Jython
Jython | |
---|---|
Pelancaran pertama | 17 Januari 2001[1] |
Versi terkini/stabil | 2.7.1 (1 Julai 2017[2]) |
Ditulis dalam | Python dan Java |
Sistem pengendalian | Rentas pelantar |
Pelantar | Mesin Maya Java |
Jenis | Pelaksanaan bahasa pengaturcaraan, perisian bebas |
Genre | Pentafsir bahasa pengaturcaraan Python |
Lesen | Lesen Yayasan Perisian Python |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
Repositori | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jython yang dulunya dikenali sebagai "JPython" adalah pelaksanaan untuk bahasa pengaturcaraan Python yang ditulis sepenuhnya menggunakan Java. Pencipta asal bagi Jython adalah Jim Hugunin.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Program yang ditulis dengan Jython boleh mengimport dan menggunakan mana-mana kelas Java. Program Jython tidak menggunakan modul Python melainkan beberapa modul piawai, tetapi sebaliknya menggunakan kelas Java. Jython dilengkapi dengan kesemua modul dalam edaran Python piawai, kecuali yang dilaksanakan pada asalnya dalam C. Sebagai contoh, antara muka pengguna grafik dalam Jython boleh ditulis dengan Swing, AWT atau SWT. Jython dikompilkan kepada kod bait Java samada semasa diminta atau secara statik.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Jython pada asalnya dinamakan JPython dan dicipta oleh Jim Hugunin di penghujung tahun 1997.[3] Tujuan ia dicipta ialah untuk menggantikan C dengan Java untuk kod-kod yang mementingkan prestasi yang digunakan oleh atur-atur cara Python. Pada tahun 1999, Barry Warsaw mengambil alih sebagai pembangun utama dan memindahkan kod JPython ke SourceForge sambil menukar namanya kepada Jython pada tahun 2000.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wierzbicki, Frank (2015-03-22). "jython: 3d8067c56a1d NEWS". Dicapai pada 2015-03-28.
- ^ Wierzbicki, Frank (2017-07-01). "Jython 2.7.1 final released!". Frank Wierzbicki's Weblog. Dicapai pada 2015-07-14.
- ^ a b "History of the Software" (dalam bahasa Inggeris). Jython.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-28. Dicapai pada 2019-03-18.