Pergi ke kandungan

Prostaglandin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alprostadil, prostaglandin E1
Prostasiklin, prostaglandin I2

Prostaglandin merupakan kumpulan sebatian lipid yang dihasilkan melalui enzim daripada asid lemak dan memiliki peranan penting dalam badan haiwan. Setiap prostaglandin mengandungi 20 atom karbon, termasuk satu gelung liman atom karbon.

Ia merupakan perantara dan memiliki kesan fisiologi yang kuat, seperti mengawal pengucupan dan rehat tisu otot licin.[1] Prostaglandin bukanlah hormon endokrin lazim, tetapi bersifat autokrin atau parakrin yang merupakan molekul pengutus betindakan setempat. Ia berbeza dengan hormon biasa yang dihasilkan di keseluruhan tubuh manusia. Juga, sel sasarannya terdapat di sekitar tapak rembesannya (yang ada banyak).

Prostaglandin, bersama dengan tromboksana dan prostasiklin, membentuk kelas prostanoid, sekelas kecil eikosanoid.

Ringkasan "prostaglandin" ialah PG; prostaglandin khusus dinamakan menggunakan abjad (yang menunjukkan struktur gelung) diikuti dengan nombor (yang menunjukkan bilangan ikatan ganda dua pada struktur hidrokarbon). Sebagai contoh, prostaglandin E1 diringkaskan PGE1 atau PGE1, dan prostaglandin I2 diringkaskan sebagai PGI2 atau PGI2. Bilangan adalah secara tradisi subskrip apabila dibenarkan secara konteks, tetapi sebagaimana kebanyakan tatanama serupa yang memiliki subskrip, ia biasanya tiada pada kebanyakan medan pangkalan data yang hanya mampu menyimpan teks biasa (seperti medan bibliografik PubMed), dan pembaca biasanya melihat ia ditulis tanpanya.

Prostaglandin adalah penting kerana ia diperlukan bagi membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan.[2]

Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai.

  1. ^ Nelson, Randy F. (2005). An introduction to behavioral endocrinology (ed. 3rd). Sunderland, Mass: Sinauer Associates. m/s. 100. ISBN 0-87893-617-3.
  2. ^ Prostaglandin di Dewan Bahasa dan Pustaka