Saifudin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengambaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
Saifullah - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Done! Kalau abam Sunan cepat benauuu habisnya. Takde pula 'lemau' datang menyinggah..hikhikhik
Full review: 14/04/2015
Sukar rupanya menjadi sang Laksaman Sunan ni. Ada saja ‘peperangan’ yang harus ditempuh. Penuh dengan dugaan dan cabaran.
Kesinambungan kali ini, Saifudin yang parah dirawat oleh Hang Tuah nun di Tasik Hulu Melaka. Enam purnama berlalu, kesihatan Saifudin makin membaik dan akhirnya, Saifudin memulakan pengembaraannya kembali.
Kali ini, tujuannya memburu Taghut. Misi membawa ke Negeri Atas Angin, bertemankan Maryam, Luna, Panglima Awang Bagan, Sadik dan Abdol Rahman. Di pertengahan jalan dibantu oleh beberapa pahlawan bangsa Polip; terutamanya Indera. Bukan mudah mahu ‘berperang’, tapi tanggungjawab yang digalas harus dilaksanakan.
Dalam sibuk memburu Taghut, Saifudin dihimpit Sang Dewi; si makhluk siluman yang kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding. Part ini menarik, mana taknya hati sudah menjangkakan ianya Ratna. Apa pun, perjalanan mengetahui siapa Sang Dewi memang mengujakan.
Kisah Saifudin berselang-seli dengan kisah Saifullah; sang pemegang amanah Catatan Maryam dan Keris Nanggoroe. Siapa Saifullah? Ala... tak susah nak menekanya. Siapa lagi yang bisa hidup lama selain bangsa Polip kan? Dan ada sikit kisah Haryani di hujung cerita Saifullah. Haihh... si perawan itu masih lagi dengan amarah dan sombongnya. Sekali Saifullah buka rahsia, terduduk terus! Hish, menyampah pula kita hahaha :P
Apa pun aku suka kesudahan si Taghut atau harus aku katakan si Raja Roman. Pengakhiran yang baik untuk si lelaki yang pernah membuang Tuhan-Nya. Hidayah muncul di saat kita sendiri tak menduga. Alhamdulillah, matinya tidak sia-sia. Indah aturan hidupnya. Kita sendiri yang asalnya Islam belum tentu lagi pengakhirannya. Doa banyak-banyak, moga rahmat sentiasa melingkari hidup kita hingga hujung nyawa.
Membaca novel ke 5 siri Sunan ini perlukan fokus yang lebih kerana banyak watak baru wujud. Ada kalanya buku ini menghempap muka Cik Pah bila dibaca sambil berbaring. Bunyinya macam bosan ek, oh tidak... bukan sebab bosan, minggu itu Cik Pah tercabar untuk beradu di alam tidak berdinding selepas penat seharian dipejabat. Bila baca dalam keadaan penat, otak tepu, nama Saifudin dan Saifullah juga boleh membuat Cik Pah konfius. 2 nama ini hebat-hebat belaka.
Imbas kembali kisah sebelumnya, Sunan telah ditembak semasa bertempur dengan Portugis bersama sekutunya taghut sehingga nyawa Sunan hampir terancam. Dek mendapat luka yang parah, Hang Tuah telah membawa Saifudin ke dalam tasik Chini yang dikawal naga pemberian Maharaja China.
Kisah selanjutnya, jom ikuti kisah Saifudin yang telah mengalahkan taghut, kembali menjejaki semula taghut yang melarikan diri ke negeri diatas angin. Setelah 6 purnama hilang di dalam tasik yang dikawal naga, Saifudin yang dirawat Hang Tuah pulih kembali bagi meneruskan pelayaran yang menguja dan mencabar. Dalam tempoh 6 purnama itu juga, Sunan diundang ke alam tidak berdinding, sentiasa dirayu Sang Dewi. Namun Sunan tidak endahkan rayuan Sang Dewi kerana dia beranggapan Sang Dewi adalah siluman. Misteri Sang Dewi akan terungkai diakhir cerita Sutera Bidadari ini. Pastinya sesuatu yang menarik untuk mengajak pembaca merungkai misteri alam tidak berdinding.
Dalam novel ini tidak ketinggalan tentang 2 watak wanita yang masih mencuba nasib untuk merebut perhatian dan hati Sunan iaitu Maryam balu berbangsa Portugis dan Luna dari bangsa Polip. Masing-masing hanya mampu memendam rasa kerana Sunan tidak memberikan sebarang jawapan menyambut hati mereka. Bagi Sunan cinta buat Ratna masih utuh. Hanya Haryani di abad 21 sahaja wanita yang hampir menjadi suri buat Sunan selepas kematian Ratna, namun disebabkan relung masa dan peluru yang menembus tubuh Sunan membuatkan Sunan dapat kembali ke abad 15.
Raja Roman aka taghut di negeri atas angin telah menghidu kedatangan Sunan. Dia yang telah kematian permaisuri telah berdendam dan tidak teragak-agak untuk mengakhiri nyawa Sunan dengan kudrat yang ada setelah kuasa saktinya ditarik kembali Sang Petala. Kuasa Tuhan tak siapa dapat jangka, Raja Roman yang paling jahat dan kejam akhirnya menerima Islam setelah bersemuka dengan Sunan. Rasa sebak semasa pengislaman dan saat kematian Raja Roman dengan nama barunya Abdullah Sadik. Buat pertama kalinya siri Sunan ini berjaya membuat Cik Pah mengalir air mata dan muhasabah diri. Jangan mudah menghukum orang ini masuk syurga, orang itu masuk neraka kerana pengakhiran kehidupan seseorang itu Allah yang tentukan. Sesuatu kejadian itu ada sebab dan akibatnya untuk diambil iktibar. Sang Petala aka iblis memang telah berjanji untuk menyesatkan manusia. Apabila orang suruhannya kalah, dia akan cuci tangan dan yang menerima akibatnya adalah manusia itu sendiri. Jika dilihat kepada siri sebelumnya sehingga siri ke 5 yang turut memuatkan kisah drakula, semua kerosakan dan kejahatan yang manusia lakukan adalah kerana ingin menguasai dunia, pangkat, harta dan dendam kesumat.
Makanya untuk menghindari jiwa dikuasai dunia, sentiasalah basahkan lidah dengan berzikir dan bertahajud sepertiga malam. Satu amalan yang Sunan buat adalah sentiasa mengalunkan Asmaulhusna. Jiwa manusia akan selamat dengan sentiasa ingat Allah. Sunan bukan sekadar kisah fantasi tapi mendidik jiwa.
Terlalu banyak cabang pengembaraan yang termuat di dalam siri Laksamana Sunan kali ini.
⚔️ Pengembaraan Laksamana Sunan ke Negeri Atas Angin.
⚔️ Pengembaraan Doba yang terjerumus ke dalam dunia kegelapan.
⚔️ Pengembaraan tiga pemburu yang terjerat ke dalam perangkap Sang Dewi.
⚔️ Pengembaraan Saifullah dalam membanteras kebatilan.
Penulis bijak mengatur susunan cerita supaya pembaca berasa teruja (baca : ada unsur saspens) untuk mengetahui kisah selanjutnya. Plot twistnya menjadi. Kena baca buku seterusnya untuk mengetahui kisah tentang Sang Dewi.
5.0 * untuk naskah ini. Sekali saya berikan percikan bunga api yang banyak di angkasa… Heee… Seperti biasa karya tuan penulis jarang yang menghampakan. Bukan bodek tapi memang kenyataan. *Wink
Ini adalah buku yang kelima laksamana sunan dan buku ini lagi baik berbanding buku sebelumnya. Ya ini adalah salah sebuah buku Laksamana Sunan yang saya suka. Tidak termasuk buku yang baru tu. Sebab buku tu saya belum baca lagi.
Buku ini punyai dua kisah zaman yang berbeza. Zaman tahun 1511 dan pada abad ke-21. Namun lebih difokuskan pada tahun 1511.
Diselitkan juga oleh tuan penulis di dalam naskah ini doa-doa dari quran dan hadis untuk menentang musuh dan lain-lain. Penuh dengan pengisian dan ilmu. Malahan aksi yang disajikan juga terlalu padat. Sangat terbaik!
Indahnya watak Saifuddin... Kalaulah... kalaulah... ( Ini hanya watak fiksyen encik Asmar! )
Cerita ringkas buku ini : Selepas Saifuddin sembuh dirawat olah Hang Tuah di dalam tasik di Hulu Melaka akibat tembakan kapten Leandro dalam kisah Cinta Sufi, penggembaraannya bermula lagi. Kini dia memburu Taghut yang dihantar semula oleh Sang Petala ke Negeri Atas Angin selepas tewas lagi dalam peperangan membunuh laksamana Sunan. Taghut yang ditarik semula kelebihannya oleh sang Laknatullah menjalani kehidupan seperti orang biasa di negeri tersebut. Namun apabila tiba di sana, bukan taghut yang menjadi musuh, sebaliknya bekas putera Romania yang telah menjadi makhluk berdarah sejuk. Paling saya suka, Taghut mengucap dua kalimah dan bertaubat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Huarggghh, tak sangka manusia kejam tu masuk Islam. Suka, suka!
Sepanjang perjalanan menuju ke Negeri Atas Angin, pelbagai rintangan yang mereka tempuhi. Bermacam dugaan yang datang.
Di samping itu, Sang Dewi, makhluk siluman yang disumpah yang mendiami hutan belantara di Inderapuri sering membawa Saifuddin masuk ke dalam alam tidak bermata dan berdinding (alam mimpi) dan kerap kali juga membisikkan pujukan dan rayuan untuk berharap agar Saifuddin menjengah ke kepulauan tersebut. Bila di penghujung cerita, pembaca akan tahu siapa sang Dewi. Tapi saya dah tahu dari mula lagi sebab saya dah baca buku Sunan Musafir terlebih dahulu sebelum buku ini. Hahaha…
Di abad ke 21 pula, Saifullah yang menjadi pemegang amanah Catatan Maryam dan Keris Nanggoroe memburu Elizibeth apabila wanita itu mencuri barang-barang tersebut di muzium yang menempatkan barang warisan tersebut. Abid kamal dan Shahril juga mencari keris laksamana sunan itu untuk dibawa ke Malaysia sebagai tanda kebesaran melayu suatu ketika dulu sehinggalah mereka bertemu dengan Saifullah dan mengikut Saifullah memburu Drakul yang dikatakan anak buah Vlad The Impaler si makhluk berdarah sejuk. Jadi siapa yang belum baca buku ni, bacalah kalau nak tahu lebih-lebih. Tapi rasanya saya je yang paling lambat baca buku ni.
Apa-apapun saya memang suka buku ni. Oh ya, ada juga beberapa perkataan ‘Sabah’ yang tuan penulis guna. Saya terjumpa kekadang. Heee…
Tiga sisi cerita diadun bersama. Laksamana Sunan yang mengejar Taghut, Taghut yang meratapi kekalahannya, dan Saifullah di abad ke-21 yang menjejaki pencuri khazanah warisan, Catatan Maryam dan Keris Naggroe.
Maryam dan Luna masih berusaha meraih cinta daripada Saifudin, sedang lelaki bertanduk dua itu hatinya masih milik anak asuhan Maharani, Ratna Sang Ratu. Perjalanan mereka walau sekadar ke Romania demi membanteras kejahatan Taghut, masih banyak pengajaran yang mampu diraih. Pengisahan juga banyak membongkar masa silam apabila imbauan masa lalu banyak menerjah. Mendedahkan kekalahan Taghut pada Wali Sufi dan Drakul yang menjadi hamba kepada dunia kegelapan kerana dibutakan harta. Namun masa silam yang paling meninggalkan kesan ialah Sang Dewi yang mendiami Inderipuri.
Sadik, sahabat seperaduan Saifudin turut terkorban oleh pemakan manusia. Kematian yang sedikit menjejaskan seluruh pengisahan kerana selama ini Sadiklah yang menunjangi Aceh sejak pemergian juara nusantara, Sunan ke Tanah Melayu.
Perhitungan terakhir antara Laksamana Sunan dan Taghut akhirnya menyaksikan Taghut kembali kepada agama Yang Maha Mencipta. Bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya sejak ratusan tahun. Saya sendiri seperti bangsa Polip, meragui akan penyesalan Taghut. Barangkali itu helahnya untuk memerangkap Saifudin. Hingga ajal merenggut nyawanya, barulah saya yakin yang Taghut benar-benar bertaubat. Saifudin pula masih tetap memberi ampun walau sebahagian besar ujiannya selama ini adalah hasil campur tangan Taghut. Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pemburuan Taghut (Raja Roman) bermula. Saifudin (Laksamana Sunan),Maryam,Luna dan Panglima Awang Bagan merancang untuk memburu Taghut di Negeri Atas Angin (Romania). Di dalam perjalanan mereka,mereka dibantu oleh Sadik,Abdol Rohman (anak saudara arwah Djailuh) dan beberapa pahlawan bangsa Polip. Raja Roman kehilangan kuasa saktinya selepas dikhianati oleh Sang Petala. Dia dikembalikan ke tanah tumpah darahnya,iaitu di Romania. Di dalam usahanya mencari jalan untuk menumpaskan Laksamana Sunan,dia terkenangkan mendiang isterinya yang amat dicintai,Permaisuri Sutera. Dia juga sering tertanya-tanya kenapa dia selalu tewas di tangan Saifudin. Sementara itu,Saifudin turut dijemput rohnya ke alam tidak berdinding di alam mimpi oleh Sang Dewi. Sang Dewi merupakan makhluk siluman yang dihidupkan oleh Maharani Pulau Utara sebelum kejatuhan Pulau Utara. Pertempuran antara kuasa baik dan jahat bukan hanya berlaku pada abad ke-16 sahaja,tetapi turut berlaku pada abad ke-21. Saifullah,pemegang amanah Catatan Maryam dan keris Nanggroe,berusaha untuk merampas kembali kedua-dua objek tersebut yang dicuri oleh Elizabeth. Saifullah dibantu oleh jutawan muda dari Malaysia,Abid Kamal dan pembantunya,Shahril. Namun,usaha mereka mendapat tentangan Drakul yang mahukan keris Nanggroe untuk menghidupkan semula Vlad the Impaler. Sutera Bidadari merupakan sebuah novel sekuel ke-5 di dalam siri novel Bagaikan Puteri. Novel ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Secara keseluruhannya,ia sebuah novel yang tidak mengecewakan. Terdapat beberapa kejutan,sama ada yang menggembirakan atau menyedihkan,wujud di dalam sekuel kali ini. Malah,seperti sebuah trend,penulis akan memperkenalkan beberapa perkataan dan istilah baharu yang tidak pernah/jarang didengar sebelum ini. Sebagai contoh,perkataan longai yang bermaksud dongak. Secara tidak langsung,pengenalan perkataan baharu ini akan menambahkan pengetahuan bahasa Melayu di kalangan para pembaca. Jalan cerita dan plot berjaya disusun dengan baik oleh pengarang novel ini. Walaupun wujud dua penceritaan yang berbeza abad,namun,penulis berjaya menyampaikannya dengan baik dan tersusun tanpa mengelirukan pembaca. Namun begitu,terdapat juga beberapa perkara yang membuatkan saya tidak begitu berpuas hati. Dari sudut penciptaan watak umpamanya,adakah watak Sang Dewi dicipta untuk memenuhi permintaan peminat watak Ratna yang mahukan watak ini kembali atau sememangnya telah dirancang sejak dari awal oleh penulis? Selaku peminat Ratna,saya berasa sedih mengenai perkara ini. Saya sebenarnya lebih suka Ratna dikenang sebagai watak yang terkorban dalam mempertahankan suaminya berbanding jika wataknya dihidupkan tetapi kejam dan tidak berperikemanusiaan di dalam watak Sang Dewi. Walau bagaimanapun,novel ini tetap berbaloi untuk dimiliki oleh para peminat Ramlee Awang Murshid dan kepada mereka yang meminati novel siri Bagaikan Puteri.
Ni satu-satunya buku dalam siri Sunan ni yang aku gigih habiskan dalam masa sehari. Biasanya, paling cepat pun 2 hari. Sebabnya buku ni memang best dan banyak benda yang buatku curious. .
Buku ni menjawab persoalan yang ditinggalkan dalam Cinta Sufi. .
Selepas tercedera, Sunan dibawa ke dalam sebuah gua bawah tasik oleh Laksamana Hang Tuah untuk proses penyembuhan. So, selama 6 bulan 'kehilangan' Sunan, Maryam dan Luna masih menanti kepulangannya. .
Sekembalinya Sunan, mereka merancang untuk mengalahkan Taghut dalam pertarungan terakhir. Jadi, mereka merampas bahtera Portugis untuk mendapatkan Taghut yang telah tercampak ke daerah asalnya, Negeri Atas Angin oleh Sang Petala dan kesaktiannya juga telah dicabut. .
Pada masa yang sama, Sunan sentiasa bermimpi dan dijemput ke alam tidak berdinding oleh Sang Dewi, si siluman yang telah disumpah oleh Maharani sebelum kerajaan Pulau Utara runtuh. .
Cerita pada tahun 1511 ini diselang-selikan dengan cerita pada abad 21. Perjuangan Saifullah dalam mendapatkan semula Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth (dalam Cinta Sufi). Dan ini juga pertarungan menentang Drakul. .
Part Taghut mengucapkan shahadah sangat menyentuh hati aku. Aku faham kalau bangsa Polip sukar untuk memaafkan, tapi mengenali Sunan, dia sentiasa memberikan tawaran kepada musuhnya. Rasa sebak dan kesian sebenarnya kat Taghut ni. Selepas kematian isterinya, dia rasa down dan mula menyalahkan Tuhan. Masa nilah, iblis mula cucuk jarum. Itu yang dia terpedaya. Dan aku nangis bila akhirnya dia mati dalam Islam. Dan ku juga nangis bila Sadik mati dibunuh oleh puak pemakan daging. .
Sepanjang baca, ku curious siapa sebenarnya Saifullah ni. Wahhh..rupanya Indera, manusia bersayap daripada bangsa Polip. .
Dan, tentang Sang Dewi yang wajahnya mirip Ratna juga masih tergantung. Dan apa kesudahan cinta Luna dan Maryam ni. So, bersambung dalam buku seterusnya
Buku ke-5 ini mengisahkan pengembaraan Laksamana Sunan dan rakan-rakannya memburu si Taghut. Seperti biasa, novel siri ni sangat best. Plot2 aksi, pengembaraan, dakwah, pengajaran, cinta, dan drama dalam buku ni masih menarik dan tidak bosan. Buku kali ini juga menggunakan kembali penceritaan dua zaman.
Di abad ke-15, Si Taghut (Raja Roman) yang tewas sekali lagi kepada Sunan telah dicampak oleh tuannya, Sang Petala (Iblis) ke tempat asalnya di Negeri Atas Angin (Romania). Laksamana Sunan pula telah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada dia, Maryam, Panglima Awang Bagan, Sadiq, Abdol Rohman, dan wira2 kaum polips (Indera, Luna, Yedee, dan Thariq) untuk memburu dan menghentikan kejahatan si Taghut buat selama-lamanya. Dalam masa yang sama, Sunan sering dijemput ke sebuah alam tidak berdinding semasa tidur oleh wanita siluman misteri bergelar Sang Dewi.
Di abad ke-21 pula, cerita bertumpu di negara2 Eropah. Seorang wanita bernama Elizabeth telah mencuri 2 harta warisan keturunan Maryam, iaitu Keris Nanggoroe dan Warkah Maryam. Saifullah, seorang lelaki misteri yang mewarisi 2 khazanah tersebut telah berkerjasama dengan dua pemuda dari Malaysia, Abid Kamal dan Shahril untuk mendapatkan kembali khazanah2 tersebut. Mereka juga terpaksa menghadapi satu pertubuhan gelap pimpinan Drakul yang cuba menghidupkan kembali Vlad the Impaler.
Alhamdulillah, terasa sangat bertuah kerana dapat membaca novel epik ini dari salah seorang pengarang yang terhebat di Nusantara. SubhanAllah... Pengarang berjaya membuatkan ratusan (dan mungkin ribuan) peminat menghayati novel kali ini dengan penuh emosi. Pengarang juga telah berjaya mendakwah dengan memilih ayat-ayat suci Al-Quran yang bukan sahaja indah bahkan amat diperlukan di era kini yang tenggelam timbul di dalam kegelapan duniawi. Bagi saya, buku ini juga menggambarkan dunia kita sekarang yang sudah berada di akhir zaman.
Sebagai seorang yang suka mengembara, saya amat terhibur membaca karya beliau kali ini. Ada beberapa tempat baru yang diperkenalkan di dalam novel ini, diantaranya Maramures & Transylvania di Romania, Paris di Perancis, dan Varese di Itali. Namun ada juga beberapa persoalan yang bermain-main difikiran...
Di awal novel beliau, Tuan Ramlee Awang Murshid ada menerangkan tentang Maryam (nama Islam bagi Si Balu Portugis yang dulunya dikenali sebagai Catalina) yang belajar bahasa melayu semasa berada diperkampungan melayu. Taghut yang berasal daripada Wilayah Dacia Romawi (Romania) juga boleh berbahasa melayu, mungkin sudah lama berkelana di kawasan Nusantara. Cuma ada satu babak yang dibawa oleh Vlad The Impaler, iaitu musuh baru Laksamana Sunan yang berbangsa Romania, dimana dia dipertemukan dengan Laksamana Sunan dan mereka langsung berbicara dalam bahasa melayu. Babak yang membuatkan saya sedikit terkejut kerana mereka dapat memahami sesama sendiri dengan berbahasa melayu namun tidak diterangkan oleh pengarang bagaimana mereka dapat berkomunikasi dalam bahasa melayu. Sedangkan kebolehan Elizabeth memahami bahasa melayu juga telah diterangkan dengan jelas di awal novel ini. Mungkin ini cuma salah satu perkara yang pengarang telah terlepas pandang.
Sebagai seorang melayu Brunei, saya terkejut dengan hati yang senang apabila membaca beberapa perkataan yang sering orang melayu Brunei gunakan seperti 'selajur', 'mihir', 'kabak-kabak', 'palui', 'ambuk', 'melangoi' dan lain-lain. Ini kerana pengarang berasal dari Papar, Sabah yang mempunyai bahasa yang sama dengan bahasa melayu Brunei.
Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan cerita pengakhiran yang diluar jangkaan. Syabas saya ucapkan kepada pengarang! Alhamdulillah kerana dikurniakan oleh Allah buah akal fikiran yang sangat kreatif dan positif. SubhanAllah! Jikalau beliau berhasrat untuk menyambung lagi siri Novel ini, tak sabar rasanya ingin membaca! :)
"Cinta Sang Ratu... laksana langit mencengkam purnama... ibarat mutiara di lautan biru... saujana mata memandang... seluas langit terbentang... tatkala cinta berbisik... suaranya memuji TUHAN... apabila rindu terusik... rasulNYA menjadi pilihan... sampai masanya cinta jadi taruhan... Sang Ratu menjadi impian."
akhirnya kesinambungan pengembaraan Sunan slesai dibaca! x dinafikan, mmg best! Ratna kembali sbg Sang Dewi yang dihidupkan semula dn disumpah oleh Maharani Pulau utara sblm runtuh. akhirnya rindu pada pasangan pengantin baru ni terlerai sikit! even x spnuhnya! sbb, Sang Dewi tiada ingtan ttg suaminya Saifuddin, Tapi merasai yg dia telh lm mengenali Saifuddin dan seakan-akan ada satu ikatan yg mengikat mati hubungannya dgn Sunan. saya mmg dah lm tunggu keagungan cinta Saifuddin kembali1 x sngka abg Ramlee hidupkn blik Ratna! mmg happy! review tuk novel Sutera Bidadari... Raja Roman yg berubah 100 % slps kmtian Permaisuri Suteranya. yg dulunya Taghut then kmbali ke islam. pertemuan Sang Petala dgn Saifuddin. kecurian catatan mariam n keris nanggroe. hmpir kesemua persoalan yg x trjwab dlm siri sblmnya terjawab. perebutan hati Sunan antara mariam n luna.kmatian sadiq n ect.apa yg pling best....kembalinya Ratna! part akhir skali mcm akan bersambung, "isteri kita dalam kesusahan." x sabar!!!! apa yg saya nmpak dlm siri2 ni, even Ratna's charater is not around nyore, RAM mesti endingkn kerinduan Saifuddin terhadap Ratna. dlm hijab sang pencinta n Cinta sufi juga. even lepas dpt brtemu kmbali dgn Haryani, time pernikahan tu, RAM menunjukkan kitidaksungguhan Sunan. after all, Sutera Bidadari mmg ptut dibc bg sesiapa yg mminati Siri sblm ni.
Cinta Sang Ratu Laksana langit mencengkam purnama, Ibarat mutiara di lautan biru, Saujana mata memandang, Seluas langit terbentang. Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN, Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan. Sampai masanya cinta jadi taruhan, Sang Ratu menjadi impian.
Karakter, plot twist, kisah dan pengajaran yang mengujakan. Tiada kritikan melainkan diri ini merasakan watak Saifuddin terlalu sempurna - dah macam nabi pula. Saya lagi suka sekiranya RAM masukkan juga sisi negatif Saifuddin. Teramat suka plot twist Raja Roman yang dah macam iblis akhirnya bertaubat dan juga plot twist Indera itu Saifullah. Tak dijangka langsung!
Berbaloi-baloi laburkan masa dan duit untuk baca novel ini.
3.5* Pacing agak slow utk first half before pertarungan antara Sunan & Taghut tapi ending buat aku terus semangat nak baca the next book🤩 Finallyyy Ratu Sulaman is back!!🙆♀️
RAM memang penulis yang hebat! Membaca novel tulisan beliau ini membuatkan saya sungguh kagum dengan imaginasi dan kreativiti beliau. Bagaimana beliau boeh, menggabungkan elemen sejarah, mistik, fantasi dalam bentuk yang sungguh Islamik. Membacanya membuat kita mengagungkan kuasa Tuhan dan limpahan kekuatan yang dikurniakan-Nya kepada Hamba-Nya yang soleh.
Saya kagum dengan kebijakan RAM membuat susunan cerita, lalu menggabungkan cerita dari benua dan zaman yang berlainan dengan begitu baik sekali. Tahniah dan terima kasih!
Lama juga perjalanan kita untuk menghabiskan kisah Sutera Bidadari ini, tapi perjalanan itu worth it.
Kita melihat perjalanan hamba-hamba Allah dalam memperjuangakan iman & takwa, kisahnya terlalu panjang tapi saat bertemu akhir, kisahnya terasa singkat.
Seperti selalunya banyak saja unsur-unsur suspen yang membuatkan diri yang membaca ini menjadi penasaran. Dari wujud Saifullah, pemilik warisan khazanah Maryam; Sang Dewi yang seenam purnama sering menyeru Sunan ke alam lena. Kehidupan sang Taghut sendiri - yang mana dapat kita ambil pengajaran - awal kita tidak selalunya menentukan akhir kita.
Simpati pada Sadik; terasa diragut rasa hati ketika ketua puak pemakan manusia merobek halkum sahabat Sunan itu. Sedihnya tidak terucap - sama seperti kematian Djailuh - Saifudin kala itu tiada berkudrat untuk mempertahankan sahabat-sahabtnya itu. Huwaaaaa.
Kasihan juga pada si Doba; anak muda yang menginginkan hidup yang senang, mewah menjadi bangsawan akhirnya hanya hidup diakhiri sia-sia.
Dan Sang Dewi; Sang Dewi itu cinta hati kita - cinta hati Saifudin juga.
Ps. Okay done review. Baca kisah Sunan ni memang buat sy nak berbahasa baku terus. Haha. To the next book we go. Tak rela lagi untuk mengakhiri Kisah Sunan huwaaa.
🐞-Kesinambungan buku ke-5 ini, salah satu siri kegemaran aku setelah buku ke-2 (Cinta Sang Ratu). Saifudin tercedera melawan Portugis lenyap di tasik bersama Hang Tuah. 6 bulan waktu penyembuhannya, sebermula inilah Sunan sering didatangi wanita bergelar Sang Dewi di alam tak berdinding seakan punya tujuan.Sang Dewi (Makhluk Siluman) benar² buat aku rasa teruja nak tahu adakah dia watak 'baru atau diberi gelar baru'.Watak yang aku minati sebelumnya, berharap dapat kembali rawat kecewa lalu.
🐞-Tahun 1511 :-Pergembaraan Saifudin memburu Taghut -Watak baru Doba yang terjerumus jadi pengikut Laknatullah-Kisah pemburu yang masuk ke kawasan Sang Dewi Abad 21:- Abid Kamal dan Shahril ke Portugal untuk dapatkan Catatan Maryam dan Keris Nanggoroe- Pengembaraan mereka bertemu Saifullah untuk dapatkan kembali harta itu lalu terlibat memburu Drakul (Pontianak) anak buah Vlad The Impaler. Semua ini memang berkait antara 2 zaman.Aku keliru Saifudin dan Saifullah, akhirnya terjawab,dengan plot twist dan saspensnya. Bijak👏🏻 Top 3 kita tertanya, Siapa Sang Dewi? Siapa Saifullah? Pengakhiran Taghut?
🐞 -Terpaling tak sangka, nama Haryani diseru kembali.Jeng² apa jadi? Sunan ni kan, kalau wujud memang kebanggaan Melayu dan layak di gelar 'Lelaki Melayu Terakhir' nasib baik fiksyen😅 Tak cukup Haryani, Maryam,Luna yang tergila² ye🤣Para pembaca pun ter 'crush' sama.
🐞-Antara moralnya, jangan pernah hakimi awalan kisah orang,tapi akhirlah jadi penentu. Terasa panjang perjalanan cerita buruknya tapi sesingkat itu Allah balikkan hati dan pengakhirannya. Disini diuji, sepanjang apa cerita murni kita, jika Allah tak izinkan kamu jadi insan terpilih,boleh jadi sesingkat itu jua akhir kita untuk membusuk.😭
🐞-Aku rasa,kekuatan siri Sunan adalah gabungan fantasi,sejarah,mistik tapi langsung tak tinggal dakwah. Berfantasi tanpa lekang mengingat Allah. Bukan senang ya, untuk buat penulisan yang bersiri lebih dari 2 tapi tetap MANTAP dan masih orang gilakan👍🏻Syabas tuan @ramlee_awang_murshid
Ayat² terakhir: 📌"...isteri kita dalam kesusahan..."-Saifudin Tak sabar!Benarkah dia kembali?😍 Teruja giler!
📽️bayangkan musuh yang dicari-cari, yang banyak membuat onar, menabur duri, membunuh tak terperi, hidup lama demi semata-mata menegakkan jalan hitam akhirnya kembali ke pangkuan jalan...kembali kenal siapa yang perlu diperhambakan, siapa sebenarnya yang perlu dielakkan...perjuangan yang panjang~
Raja Roman atau Taghut kembali pada Tuhan...biarpun hidupnya lama bergelumang dosa, menipu, memperdaya tak hirau masa...tetapi bila Sang Petala mencabut kesaktian durjananya, dia kembali menjadi manusia tua, yang lemah, terhinggut-hinggut batas gerakannya tidak berdaya...
Bungkam hati si tua, bila diri ditinggalkan Sang Petala, yang kononnya terhebat, berkuasa mengatasi segala apa yang berkuasa...tetapi, bila diakhir usia, ketika pertarungan terakhir yang dinanti-nantikan menjelang tiba, terlajur kata-kata dari si tua, "Mengapa kau terlalu sukar kukalahkan?" kepada Saifudin, maka jawab Saifudin "Kita bertawakal pada ALLAH, iaitu TUHAN yang disembah...TUHAN Yang Maha Benar"... (#pi cari buku ni, best👍🏽✨)
Walaupun dah buku ke 5, tapi cerita masih menarik. Berkobar² nak tau siapa Sang Dewi ni. Dan tekaan sis memang betul. 😆
Sis jatuh cinta dengan watak Sunan dalam ni. Sayang sungguh dia pada isterinya Ratna Sang Ratu. Walaupun Maryam ada boleh gantikan Ratna, tapi Sunan masih teringatkan Ratna dan sayangkan Ratna.
Taghut plak berjaya dibanteras, kagum dengan pengakhiran Taghut dalam siri ni. Sampai menitis air mata sis sebab terharu sangat .
Tapi cerita Sang Dewi tak habis dalam buku ni, bersambung pulak buku ke 6. Haishhh...berdebar!
Dah lama sangat bercuti dari membaca karya RAM, sampai tak tahu wujudnya siri Laksamana Sunan ni. Kena ambil sedikit masa dan baca dengan penuh penghayatan kerana bahasa aras tinggi dan bercampur baur pula dengan bahasa Indonesia.
Lepas ni kena la cari buku Bagaikan Puteri, Hijab Sang Pencinta dan lain lain lagi.
Mcm biasa - buku RAM mengenai Laksamana Sunnan yg menentang kebatilan. Byk jalan cerita yg cuba di hubung kaitkan dgn kewujudan Dracula di Eropah - agak menarik. Pengakhiran Raja Roman, musuh Laksamana Sunnan yg akhirnya mati dalam iman.
Sesiapa yg berhajat nak membaca & memiliki buku ini, boleh PM tepi teman. Buku ini dah habis baca 2-3 minggu lepas, tapi tak kesempatan nak upadate.
Tidak mengecewakan. Perjalanan Sunan sebenarnya lebih byk di Lautan Hindi berbanding di Negeri Atas Angin. Pengakhiran yg baik buat Raja Roman. Indera pula saksi pertembungan Sunan dan Vlad. Sangat mengujakan novel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Best sungguh cerita ni. Saya sangat sukakan Saifullah. Harap kita berjumpa lagi di lain buku Saifullah. Sekarang nak sambung next book. Saya rindu Ratna dan Sunan 👏🏻👏🏻😘