Pergi ke kandungan

Istana Westminster

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Westminster, Westminster Abbey dan Gereja Saint Margaret
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
The Palace of Westminster—at dusk, showing the Victoria Tower (left) and the Clock Tower, colloquially known as "Big Ben"—lies on the bank of the River Thames in the heart of London.
Maklumat am
Nama asliPalace of Westminster
Nama rasmiPalace of Westminster Sunting ini di Wikidata
Sebahagian dari
Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church Sunting ini di Wikidata
TermasuklahSt Stephen's Chapel
Westminster Hall
Big Ben Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Keluasan10 he (1,100,000 ka2)
Laman sesawang
https://www.parliament.uk/about/living-heritage/building/palace/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
Lokasibandar raya Westminster, United Kingdom Sunting ini di Wikidata
Koordinat51°29′58″N 0°07′27″W / 51.4994°N 0.1242°W / 51.4994; -0.1242
Istana Westminster yang terletak di United Kingdom
Istana Westminster
Lokasi Istana Westminster
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Westminster (bahasa Inggeris: Palace of Westminster) atau juga dikenali sebagai Dewan Parlimen (bahasa Inggeris: Houses of Parliament) terletak di tebing Sungai Thames di tengah-tengah kota London. Ia menempatkan kedua-dua dewan Rakyat dan Pertuanan dalam Parlimen United Kingdom.

Bahagian tertua, Dewan Westminster, bertarikh pada 1097, tetapi kebanyakkan struktur sekarang dibina pada kurun ke-19, apabila istana ini dibina semula selepas hampir keseluruhan musnah oleh satu kebakaran pada tahun 1834. Istana ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO[1] bersama-sama dengan Gereja Westminster dan Gereja Santo Margaret.

Binaan asas istana ini menggunakan suatu batu kapur magnesia Anston yang diperolehi dari suatu kuari sekitar Yorkshire Selatan dan Nottinghamshire.[2]

1834: kebakaran besar dan pembinaan semula

[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 1834, kerja-kerja pembersihan dilakukan di pendiang bawah Dewan Pertuanan di mana kayu-kayu hitung catatan perakaunan Perbendaharaan Diraja (Exchequer) negara tersebut dari seawal 6 abad lepas sehingga 1826 dibakar lupus. Pembakaran tersebut hilang kawalan sehingga merebak melalui serombong-serombong bawah dewan tersebut. Kebakaran ini berlangsung hampir sepanjang malam memusnahkan sebahagian besar istana termasuk tempat- tempat pertemuan Dewan Pertuanan, Dewan Rakyat serta kediaman-kediaman rasmi Speaker dan Kerani Dewan Rakyat.

Kerosakan hebat dibawa dari kebakaran tersebut tidak sahaja mendorong kepada saranan suatu badan pengarkiban berasingan hasil penggubalan Akta Catatan Awam 1838,[3] malah mencetuskan suatu pertandingan raya mereka bentuk istana baru tahun 1836; pertandingan ini dimenangi Charles Barry yang menggabungkan bangunan yang terselamat dalam suatu kompleks baru menerapkan suatu seni bina unik disebutkan sebagai Gothic Revival. Seni bina ini turut ditetapkan kepada bangunan-bangunan sama fungsi dalam United Kingdom.[4]

Abad ke-20: Perang-perang Dunia

[sunting | sunting sumber]

Istana ini antara sasaran pengeboman dahsyat dilakukan rejim Jerman Nazi ke atas United Kingdom semasa Perang Dunia Kedua; kejadian paling besar berlaku pada malam 10–11 Mei 1941 di mana istana tersebut dibedil sebanyak 12 kali mengorbankan 3 orang kakitangan[5][6] serta menyebabkan kebakaran kepada Dewan Rakyat, bumbung Dewan Westminster[7] dan Lobi Anggota.[8]

  1. ^ "Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church". UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2015. Dicapai pada 20 April 2015.
  2. ^ "The Palace of Westminster" (PDF). House of Commons Information Office. May 2009. Dicapai pada 5 August 2010.
  3. ^ Shenton, Caroline (2012). The Day Parliament Burned Down. Oxford: Oxford University Press. m/s. 256–57. ISBN 978-0-19-964670-8.
  4. ^ Bradley, Simon; Pevsner, Nikolaus (2003). London 6: Westminster. New Haven, CT and London: Yale University Press. m/s. 214. ISBN 978-0-300-09595-1.
  5. ^ [1] Names on the Parliamentary War Memorial.
  6. ^ Fell and Mackenzie (1994), p. 27.
  7. ^ Field (2002), p. 259.
  8. ^ UK Parliament (29 July 2008). "Bombed House of Commons 1941". Flickr. Dicapai pada 5 August 2010.
  • Bradley, Simon, and Pevsner, Nikolaus. (2003). The Buildings of England: London 6: Westminster. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
  • Cooke, Sir Robert. (1987). The Palace of Westminster. London: Burton Skira.
  • Fell, Sir Bryan, and K. R. MacKenzie. The Houses of Parliament: A Guide to the Palace of Westminster. (1994). London: Her Majesty's Stationery Office.
  • Jones, Christopher. (1983). The Great Palace: The Story of Parliament. London: British Broadcasting Corporation.
  • Port, M. H. (1976). The Houses of Parliament. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
  • Riding, Christine, and Jacqueline Riding. (2000). "The Houses of Parliament: History Art Architecture." London: Merrell.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]