Konsonan bibir-gigi
Penampilan
Daerah artikulasi |
---|
• Bibir |
Dwibibir |
Bibir-velar |
Bibir-gusi |
Bibir-gigi |
• Dwigigi |
• Koronal |
Lidah-bibir |
Antargigi |
Gigi |
Gigi-gusi |
Gusi |
Hujung lidah |
Laminal |
Belakang gusi |
Gusi-lelangit |
Gelungan |
• Dorsal |
Lelangit |
Labial-palatal |
Velar |
Uvular |
Uvular-epiglotis |
• Radikal |
Farinks |
Epiglotis-farinks |
Epiglotis |
• Glotis |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Konsonan bibir-gigi atau labiodental ialah konsonan yang disebut dengan bibir bawah dan gigi atas. Konsonan-konsonan bibir-gigi yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) ialah:
IPA | Huraian | Contoh | |||
---|---|---|---|---|---|
Bahasa | Ejaan | IPA | Erti | ||
ɱ | Sengauan bibir-gigi | Inggeris | symphony | [ˈsɪɱfəni] | 'simfoni' |
p̪ | Letupan bibir-gigi tak bersuara | ||||
b̪ | Letupan bibir-gigi bersuara | ||||
p̪͡f | Letusan bibir-gigi tak bersuara | Tsonga | [tiɱp̪͡fuβu] | 'badak-badak air' | |
b̪͡v | Letusan bibir-gigi bersuara | Tsonga | [ʃileb̪͡vu] | 'dagu' | |
f | Geseran bibir-gigi tak bersuara | Melayu Baku | fatwa | [fatwa] | |
v | Geseran bibir-gigi bersuara | Melayu Baku | video | [video] | |
w | Malaran tak geser bibir-gigi | Belanda | wang | [ʋɑŋ] | 'pipi' |
ⱱ | Tamparan bibir-gigi | Mono | vwa | [ѵa] | 'menghantar' |
Aksara IPA ɧ mewakili bunyi yang terdapat dalam bahasa Sweden, secara rasminya disifatkan serupa dengan geseran velar [x], tetapi dalam loghat-loghat tertentu, bunyi ini ditakrifkan sebagai konsonan geseran bibir-gigi yang dibundarkan dan divelarkan, ditulis dalam IPA sebagai [fˠʷ].