Pergi ke kandungan

Gunung Bah Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung
Titik tertinggi
Ketinggian1,620 m (5,310 ka)
Geografi
LokasiDaerah Batang Padang, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Bah Gading merupakan sebuah gunung yang terletak berhampiran Kampung Gedung, Bidor, Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan, Semenanjung Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,620 meter (5,318 kaki).[1]

Gunung ini terletak dekat kampung Orang Asli Pos Gedong, Bidor, Perak. Untuk memasuki kawasan ini, seseorang perlu mendapatkan permit dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan.[2]

Jenis hutan

[sunting | sunting sumber]

Gunung Bah Gading mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]

Dalam perjalanan ke gunung Bah Gading terdapat tempat perkelahan Air Terjun Tigok, terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari Kg. Pos Gedung. Untuk sampai ke Air Terjun Tigok perlu merentas sungai sebanyak 15 kali ke atas, dan dari Air Terjun Tigok ke puncak Gunung Bah Gading mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan.

  1. ^ Bah Gading ~ KOSMO 29 September 2007
  2. ^ "Eksplorasi Gunung Bah Gading". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]