Istighfar
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan
atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Memohon Keampunan
[sunting | sunting sumber]Dalam Islam, istighfar ialah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah. Ia merupakan salah satu bahagian yang penting dalam Islam.
Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan (Bahasa Arab: أستغفر اللَّه) astaghfirullah, yang bermakna "Saya meminta keampunan Allah".
Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini. Setelah solat, seorang Muslim menyebut pernyataan ini tiga kali.
Bentuk Lafaz Istighfar
[sunting | sunting sumber]- أستغفرالله , أستغفرالله
Dalil al-Quran
[sunting | sunting sumber]Firman Allah SWT:
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." - (Surah al-Nasr: 3)
Hukum Istighfar
[sunting | sunting sumber]Istighfar merupakan suatu ibadah yang mulia dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, baik hal tersebut untuk dirinya sendiri mahupun untuk orang lain. Oleh itu, kedudukan hukum Istighfar itu sendiri adalah seperti berikut:-
- Sunat - istighfar pada asalnya adalah sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa.
- Wajib - istighfar yang dilakukan setelah berbuat dosa, seorang hamba diwajibkan untuk segera beristighfar jika ia melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
- Makruh - istighfar yang dilafazkan tanpa ada sanad dan Rasulullah tidak menganjurkannya. Seperti beristighfar saat berjalan di belakang jenazah ketika menghantarkannya ke liang lahad.
- Haram - istighfar untuk orang kafir, istighfar bagi mereka tidak ada manfaatnya sama sekali, disebabkan oleh kekufuran dan kefasiqannya, walaupun ia saudara dekat kita.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat [1]
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,IIUM [2]