Daerah Daro
Daro دارو | |
---|---|
Koordinat: 2°31′0″N 111°26′0″E / 2.51667°N 111.43333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Pusat pentadbiran | Daro |
PBT | Majlis Daerah Matu–Daro |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,226 km2 (473 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 19,477 |
• Kepadatan | 16/km2 (41/batu persegi) |
Laman sesawang | matu-darodc |
Daro ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 1,226 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 19,477 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Melanau.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya daerah Daro dikenali sebagai daerah Matu–Daro, yang meliputi daerah Daro dan Matu pada masa kini. Pada 5 Mei 1991, daerah Daro telah ditubuhkan setelah dipisahkan daripada daerah Matu. Setelah pengisytiharan Mukah sebagai bahagian baharu di Sarawak pada Mac 2002, persempadanan daerah Daro telah berubah apabila satu daerah kecil diletakkan di bawah pentadbiran daerah Daro iaitu Daerah Kecil Belawai. Pada 1 Ogos 2015, Belawai telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh, iaitu Tanjung Manis.[1]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Daro terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Daro yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Matu–Daro.
Politik
[sunting | sunting sumber]Daerah Daro diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Daro (N43) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Igan (P207) dan Semop (N42) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Tanjong Manis (P206).
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Daro terletak di tengah negeri Sarawak, dan di barat bahagian Mukah. Daerah Daro bersempadan dengan daerah Matu di timur, daerah Sibu dan Meradong di tenggara, daerah Tanjung Manis di selatan dan Laut China Selatan di barat.
Daerah Daro mempunyai keluasan kira-kira 1,226 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi yang hanya mencecah 35 meter. Bentuk muka bumi daerah ini secara keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar kerana kawasannya yang berada di pesisir pantai dan lembah sungai. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Lassa.
Daerah Daro terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dipisahkan oleh Muara Lassa. Pulau Bruit yang terletak di daerah ini merupakan pulau terbesar di Sarawak dan kedua terbesar di Malaysia.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1980 | 16,387 | — |
1991 | 20,059 | +22.4% |
2000 | 14,851 | −26.0% |
2010 | 19,982 | +34.5% |
2020 | 19,477 | −2.5% |
Sumber: [2] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Daro ialah seramai 19,477 orang dengan kepadatan penduduk 16 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,236 isi rumah dengan 5,980 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Daro merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau. Antara komuniti lain yang mendiami daerah ini termasuklah Iban, Melayu dan Cina dan Bidayuh. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,195 orang.[3][4]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 771 |
Bumiputera lain | 16,199 | |
Cina | 249 | |
India | 4 | |
Lain-lain | 59 | |
Bukan warganegara | - | 2,195 |
Jumlah | 19,477 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Daro, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 90 peratus diikuti agama Kristian sebanyak sembilan peratus. Sebanyak hampir satu peratus sahaja penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 17,495 |
Kristian | 1,807 |
Buddha | 124 |
Lain-lain | 42 |
Tidak beragama | 6 |
Hindu | 3 |
Jumlah | 19,477 |
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Sekolah rendah
[sunting | sunting sumber]Sekolah menengah
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sejarah - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-06.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.