Anjing pemburu Appennino
Nama lain | Piccolo lepraiolo italiano | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Itali | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Appennino[a] atau piccolo lepraiolo italiano ialah satu baka anjing pemburu bau kecil Itali yang dibiakbakakan khusus untuk memburu kelinci. Ia sama ada berbulu licin atau berbulu dawai.[2] Ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing pemburu bau Itali, yang lain merupakan anjing pemburu berbulu dawai Itali, anjing pemburu berbulu pendek Itali, dan anjing pemburu Maremma.[3] Ia menerima pengiktirafan penuh daripada Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 2010;[4] ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu Appennino diperihalkan sebagai baka atau jenis yang berbeza daripada anjing Itali lain daripada jenis segugio pada tahun 1882, dalam sebuah rencana dalam majalah La Caccia Illustrata.[2] Piawaian baka dirangka oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 2005[5]:327 dan baka ini mendapat pengiktirafan penuh pada tahun 2010.[4] Dari tahun 2013 hingga tahun 2022, bilangan pendaftaran tahunan berubah daripada 205 kepada 414.[2]
Pada tahun 2015, analisis data mikrosatelit tidak mendapati jarak genetik ketara antara anjing pemburu Appennino dengan anjing pemburu Maremma.[5]:329
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Standard del Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ a b c Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ Razze Italiane (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ a b Fabrizio Crivellari (9 Mac 2010). Segugio dell'Appennino (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ a b La Manna, Vincenzo; Lasagna, Emiliano; Ceccobelli, Simone; Di Lorenzo, Piera; De Cosmo, Attilio M.; Attard, George; Sarti, Francesca Maria; Panella, Francesco; Renieri, Carlo (2015). "Genetic Differentiation Between Segugio Dell'Appeinnino and Segugio Maremmano Dog Breeds Assessed by Microsatellite Markers" [Pembezaan Genetik antara Baka Anjing Pemburu Appennino dengan Anjing Pemburu Maremma yang Ditaksir Mengikut Penanda Mikrosatelit]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 14 (3): 3809. doi:10.4081/ijas.2015.3809. ISSN 1828-051X. S2CID 55337377.