Pergi ke kandungan

Hutan Simpan Bangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Simpan Bangi merupakan hutan tropika jenis diptrokarp yang kekal semulajadi di belakang Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi,Selangor,Malaysia. Luasnya kira-kira 100 hektar di kelilingi jalan raya di sebelah Semenyih, Bangi Lama, Kajang, Kajang Golf Resort dan Bandar Teknologi Kajang. Hutan ini semakin terancam oleh pembangunan sama ada oleh pihak UKM mahupun oleh MINT.

Secara amnya hutan ini menjadi penampan kepada penyelidikan teknologi nuklear yang dijalankan oleh MINT. Namun begitu ia dijadikan hutan rekreasi yang aktif sejak akhir-akhir ini sama ada oleh pihak UKM mahupun oleh MINT sendiri.

Puncak tertingginya ialah Bukit Rupa setinggi 105 meter dari aras laut pada koordinat 101°45'969" Timur dan 02°55'016" Utara. Trek berjalan kaki telah dibina sepanjang 45 minit.

Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna dan menjadi kajian botani kepada graduan peringkat B.Sc., M.Sc. dan Ph.D. Antaranya ialah tongkat ali, gaharu, seraya, keruing, meranti, nyatoh dan jelutong.

Templat:Tunas-Selangor