Adam Opel
Adam Opel | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 8 September 1895 | (umur 58)
Warganegara | Jerman |
Pekerjaan | Ahli perniagaan |
Terkenal kerana | Pengasas Opel |
Pasangan | Sophia |
Anak-anak | Carl, Wilhelm, Heinrich, Friedrich, dan Ludwig |
Saudara | Fritz von Opel (cucu) Rikky von Opel (cicit) |
Adam Opel (9 Mei 1837 - 8 September 1895) ialah pengasas pembuat kereta Jerman, Opel. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di bandar Rüsselsheim, Jerman berhampiran Frankfurt. Beliau mengembara di Eropah sebagai seorang remaja, dan kagum dengan mesin jahit. Pada tahun 1863, beliau membuka kilang di Rüsselsheim untuk menghasilkan mesin itu. Pada tahun 1868, Opel berkahwin dengan Sophie Marie Scheller. Mereka .empunyai lima orang anak: Carl, Wilhelm, Henry, Friedrich dan Ludwig. Lima daripada mereka akan mengambil bahagian dalam perniagaan keluarga yang semakin meningkat.
Pada tahun 1885, Opel menjadi pembuat basikal. Beliau meninggal pada tahun 1895, dengan syarikatnya menjadi pelopor jualan mesin jahit Eropah dan telah menghasilkan lebih dari 2,000 basikal setahun.