2018. Dicapai pada 3 April 2018.
- ^ William M. Spellman (1 April 2004). Monarchies 1000–2000. Reaktion Books. ISBN 978-1-86189-087-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2011. Dicapai pada 5 August 2012.
- ^ Mehrdad Kia; Elizabeth H. Oakes (1 November 2002). Social Science Resources in the Electronic Age. Greenwood Publishing Group. ISBN 978-1-57356-474-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2014. Dicapai pada 5 August 2012.
- ^ Thomas, Derek (5 September 2017). Masters of the Structural Aesthetic. books.google.ca. Springer. m/s. 50. ISBN 9789811054457. Dicapai pada 12 April 2020.
- ^ "Red Fort Complex". whc.unesco.org. UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2018. Dicapai pada 1 January 2019.
each pavilion reveals architectural elements typical of Mughal building, reflecting a fusion of Persian, Timurid and Hindu traditions
- ^ a b "Red Fort Complex". World Heritage List. UNESCO World Heritage Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2009. Dicapai pada 15 November 2009.
- ^ William Dalrymple (2007). "Introduction". The Last Mughal. Penguin Books. m/s. 7. ISBN 978-0-14-310243-4.
- ^ Gill, M. S. (2007). Trials that Changed History: From Socrates to Saddam Hussein. Sarup & Sons. m/s. 297. ISBN 9788176257978.
- ^ "Red Fort was designated a UNESCO World Heritage Site in 2007". Lonely Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2012. Dicapai pada 4 August 2012.
- ^ "Issue of ₹ 500 banknotes inset letter 'E' in Mahatma Gandhi (New) series after demonitization". Reserve Bank of India. 8 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2016. Dicapai pada 9 November 2016.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]