Jawi Peranakan
Penampilan
Jawi Peranakan merupakan masyarakat kacukan India-Melayu (India Muslim). Masyarakat ini terbentuk di zaman Malaya British apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Masyarakat ini dikenali kerana status dan kekayaannya, selain kerana menerbitkan akhbar bahasa Melayu pertama, Jawi Peranakan.
Bagaimanapun, tidak banyak keturunan masyarakat ini yang tinggal hari ini di Malaysia dan Singapura. Kebanyakannya telah berasimilasi dengan bangsa Melayu dan dikenali kini sebagai Melayu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Baba dan Nyonya (Cina Peranakan)