Pergi ke kandungan

Kamen Rider Decade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamen Rider Decade
FormatTokusatsu
PenciptaShotaro Ishinomori
Ditulis olehSho Aikawa, Shoji Yonemura, Yasuko Kobayashi, Kenji Konuta
PengarahRyuta Tasaki, Osamu Kaneda, Takao Nagaishi, Takayuki Shibasaki, Hidenori Ishida, Naomi Tamura
Dibintangi oleh
Masahiro Inoue
Kimito Totani
Ryouta Murai
Kanna Mori
Alice Hirose
Yoshihiko Narimatsu
Ernique Sakamoto
Renji Ishibashi
Pencerita suara latar
Eiichiro Suzuki
Lagu pembukaan"Journey through the Decade" oleh Gackt
Lagu penutup"Ride the Wind" oleh Tsukasa Kadoya, Treasure Sniper oleh Daiki Kaitoh
PenggubahShuhei Naruse
Kōtarō Nakagawa
Negara asal Jepun
BahasaJepun
Bilangan episod31 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitAtsushi Kaji
Shinichiro Shirakura
Naomi Takebe
Kenichi Wasano
Tempoh siaran24-25 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asalTV Asahi
Siaran asal2009-01-25 – 2009-08-30
Kronologi
MengikutiKamen Rider Kiva
Diikuti olehKamen Rider Double
Pautan luar
Laman sesawang

Kamen Rider Decade (仮面ライダーディケイド, Kamen Raidā Dikeido, Masked Rider DCD, Masked Rider Decade) ialah judul kepada siri 2009 dan terbaru siri tokusatsu Kamen Rider. Decade (dekad), seperti yang ditandakan namanya, ialah siri kesepuluh siri Kamen Rider, setelah bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Ia mula disiarkan seminggu selepas episod terakhir Kamen Rider Kiva dan dipaparkan dalam Super Hero Time bersama dengaan edisi 2009 siri Super Sentai, Samurai Sentai Shinkenger. Ceritanya melibatkan kesemua sembilan siri Kamen Rider sebelumnya. Ungkapan penarik siri ini ialah "Musnahkan semuanya, sambungkan semuanya." (全てを破壊し、全てを繋げ, Subete o hakaishi, subete o tsunage).

Inoue Masahiro yang pernah melakonkan Atobe Keigo dalam pementasan Prince of Tennis telah dipilih untuk melakonkan watak utama Kadoya Tsukasa/Kamen Rider Decade. Turut terlibat ialah Mori Kanna sebagai Hikari Natsumi, pelakon suara Ishibanji Renji sebagai datuk Natsumi, Hikari Eijiro dan Totani Kimito sebagai Kaito Daiki/Kamen Rider Diend. Ahli pelakon yang lain, Okuda Tatsuhito sebagai lelaki misteri, Narutaki. Murai Ryouta telah berlakon sebagai Onodera Yuusuke yang merupakan Kuuga 'baru'.

Siri ini mengenai sembilan dunia Kamen Rider Heisei yang pada asalnya wujud secara berasingan kini telah bergabung menjadi satu. Dimensi-dimensi ini menjadi kucar-kacir dan musuh dari setiap dunia mula muncul secara serentak. Kadoya Tsukasa berubah menjadi Kamen Rider Decade untuk melindungi dimensinya dengan menewaskan setiap Kamen Rider dan mendapatkan kuasa mereka. Decade menukarkan kuasa Rider lain kepada kad yang disimpan di dalam tali pinggangnya.

Inoue Masahiro melakonkan watak utama Decade sebanyak 30 episod. Episod terakhir bermula dalam tv-kun iatu 31.

  1. Peperangan Rider (ライダー大戦, Raidā Taisen)
  2. Dunia Kuuga (クウガの世界, Kūga no Sekai)
  3. Melampaui (超絶, Chōzetsu)
  4. Gerakan kedua ♬ Putera Kiva (第��楽章♬キバの王子, Dai Ni Gakushō ♬ Kiba no Ōji)
  5. Kecekapan raja yang mengigit (かみつき王の資格, Kamitsuki Ō no Shikaku)
  6. Dunia Ryuki:Ujian peperangan (バトル裁判·龍騎ワールド, Batoru Saiban: Ryūki Wārudo)
  7. Muslihat penjenayah sebenar (超トリックの真犯人, Chō Torikku no Shinhannin)
  8. Selamat datang ke restoran Blade (ブレイド食堂いらっしゃいませ, Bureido Shokudō Irasshaimase)
  9. Blade Blade (ブレイドブレード, Bureido Burēdo)
  10. Pencuri misteri di sekolah tinggi Faiz (ファイズ学園の怪盗, Faizu Gakuen no Kaitō)
  11. Satu harta,muka Faiz (555つの顔、1つの宝, Faizutsu no Kao, Hitotsu no Takara)
  12. Pertemuan semula:Projek Agito (再会 プロジェクト·アギト, Saikai: Purojekuto Agito)
  13. Kebangkitan:Semangat taufan (覚醒 魂のトルネード, Kakusei: Tamashii no Torunēdo)
  14. Permulaan Super Den-o (超·電王ビギニング, Chō Den'ō Biginingu)
  15. Super Momotaros datang! (超モモタロス、参上!, Chō Momotarosu, Sanjō!)
  16. Amaran:Kabuto mengamuk (警告:カブト暴走中, Keikoku: Kabuto Bōsōchū)
  17. Cara kebolehan merasa nenek (おばあちゃん味の道, Obaachan Aji no Michi)
  18. Hibiki leka (サボる響鬼, Saboru Hibiki)
  19. Pengembaraan tamat (終わる旅, Owaru Tabi)
  20. Rider kegelapan dunia kejahatan (ネガ世界の闇ライダー, Nega Sekai no Yami Raida)
  21. Album perjalanan semua Rider (歩く完全ライダー図鑑, Aruku Kanzen Raidā Zukan)
  22. Yang dikehendaki:Diend (ディエンド指名手配, Diendo Shimeitehai)
  23. Penamat Diend (エンド・オブ・ディエンド, Endo Obu Diendo)
  24. Bertemu dengan Samurai Fighting Force (見参侍戦隊, Kenzan Samurai Sentai)
  25. Panggilan pembidaah Rider! (外道ライダー、参る!, Gedō Raidā, Mairu!)
  26. RX! Serangan Great Shocker (RX!大ショッカー来襲, Āru Ekkusu! Daishokkā Raishū)
  27. BLACKxBLACK RX
  28. Kawan,Amazon (アマゾン、トモダチ, Amazon, Tomodachi)
  29. Kekuatan,kemaluan,orang kuat (強くてハダカで強い奴, Tsuyokute Hadaka de Tsuyoi Yatsu)
  30. Prolog:Peperangan Rider (ライダー大戦・序章, Raidā Taisen: Joshō)
  31. Pemusnah dunia (世界の破壊者, Sekai no Hakaisha)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Kiva
Kamen Rider
2009
Diikuti oleh:
Double