Pergi ke kandungan

Ganymedes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam mitologi Yunani, Ganymedes (bahasa Yunani kuno: Γανυμήδης Ganymedes,Ganymede) adalah seorang pahlawan dari Troy yang dianggap suci.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Di Olympus, Zeus memberinya awet muda dan kehidupan abadi serta memberikan kerja sebagai pembawa air untuk para dewa-dewi menggantikan anaknya, Hebe yang berkahwin dengan Herakles. Semua dewa-dewi bersukahati dengan adanya Ganymedes di samping mereka kecuali Hera, isteri Zeus, yang menganggap Ganymede mahu merebut kasih sayang suaminya. Zeus kemudiannya menjemakan Ganymede menjadi suatu buruj di langit yang dikenalpasti sebagai buruj Timba - nama Latin buruj ini, Aquarius, bermaksud "pembawa air"), yang dikaitkan dengan buruj Helang ("Helang").

Terdapat sebuah satelit semula jadi mengelilingi planet Musytari, Ganyemede, yang diberi nama sempena pahlawan ini oleh astronom Jerman, Simon Marius.[1]

  1. ^ Marius/Schlör, Mundus Iovialis, p. 78 f. (with misprint In for Io)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]