Pergi ke kandungan

Gore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gore adalah sebuah genre yang memperlihatkan hal-hal yang berbau "kekerasan". Perkataan gore adalah perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud "darah beku". Gore sebenarnya ialah bahasa umum bagi menggambarkan atau menyatakan sesuatu filem itu adalah cukup sadis dan kejam dalam lakonannya dan kurang sesuai untuk ditonton oleh mereka yang dibawah umur 18 tahun atau mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti lelah dan mudah terkejut kerana menonton adegan yang menggerunkan.

Gore selalunya menggambarkan suatu grafik kekerasan yang diperlihatkan secara visual, khususnya gambaran yang realistik tentang luka fizik yang serius sehingga melibatkan tayangan berunsur darah, daging dan organ yang lain di tubuh manusia. Ianya lebih menggambarkan dari segi kegilaan/Psiko dan kesadisan. Rata-rata Gore kebanyakannya boleh dilihat dalam filem berunsur seram dan seram ngeri. Oleh sebab itu kebanyakan orang biasanya tidak menyebut filem seram atau filem seram ngeri sebagai filem gore.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]