Anjing gembala Iceland
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Iceland | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing gembala Iceland[a], anjing Iceland[b], atau spits Iceland[c] ialah satu baka anjing daripada jenis spits Nordik. Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh penetap Viking pada abad kesembilan. Ia serupa dengan buhund Norway dan vallhund dan spits Norrbotten Sweden, yang diterbitkan daripada ternakan leluhur sama.
Ia merupakan satu-satunya baka anjing yang asli di Iceland. Kegunaan tradisional termasuk penggembalaan kedua-dua biri-biri dan kuda.[4]:122
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing gembala Iceland ialah salah satu daripada sangat sedikit baka anjing yang untuknya dakwaan asal usul purba disokong oleh kedua-dua bukti arkeologi dan bukti bertulis.[5]:80 Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh kolonis Viking dari tahun 874 dan selepasnya;[5]:80[6] anjing ini disangkakan berasal daripada ternakan leluhur sama yang melahirkan buhund Norway dan vallhund Sweden moden.[7]:178[8]:191
Sebagai hasil daripada perdagangan dengan Iceland pada Zaman Pertengahan, anjing ini menjadi agak terkenal di negara-negara Eropah lain termasuk England dan Perancis;[5]:80 sebutan awal bertarikh kembali ke tahun 1492.[7]:178 Ia disebut oleh John Caius dalam tulisannya tentang anjing pada tahun 1570,[7]:178 dan oleh William Shakespeare dalam Henry V, disangkakan bertarikh dari sekitar tahun 1599.[5]:80[9] Dalam tulisannya Account of Island, alias Ice-land; in the Year 1662, yang diterbitkan selepas kematiannya, Sir Thomas Browne menulis: (terjemahan) "... mereka membawa lagi satu jenis ke sini, berkepala seperti rubah, yang mereka katakan dibiakbakakan antara anjing dengan rubah; ini diingini oleh para gembala negara ini".[5]:80[10]:106[11]:230
Chien d'Islande atau anjing Iceland dibincangkan dan diilustrasi dalam jilid kelima Histoire Naturelle karya Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon, diterbitkan pada tahun 1755.[5]:80[12]:Pl.XXXI Pada 1788, ia dikelaskan oleh Johann Friedrich Gmelin sebagai spesies, Canis islandicus.[13][14]:66
Plag dan distemper anjing memusnahkan lebih daripada 75% baka ini pada lewat abad kesembilan belas, lalu membawa kepada pengharaman pengimportan anjing ke Iceland. Anjing gembala Iceland baka tulen sekali lagi menghampiri kepupusan pada lewat abad kedua puluh.
Sebuah kelab kenel kebangsaan, Hundarræktarfélag Íslands atau Kelab Kenel Iceland, ditunuhkan pada tahun 1969; pada pertunjukan anjing pertamanya, di Hveragerði padat tahun 1973, dua puluh tiga ekor daripada enam puluh ekor anjing yang dipersembahkan tergolong dalam baka ini.[15] Pada tahun 1979, sebuah persatuan baka diasaskan, Deild Íslenska Fjárhundsins atau Kelab Baka Anjing Gembala Iceland.[15] Pada tahun 1994, Alþingi (parlimen negara) menetapkan bahawa anjing gembala Iceland merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan negara itu dan patut dilindungi sebagai baka kebangsaan.[16] Pada tahun 1996, sebuah persatuan baka antarabangsa, Icelandic Sheepdog International Cooperation, dibentuk; persatuan ini mempunyai sepuluh buah kelab kenel anggota dari Eropah (termasuk yang dari Iceland), dengan American Kennel Club.[16]
Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1972[17] dan diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2010.[18]
Pada tahun 2015, pendaftaran di negara-negara Nordik adalah seperti yang berikut: 137 di Iceland; 100 di Denmark; 44 di Finland; 35 di Norway; dan 76 di Sweden.[19] Pada tahun 2022, jumlah bilangan pendaftaran seluruh dunia ialah hampir-hampir 5000.[6]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan anjing berotot dan tahan lasak dan bergerak dengan mudah merentasi rupa bumi kasar di pedalaman Iceland. Beratnya pada umumnya terukur dalam julat 9–14 kg (20–31 lb) dengan tinggi pada paras kelasa sekitar 45 cm (18 in) untuk jantan dan kurang beberapa sentimeter untuk betina.[1]:120[3]:120 Lapis bulunya tebal dan menyediakan perlindungan baik daripada cuaca; terdapat dua jenis berbeza: berbulu pendek dan berbulu panjang.[1]:120[2] Ia mungkin berwarna cerah, sawo matang atau perang kekuning-kuningan, antara warna putih susu, krim dengan perang kemerah-merahan; atau hitam, perang coklat, atau kelabu. Tanda-tanda putih dan cerah, kerap meluas, hadir dengan semua warna; anjing cerah, sawo matang dan kelabu mungkin memiliki topeng hitam.[3]:120[17] Anjing dapat dijangakan hidup selama antara dua belas dengan lima belas tahun.[3]:120
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا اءيسلند ; Iceland: íslenskur fjárhundur , disebut [ˈistlɛnskʏr ˈfjaurˌhʏntʏr̥]; bahasa Inggeris: Icelandic sheepdog
- ^ Jawi: انجيڠ اءيسلند ; bahasa Inggeris: Iceland dog ; Perancis: chien d'Islande ; Latin: canis islandicus
- ^ Jawi: سڤيتس اءيسلند ; Iceland: íslenskur spísshundur ; bahasa Inggeris: Icelandic spitz
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Iceland |
- ^ a b c Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
- ^ a b c "FCI-Standard N° 289 ÍSLENSKUR FJÁRHUNDUR (Icelandic Sheepdog)" [Piawaian FCI No. 289 Anjing Gembala Iceland] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Andrésdóttir, Helga. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Julai 2018. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^ a b c d Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
- ^ Hancock, David (28 Ogos 2014). Dogs of the Shepherds: A Review of the Pastoral Breeds [Anjing Para Gembala: Ulasan Baka Pastoral] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847978080. OCLC 883515445.
- ^ a b c d e f Cummins, Bryan David (April 2013). Our Debt to the Dog [Hutang Kita kepada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Durham, Carolina Utara, Amerika Syarikat: Carolina Academic Press. ISBN 9781611635560.
- ^ a b History of the Icelandic Sheepdog (dalam bahasa Inggeris). Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 16 Mei 2022.
- ^ a b c Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. ISBN 9781612125923. OCLC 952855172.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
- ^ William Shakespeare (sekitar 1599). History of Henry V, Babak II, Adegan 1. Open Source Shakespeare. Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat: Universiti George Mason. Dicapai pada 4 Januari 2024. Pistol: "Pish for thee, Iceland dog! thou prick-ear'd cur of Iceland!"
- ^ Cavill, David (1978). All About the Spitz Breeds [Semua tentang Baka Spits] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. ISBN 9780720711134. OCLC 6814501.
- ^ Thomas Browne (1722). Posthumous Works; Of the Learned Sir Thomas Browne, Kt., M.D., Late of Norwich: Printed from his Original Manuscripts (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Dicetak untuk W. Mears, di Lamb without Temple Bar, dan J. Hooke, di Flower-de-Luce melawan Gereja St. Dunstan di Fleetstreet.
- ^ Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon (1755). Histoire Naturelle; Générale et Particulière, avec la description du Cabinet du Roi; Tome cinqième (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: De l'Imprimerie Royale.
- ^ Species taxon summary, ID = 31240: islandicus Gmelin, 1788 described in Canis (dalam bahasa Inggeris). AnimalBase. Göttingen, Jerman: SUB Göttingen. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^ Johann Friedrich Gmelin (1788). Caroli a Linné: systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis, editio decima tertia, tomus I. Lipsiae: [Beer) (dalam bahasa Latin).
- ^ a b A Summary of the Icelandic Kennel Club's History (dalam bahasa Inggeris). Reykjavik, Iceland: Hundarræktarfélag Íslands. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^ a b The story and work of ISIC (dalam bahasa Inggeris). Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 17 September 2022.
- ^ a b "FCI breeds nomenclature: ÍSLENSKUR FJÁRHUNDUR (289)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA ICELAND (289)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 4 Januari 2024.
- ^ AKC Welcomes the Cane Corso, Icelandic Sheepdog and Leonberger (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2010.
- ^ Icelandic Sheepdog (dalam bahasa Inggeris). Nordic Kennel Union. Dicapai pada 4 Januari 2024.