God Defend New Zealand
Kebangsaan anthem New Zealand | |
Lirik | Thomas Bracken, 1870s |
---|---|
Muzik | John Joseph Woods, 1876 |
Diguna pakai | 1940 (him kebangsaan) 1977 (lagu kebangsaan) |
Sampel audio | |
God Defend New Zealand (instrumental) |
God Defend New Zealand (Terjemahan: Tuhan pertahankan New Zealand) merupakan salah satu lagu kebangsaan New Zealand berserta God Save the Queen. Lagu ini juga digunakan di Kepulauan Cook.
Lirik lagu ini pada asalnya ialah sebuah puisi ciptaan Thomas Bracken yang telah menulisnya pada tahun 1870an. Sebuah pertandingan mencipta lagu bagi puisi tersebut telah dijalankan pada tahun 1876. Pemenang pertandingan itu ialah John Joseph Woods yang menggubah melodi ia selama satu malam sahaja.
Lagu ini mempunyai lima rangkap tetapi hanya rangkap pertama (dan kadangkala kedua) dinyanyikan di majlis-majlis rasmi. Lagu ini boleh dinyanyikan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Maori, bahasa dituturi masyarakat peribumi New Zealand. Namun, lirik bahasa Maori yang menjadi lazim diketahui sejak tahun 1990-an.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengkaryaan
[sunting | sunting sumber]Lagu ini mula wujud dalam bentuk puisi bahasa Inggeris sekitar 1870-an dikarang oleh Thomas Bracken, seorang keturunan Ireland dari Dunedin.[2] Bebebrapa tahun kemudian pada tahun 1876, sebuah sayembara untuk menggubah musik untuk sebuah puisi diadakan akhbar The Saturday Advertiser serta diadili juri tiga musisi terkemuka kelahiran Melbourne dengan hadiah sebanyak 10 Guinea.[3] Sayembara tersebut dimenangkan oleh John Joseph Woods dari Lawrence.[4] Lagu tersebut dipersembahkan pertama kali pada tanggal 25 Disember 1876 di Dunedin.[3] Pada tahun 1897, Perdana Menteri Richard Seddon memberikan salinan lirik dan musik dari lagu tersebut kepada Ratu Victoria.[3]
Lirik bahasa Māorinya diperkenalkan pada tahun 1878 hasil terjemahan dilakukan Thomas Henry Smith, seorang hakim di Pengadilan Tanah Māori kelahiran Auckland, atas permintaan dari Gabenor George Edward Grey.[3] Sebuah salinan lirik dalam bahasa Māori, dengan judul "Aotearoa" dicetak oleh banyak surat khabar di Otago pada bulan Oktober 1878.[5] Dalam teks asli yang dikarang oleh Smith, kata "whakarangona" digunakan untuk menerjemahkan "dengar" daripada kata "whakarongona".[6]
Lagu ini semakin terkenal pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, dan pada tahun 1940, pemerintah New Zealand membeli hak cipta lagu tersebut dan menjadikannya sebagai "lagu kebangsaan" dalam perayaan seratus tahun.[5]
Perasmian
[sunting | sunting sumber]Lagu tersebut pernah digunakan dalam Sukan Empayar British mula dari tahun 1950. Ia pertama kali digunakan dalam medan antarabangsa selama berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas 1972 di München.[catatan 1] Sejak saat itu, sebuah kampanye dibuat untuk merasmikan lagu "God Defend New Zealand" sebagai lagu kebangsaan negara ini[9] - sebelum ini, "God Save the Queen" menjadi satu-satunya lagu kebangsaan yang diketahui untuk lagu tersebut.[9] Pada tahun 1976, Gary Henry Latta dari Dunedin membawakan sebuah surat timbang rayu (petisi/petisyen) kepada Parlimen New Zealand mengusulkan perasmian "God Defend New Zealand" sebagai lagu kebangsaan. Kerajaan tersebut setuju disertakan dengan izin dari Baginda Ratu Elizabeth II (sebagai Ratu New Zealand) merasmikan status lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan kedua New Zealand setara dengan "God Save the Queen" pada tanggal 21 November 1977.[10]
Sepanjang kebanyakan tempoh lagu ini wujud, hanya bait pertama dalam bahasa Inggeris yang umumnya dinyanyikan. Ketika suatu perlawanan utama dalam Piala Dunia Rugbi 1999 ketika pasukan New Zealand melawan England, hanya bait pertama dalam bahasa Māori saja yang dinyanyikan semasa majlis pembukaan perlawanan. Keadaan ini begitu dipertelingkahkan dengan hebatnya, namun ia lama-kelamaan menjadi diterima sebagai pendahulu menyampingi lirik bahasa Inggris yang menyusul berganti.[1]
Lirik
[sunting | sunting sumber]"God Defend New Zealand"
(versi bahasa Inggeris) |
Terjemahan dari versi bahasa Inggeris | "Aotearoa"
(versi bahasa Māori) |
Terjemahan dari versi bahasa Māori |
---|---|---|---|
1. God of Nations at Thy feet, |
1. Tuhan seluruh bangsa di kaki-Mu, |
1. E Ihowā Atua, |
1. Tuhan Maha Penguasa |
Tafsiran
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa tafsiran mengenai makna dari "tiga bintang Pasifik" ("Pacific's triple star") yang tidak dapat dipastikan secara rasminya oleh pihak kerajaan New Zealand. Pendapat sebegini berbeza-beza - ada yang memikirkan bahawa ungkapan tersebut merujuk kepada pulau terbesar di negara tersebut (Pulau Utara, Pulau Selatan dan Pulau Stewart),[11] malah ada yang fikir ia merujuk kepada tiga bintang ditampilkan panji Te Kooti, seoramg pemimpin politik dan keagamaan berpengaruh dalam kalangan orang Māori pada abad ke-19.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "New Zealand's national anthems | NZHistory, New Zealand history online". nzhistory.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.
- ^ Broughton, W.S (22 Juni 2007). "Bracken, Thomas 1843 – 1898". Dictionary of New Zealand Biography. Ministry for Culture and Heritage. Diakses 9 November 2010.
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamch2
- ^ "John Joseph Woods - composer | Ministry for Culture and Heritage". mch.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-02.
- ^ a b "National anthems". teara.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ "God Defend New Zealand/Aotearoa | Ministry for Culture and Heritage". mch.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ Swarbrick, Nancy (June 2012). "National anthems – New Zealand's anthems". Te Ara – The Encyclopedia of New Zealand. Dicapai pada 18 October 2017.
- ^ "New Zealand's Greatest Olympians – Number 7: The 1972 rowing eight". The New Zealand Herald (dalam bahasa Inggeris). 30 July 2016. Dicapai pada 7 September 2017.
- ^ a b "Hear Our Voices, We Entreat: The extraordinary story of New Zealand's national anthem by Max Cryer". 2015-05-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-17. Dicapai pada 2018-07-02.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Announcement of the adoption of national anthems for New Zealand" (PDF). Supplement to the New Zealand Gazette of Thursday, 17 November 1977. 21 November 1977. Diakses 15 Agustus 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamch
- ^ "NZ Folk Song * E Ihowa Atua". folksong.org.nz. Dicapai pada 2018-07-03.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "catatan", tetapi tiada tag <references group="catatan"/>
yang berpadanan disertakan