Hukum keremehan
Hukum keremehan menerangkan bahawa individu dalam sesebuah organisasi lazimnya memberikan berat yang tidak seimbang kepada isu remeh. [1] Hukum ini merupakan hujah C. Northcote Parkinson pada tahun 1957, yang memberikan contoh sebuah jawatankuasa, yang tugasnya adalah untuk meluluskan perancangan untuk sebuah loji tenaga nuklear, tetapi menghabiskan sebahagian besar masanya berbincang tentang isu kecil tetapi mudah difahami seperti bahan untuk digunakan untuk bina bangsal basikal milik kakitangan, sambil mengabaikan tugas asalnya untuk berbincang mengenai cadangan reka bentuk loji itu sendiri yang mana jauh lebih penting, lebih sukar dan lebih kompleks.
Hukum ini telah diguna pakai dalam bidang pembangunan perisian dan pelbagai aktiviti lain. [2] Istilah kesan bangsal basikal, berbangsal basikal dan membangsal basikal telah dicipta berdasarkan contoh yang diberikan Parkinson; ia diperkenal oleh Poul-Henning Kamp, pembangun perisian dari Denmark pada tahun 1999 dalam kalangan komuniti Pengedaran Perisian Berkeley [3]. Atas pengaruh Kamp, istilah ini telah digunakan secara meluas dalam bidang pembangunan perisian secara umumnya.
Hujah
[sunting | sunting sumber]Konsep ini diperkenalkan pertama kalinya oleh Parkinson sebagai natijah daripada "hukum Parkinson" berkenaan dengan keperdayaan pengurusan. Beliau menyandiwarakan "hukum keremehan" ini dengan contoh jawatankuasa yang berbincang tentang sebuah reaktor atom dan membandingkannya dengan perbincangan untuk sebuah bangsal basikal. Kata beliau: "Masa yang digunakan untuk membincangkan apa-apa perkara dalam sesebuah agenda adalah berkadar songsang dengan jumlah [wang] yang terlibat." Disebabkan reaktor itu sangat mahal dan rumit sehingga orang biasa tidak dapat memahaminya (lihat kehindaran kesamaran), seseorang itu akan menganggap bahawa hanya mereka yang terlibat dalam pembinaannya akan memahaminya. Pada masa yang sama, disebabkan sesiapa sahaja boleh membayangkan pembinaan sebuah bangsal basikal kerana ia murah dan mudah, perancangannya boleh menghasilkan perbincangan yang tidak berkesudahan kerana semua orang yang terlibat mahu melaksanakan cadangan mereka sendiri dan menunjukkan sumbangan peribadi. [4]
Masalahnya timbul apabila semua orang yang terlibat untuk membina sesuatu yang baru untuk sesebuah komuniti, seperti bangsal basikal, berdebat mengenai butirannya. Inilah metafora yang menunjukkan bahawa seseorang itu tidak perlu berdebat tentang setiap perkara kecil hanya disebabkan ada ilmu untuk berbuat demikian. Ada ulasan menyebut bahawa kehingar-bingaran yang datang hasil sesebuah perubahan adalah berkadar songsang dengan tahap kerumitan perubahan. [3]
Hukum keremehan disokong oleh kajian tingkah laku. Kebanyakan orang cenderung menghabiskan lebih masa dalam membuat keputusan kecil daripada yang sepatutnya, dan kurang masa untuk keputusan besar daripada yang sepatutnya. Hal ini kerana semasa proses membuat keputusan berlaku, seseorang itu perlu menilai sama ada maklumat yang cukup telah dikumpul untuk membuat keputusan. Jika seseorang itu tersilap percaturan sama ada mereka mempunyai maklumat yang mencukupi atau tidak, mereka akan cenderung untuk berhenti terlalu awal dalam membuat keputusan yang besar. Ini kerana keputusan besar memerlukan masa yang lama untuk pengumpulan maklumat, dan perkara ini menyebabkan lebih banyak masa untuk membuat kesilapan (dan berhenti) sebelum maklumat yang mencukupi dikumpul. Sebaliknya, untuk keputusan kecil yang mana pengumpulan maklumat seharusnya berhenti lebih awal, mereka akan cenderung untuk terus menerawang terlalu lama dengan tidak sengaja. [5]
Prinsip dan rumusan yang berkaitan
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa prinsip lain yang terkenal dalam domain masalah tertentu yang menyatakan sentimen yang serupa.
Hukum Wadler, berdasarkan nama saintis komputer Philip Wadler, [6] ialah prinsip yang menegaskan bahawa sebahagian besar perbincangan mengenai reka bentuk bahasa pengaturcaraan tertumpu pada sintaks (yang dianggap sebagai masalah yang sudah diselesaikan) berbanding dengan semantik.
Hukum Sayre ialah contoh prinsip yang lebih umum yang mengatakan bahawa "dalam apa-apa pertikaian, keamatan perasaan adalah berkadar songsang dengan nilai isu yang didebatkan". Kebanyakan rumusan terhadap prinsip ini tertumpu kepada bidang akademik.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Paralisis analisa
- Kerja sibuk
- Kesan Dunning–Kruger
- Paradoks Fredkin
- Hukum Hofstadter
- How many angels can dance on the head of a pin?
- Paradoks Jevons
- List of eponymous laws
- Omission bias
- Prinsip Peter
- Procrastination
- Narcissism of small differences
- Hukum SayreHukum Sayre
- Scope neglect
- Kesan Snackwell
- Syndrome pelajar
- Pengurusan masa
- Tyranny of small decisions
- Zero-risk bias
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Parkinson, C. Northcote (1958). Parkinson's Law, or the Pursuit of Progress. John Murray. ISBN 0140091076.
- ^ Kamp, Poul-Henning (2 October 1999). "Why Should I Care What Color the Bikeshed Is?". Frequently Asked Questions for FreeBSD 7.X, 8.X, and 9.X. FreeBSD. Dicapai pada 31 July 2012.
- ^ a b Poul-Henning Kamp (October 2, 1999). "The Bikeshed email". phk.freebsd.dk.
- ^ Forsyth, Donelson R (2009). Group Dynamics (ed. 5). Cengage Learning. m/s. 317. ISBN 978-0-495-59952-4.
- ^ Descamps, Ambroise; Massoni, Sebastien; Page, Lionel (June 2021), "Learning to hesitate", Experimental Economics, 388 (18): 3939–3947, doi:10.1007/s10683-021-09718-7,
In an experiment, we find that participants deviate from optimal information acquisition in a systematic manner. They acquire too much information (when they should only collect little) or not enough (when they should collect a lot).
. - ^ "Wadler's Law". HaskellWiki. Dicapai pada 12 May 2011.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Karl Fogel, Producing Open Source Software: How to Run a Successful Free Software Project, O'Reilly, 2005, ISBN 0-596-00759-0, "Bikeshed Effect" pp. 135, 261–268 (also online)
- Grace Budrys, Planning for the nation's health: a study of twentieth-century developments in the United States, Greenwood Press, 1986, ISBN 0-313-25348-X, p. 81 (see extract at Internet Archive)
- Bob Burton et al., Nuclear Power, Pollution and Politics, Routledge, 1990, ISBN 0-415-03065-X, p. ix (see extract at Google Books)
- Darren Chamberlain et al., Perl Template Toolkit, O'Reilly, 2004, ISBN 0-596-00476-1, p. 412 (see extract at Google Books)
- Donelson R. Forsyth, Group Dynamics, Brooks/Cole, 1990, ISBN 0-534-08010-3, p. 289 (see extract at Internet Archive)
- Henry Bosch, The Director at Risk: Accountability in the Boardroom, Allen & Unwin, 1995, ISBN 0-7299-0325-7, p. 92 (see extract at Google Books)
- Brian Clegg, Crash Course in Personal Development, Kogan Page, 2002, ISBN 0-7494-3832-0, p. 3 (see extract at Google Books)
- Richard M. Hodgetts, Management: Theory, Process, and Practice, Saunders, 1979, ISBN 0-7216-4714-6, p. 115 (see extract at Google Books)
- Journal, v. 37–38 1975–1980, Chartered Institute of Transport, p. 187 (see extract at Google Books)
- Russell D. Archibald, Managing High-Technology Programs and Projects, John Wiley and Sons, 2003, ISBN 0-471-26557-8, p. 37 (see extract at Google Books)
- Kishor Bhagwati, Managing Safety: A Guide for Executives, Wiley-VCH, 2007, ISBN 3-527-60959-8, p. 54 (see extract at Google Books)
- Jan Pen, Harmony and Conflict in Modern Society, (Trans. Trevor S. Preston) McGraw–Hill, 1966 p. 195 (see extract at Internet Archive)
- Derek Salman Pugh et al., Great Writers on Organizations, Dartmouth, 1993, ISBN 1-85521-383-4, p. 116 (see extract at Google Books)
- The Federal Accountant v. 13 (September 1963 – June 1964), Association of Government Accountants, Federal Government Accountants Association, Cornell University Graduate School of Business and Public Administration, p. 16 (see extract at Google Books)
- Al Kelly, How to Make Your Life Easier at Work, McGraw–Hill, 1988, ISBN 0-07-034015-3, p. 127 (see extract at Google Books)
- Henry Mintzberg, Power in and Around Organizations: Dynamic Techniques of Winning, Prentice–Hall, 1983, ISBN 0-13-686857-6, p. 75 (see extract at Google Books)
- The Building Services Engineer v.40 1972–1973, Institution of Heating and Ventilating Engineers (Great Britain), Chartered Institution of Building Services (see extract at Google Books)
- Charles Hampden-Turner, Gentlemen and Tradesmen: The Values of Economic Catastrophe, Routledge, 1983, ISBN 0-7100-9579-1, p. 151 (see extract at Google Books)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Why Should I Care What Color the Bikeshed Is?" (FreeBSD FAQ)
- Kamp, Poul-Henning (2 October 1999). [http://bikeshed.com/ "Why Should I Care What Color the Bikeshed Is?". Frequently Asked Questions for FreeBSD 7.X, 8.X, and 9.X. FreeBSD. Dicapai pada 31 July 2012.]Kamp, Poul-Henning (2 October 1999). "Why Should I Care What Color the Bikeshed Is?". Frequently Asked Questions for FreeBSD 7.X, 8.X, and 9.X. FreeBSD. Dicapai pada 31 July 2012.