Ukur hasil anda

Pastikan kempen anda memberi impak yang anda inginkan dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang berkesan dan apa yang tidak.

Perhatikan perkara yang penting

Mengukur kempen YouTube Ads anda merupakan cara yang terbaik untuk memastikan anda mencapai matlamat anda. Dan anda tidak perlu menjadi seorang pakar data untuk melakukannya.

Terdapat pelbagai metrik masa nyata yang boleh anda jejaki untuk mendapatkan cerapan yang anda perlukan. Lihat bilangan orang yang melihat iklan anda, tahap interaksi mereka, tindakan yang mereka lakukan dan banyak lagi.

Kesedaran
Adakah saya menjangkau pelanggan?

Jejaki pengguna yang melihat iklan anda dan kekerapan mereka melihat iklan ini dengan [Pelaporan Google Ads](https://support.google.com/google-ads/answer/2375431 – disertakan dalam akaun Google Ads anda.

Adakah saya menambah baik metrik jenama?

Lihat sama ada kempen melebihi belanjawan tertentu menginspirasikan kesedaran dengan alat Tingkatan Jenama percuma kami.

Adakah saya mendapat hasil yang terbaik mungkin?

Gunakan Marketing Mix Modeling atau usahakan dengan Google Measurement Partner untuk membandingkan hasil anda dengan saluran yang lain.

Pertimbangan
Adakah orang menonton?

Ukur jumlah tontonan kempen anda dan kos setiap tontonan purata secara percuma dengan metrik Google Ads.

Adakah saya menambah baik persepsi jenama?

Lihat sama ada kempen melebihi belanjawan tertentu mempengaruhi pertimbangan dengan alat Tingkatan Jenama percuma kami.

Adakah saya mendapat hasil yang terbaik mungkin?

Bandingkan elemen kreatif dengan Tingkatan Jenama atau usahakan dengan Google Measurement Partner untuk menjalankan ujian pengukuran.

Tindakan
Adakah orang mengambil tindakan?

Ukur penukaran laman web, lawatan kedai, dan in-app actions tanpa sebarang kos tambahan terus daripada akaun Google Ads anda.

Adakah saya menambah baik metrik jenama?

Lihat sama ada kempen melebihi belanjawan tertentu menginspirasikan orang ramai untuk bertindak dengan alat Tingkatan Jenama percuma kami.

Adakah saya mendapat hasil yang terbaik mungkin?

Usahakan dengan Google Measurement Partner untuk menjalankan uji kaji A/B untuk carian, geo, dan tingkatan pengguna.

Kesedaran

Pertimbangan

Tindakan

Adakah saya menjangkau pelanggan?

Jejaki pengguna yang melihat iklan anda dan kekerapan mereka melihat iklan ini dengan [Pelaporan Google Ads](https://support.google.com/google-ads/answer/2375431 – disertakan dalam akaun Google Ads anda.

Adakah saya menambah baik metrik jenama?

Lihat sama ada kempen melebihi belanjawan tertentu menginspirasikan kesedaran dengan alat Tingkatan Jenama percuma kami.

Adakah saya mendapat hasil yang terbaik mungkin?

Gunakan Marketing Mix Modeling atau usahakan dengan Google Measurement Partner untuk membandingkan hasil anda dengan saluran yang lain.

Ketahui ciri yang berfungsi

Uji dan ukur impak kreatif

Uji dan ukur impak kreatif

Video yang anda guna ialah antara faktor terbesar bagi tahap prestasi kempen YouTube anda, jadi pastikan kempen anda mendapat hasil. Gunakan alat Analitis Kreatif Video kami untuk melihat tempat penonton berlalu pergi dan perkara yang menambat perhatian mereka – kemudian gunakan cerapan ini untuk iklan anda yang seterusnya.

PERGI KE ANALITIS KREATIF VIDEO
Jejaki pembelian, pendaftaran, muat turun dan banyak lagi

Jejaki pembelian, pendaftaran, muat turun dan banyak lagi

Fahami impak sepenuhnya kempen video anda. Penjejakan penukaran ialah alat percuma yang menunjukkan kepada anda perkara yang berlaku apabila pelanggan berinteraksi dengan iklan anda.

Ketahui tentang penjejakan penukaran

Mulakan dengan YouTube Ads

MULA SEKARANG