415 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Mengikut tempat
[sunting | sunting sumber]Yunani
[sunting | sunting sumber]- Andocides, pemidato dan ahli politik Athens, dipenjarakan kerana disyaki mengambil bahagian dalam pencacatan patung-patung suci yang dipanggil "Hermae", tidak lama selepas ekpsedisi ketenteraan Athens ke Sicily bertolak. Pencacatan-pencatatan itu mengakibatkan panik umum, dan Andocides dipujuk menjadi pemberi maklumat. Testimoni Andocides diterima, dan mereka yang terbabit, termasuk Alcibiades, dihukum mati, manakala Andocides dibuang negeri.
- Ekspedisi Athens ke Sicily belayar di bawah kuasa pemerintahan Nicias, Lamachus, dan Alcibiades. Selepas armada itu bertolak, Alcibiades dituduh kerana kelakuan yang tidak senonoh dan dipanggil kembali ke Athens untuk dibicarakan.
- Selepas mendapat tahu bahawa beliau dihukum mati tanpa hadir, Alcibiades berpaling tadah ke Sparta dan Nicias ditugasi untuk mengetuai ekspedisi Sicily. Angkatan tentera Athens mendarat di Dascon dekat Syracuse tetapi tidak mencapai sebarang hasil. Pertahanan Syracuse diketuai oleh Hermocrates.
- Alcibiades secara terbuka menyertai Sparta dan memujuknya supaya menghantar Gylippus untuk membantu Syracuse dan mengubui Decelea di Attica. Beliau juga menggalakkan Ionia supaya memberontak terhadap Athens. Oleh itu, sebuah armada Sparta tiba tidak lama kemudian untuk mengukuhkan sekutu-sekutunya di Syracuse, dan suatu kebuntuan menyusul.
Mengikut topik
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]- Drama Wanita-wanita Troy (The Trojan Women) oleh Euripides dipersembahkan tidak lama selepas pembunuhan beramai-ramai penduduk lelaki Melos oleh tentera Athens.